Sunday 30 May 2010

Sarapan Pagi n Minum Petang

Sarapan pagi selalunya saya tak pernah miss,  kalau rajin bawa bekal kat opis atau beli aje kat mana-mana.  Minum petang pulak goreng pisang, goreng keledek atau cucur udang menjadi pilihan bersama air kopi atau teh o nipis.

Itulah yang saya faham tentang sarapan dan minum petang selama ini.  Setelah berinjak usia saya cuba mencari menu sarapan dan minum petang yang lebih berkualiti disisiNya.  Akhirnya saya menjumpainya itulah "AL-MA'THURAT".






Contoh-contoh naskah Al-Mathurat yang berada di pasaran


Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasullullah SAW.  Beliau telah memilih dan menyusun al-Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan dari Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara. Alangkah baiknya kalau saya yang mengaku diri muslim ini mengamalkan zikir al-Ma'thurat pada setiap pagi dan petang.

Macamman nak istiqamah baca zikir ni setiap hari...???///

Sunday 16 May 2010

Ziarah di Hujung Minggu

Sabtu semalam pergi  ziarah dua rakan kami yang telah kehilangan orang yang disayangi.  Ibu Puan Siti Hawa dan zaujh kepada Hajah Ainon telah kembali kepada yang empunNya. Benarlah semua yang kita sayangi di dunia ini bukan milik kita,   ianya hanya pinjaman semata-mata,  semua yang ada di dunia  ini milikNYa. Oleh yang demikian saya selalu memujuk hati apa pun yang hilang atau yang pergi memang itu hakNya.  Macam juga kalau kita pinjam barang orang  apakah yang patut kita buat apabila dia mahukan kembali barangnya,,,,???///




Faris tak ketinggalan ikut ziarah 1,  besttt Makcik Liza
 pun ikut sama ke rumah Puan Siti Hawa





Ustaz Azman bersama 
Ayah Puan Siti Hawa  (suami arwah)





Puan Siti Hawa berbusana Hitam.  
Siti kami sangat  sayang padamu




Kawan-kawan menunggu kedatangan Ustaz 
untuk mengetuai  bacaan ayat -ayat suci dan doa




Anak bukalah penghalang untuk turut padang, 
 insya-Allah dipermudahkan



Tunduk mendengar nasihat ustaz Azman




Ziarah 2  ke rumah Puan Hajjah Ainon,  
terima kasih kawan-kawan 




Kami dijamu pula dengan hidangan selepas bacaan
ayat suci dan doa,  siap bungkus bawa balik. thanks Kak Ainon





Anak Ustaz yang lelah di pagi tu pun turut serta, tapi  ok kan
 atas riba Makcik Piah 




K.Piah yang baik hati,  jadi bibik jab
 mengasuh anak ustaz.  

Saturday 15 May 2010

JIJIKNYA JUDI

MINGGU NI MACAM TERBAKAR HATI INI DEK KERANA LULUSNYA LESEN JUDI BOLA.  BENGANG,  BENGANG DAN TERUS BENGANG. 

APAKAH SELEPAS INI LULUS PULA LESEN MERAGUT, MEROMPAK,  MEREMPIT,  MEROGOL DAN ENTAH APA LAGI.

TENSIONNNNNNNNNNNNN TERAMAT SANGAT.  Nak buat apa ya...???///


Friday 14 May 2010

Apabila Kena Saman

Cukai jalan kereta tamat pertengahan Mei,  jadi untuk meneruskan kereta boleh berada di jalanraya ianya perlu diperbaharui.  Minta tolong staf kt felcra perbaharui , tapiiiiii.....blcak list x boleh buat.  Cepat-cepat cek saman ohh ada 3 saman.  Satu kt Kelantan, kat Jalan kuala Kubu Baru dan di di lebuhraya kat Tapah.  banyak betuii saman semuanya memandu  melebehi had laju.  Ayah kena jawab apa dah jadi,  semestinya bukan laluan Duke Hulu Kelang ya.   Bila dibuat semakan saya atau suami  tak pernah menandatangani apa-apa saman,  jadi pelik le pulak.  Satu saman yang kena black list iaitu laluan Kuala Kubu Baru.  Melanggar peraturan jalanraya kena saman kalau tak kereta tak boleh bergerak.  Melayang RM200 duit ayah, he he heee





