Wednesday 27 January 2010

Kerudung yang rosak

Menyela-nyelak kat almari terpandang satu tudung berwarna coklat.  Tudung yang telah berusia 5 tahun. Cadang hati nak pakai tapi alamak bertompok-tompok minyak nampak macam berbelak-belak.  Dah cuba basuh balik tapi hampa tak berjaya,


Tudung yang penuh nostalgia  tak boleh lagi nak digunakan.  Terkenang sejarah tudung ini yang penuh dengan kenangan nan indah.  Dihadiahkan semasa saya masih berseronok dengan pakaian jeans, t.shirt tangan pendek,  baju kebaya ketat dan dan tudung nipis.  Tak pernah terlintas untuk mengenakan tudung coklat yang dihadiahkan ini.  Si penghadiah cuma berpesan dengan lembut "pakailah pakaian mengikut kehendak Allah". Tambahnya lagi, "janganlah kita  berpakaian tapi sebenarnya pada pandangan Allah kita bertelanjang kerana tidak menutup aurat dengan sempurna". Selepas dia menghadiahkannya dia tak banyak bertanya tentang tudung tu,  cuma sekali-sekali apabila dia menelefon ditanya dengan penuh kelembutan " dah pakai ke tudung yang dihadiahkan tu?" .  Saya dengan rasa tak malu selamba aje jawab,  'belum nak pakai lagi.. tunggu le'.  Si penghadiah cuma ketawa kecil dan tak pernah menampakkan rasa kecil hati dengan tindakan dan jawaban saya.

Namun akhirnya hati ini berubah setahun selepas tudung terus bergantung di dalam almari.  Menhijrahkan diri berjuang melawan kebiasaan sebelum ini. Setelah berhijrah ke penampilan diri yang baru...macam-macam berlaku pada awal penghijrahan antara dailognya:-

  1. Engkau nak jadi ustazah ke Azila?
  2. Kau dah bertudung macam ni tak boleh curi tulang,  x boleh buang masa,  x boleh makan kat luar lama-lama.
  3. Tak susah ke nak pergi kerja luar nanti,  pakai macam ni?
  4. Azila kau tak takut ke,  nanti teringin nak pakai tudung macam dulu? macam mana?
  5. Aku tak boleh join sangat dengan kau azila sebab kau dah jadi orang macam ni
  6. Kau dah fikir habis ke nak pakai tudung sebegini?.
  7. Maaf Azila aku belum nak pakai lagi sebab rasanya tak cukup ilmu lagi

Begitupun ada hati-hati yang mulia,   yang memeluk, memegang erat tangan dan mendakap saya seraya mengalirkan airmata.  Allah menyayangimu Azila syukur padaNya kau berhijrah.  Semoga semua dailog ini menjadikan saya lebih tunduk dan patuh kepadaMu.  Berjuang untuk menjadi lebih baik dari semalam dan hari ini. Terima kasih pada semua yang banyak membantu dalam proses pembaikan diri ini.  Ya Allah engkau lindungilah kami dari azabMu dan tunjukilah kami jalan yang benar lagi lurus.







Kerudung ,  tudung,  selendang, jilbab,  tutup kepala dan apa-apa pun istilah pun ia tetap hukum yang diturunkan olehNya dan ada garis panduannya.


Terfikir apa hadiah nak beri pada pemberi tudung ya...???///

No comments:

Post a Comment