Ok,  dah selesai segalanya 





Sah saman dah bayo,  lepas ni ayah takut kut nak bawa laju-laju


Begitulah hukum dunia kan,  kesalahan mesti dibayar dengan wang ringgit atau kalau tak mampu matilah kereta di garaj aje.  Saya cuba membuat perbandingan kesalahan kita denganNya.  Apakah kita dikenakan semacam hukuman di dunia.  Maha Pengampunya ENGKAU yang memiliki segalanya.  Walau sebesar mana dan sebanyak mana kesalahan kita,  Allah bersedia memaafkan dan mengampunkannya hanya dengan TAUBAT kepadanya.  Taubat yang sebenar-benarnya akan menghapuskan segala dosa atau kesalahan yang telah kita lakukan. Kerasnya hati saya ini,  saya semacam payah sangat nak bertaubat padaMU.  Kenapa ya?  Mungkinkah kerana makanan,  cara hidup,  melawan ibu dan ayah,  melawan suami atau gaji yang diterima mempunyai....???///

Tuesday 11 May 2010

Perawan Saya

Selalu cerita tentang si Faris dan Firdaus dan sesekali pasal Faez. Macam tak perasan pulak tentang anak perawan saya. Nurul Atiqah Amanina lahir pada 09.06.1992. Dah remaja dan dah jadi anak dara sunti. 

Bercerita tentang anak remaja saya sungguh-sungguh rasa tercabar dek kerana kekurangan ilmu tentang itu menjadikan saya selalu membuat kesilapan.  Saya akui kadang-kadang haru biru dibuatnya.  Bimbang dan gusar,  takut tindakan saya bukan menyelesaikan masalah tapi menambah rumit keadaan.  Rupanya ilmu keremajaan sangat-sangat perlu dan penting untuk menjadikan mereka berkualiti disisiNya.  Memang nak bagi makan,  minum,  pakain dan tempat tinggal insya-Allah tiada masalah namun untuk berkongsi masalah dan perasaan dengan mereka amatlah memeritkan dan payah sekali. Saya belajar untuk mengenali kehendak dan perasaan mereka dan tidak menjadikan tittle ibu untuk memberi arahan semata-mata.   Memujuk hati saya supaya bersabar dan terus bersabar tanpa ada noktahnya dalam melayan kerenah mereka.  Saya juga menunggu-nunggu saat anak-anak  apabila ditanya siapakah rakan paling akrab?  jawapannya IBU.

Kak Yong,  ibu tahu banyak kekurangan dalam membesarkan dirimu,  namun percayalah ibu berusaha untuk menambahbaikan title ini.  Terimakasih pada Kak Yong yang sentiasa menelan leteran demi leteran dari ibu dengan sejuta kesabaran hendaknya...???///




Harapan ibu, moga Kakak Istiqamah selalu,  



Bergambar mesra dengan sepupunya Kak Chor Husna dan Amar





Adik-adik yang disayangi

Friday 7 May 2010

Setiap Hari Adalah Hari Ibu

Semua orang sibuk dengan hari ibu.  Saya pula macam nak wish hari ibu setiap hari,  sebab bagi saya setiap hari adalah ibu.  Tak pandai nak celebrate apa-apa atau nak bagi apa-apa hadiah untuk ibu cuma cukuplah kalau DIA mengiktiraf saya antara anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya. 

               Teringat lagu anak-anak saya semasa di Tadika:-

                    1  1  Saya Sayang Allah

                    2  2  Sayang Rasullah

                    3  3  Sayang Ibu Ayah

                   1 2 3 Sayang Semuanya




Mak,  tiada terbalas jasamu sejak saya dikandung,  disusui 
dan dibesarkan,  justeru sehingga kini saya masih 
memerlukan nasihat dan bimbinganmu 





Bila dah jadi ibu baru terasa menyesalnya
 melawan cakap mak masa dulu-dulu

Thursday 6 May 2010

Alangkah Tragisnya

Dari semalam hingga terbawa hari ini,   hati bagai ditusuk sembilu apabila pemergian ibu rakan sekerja yang penuh tragis.  Rakan  yang sentiasa bersama ke majlis ilmu,  berjamaah bersama di rumah Allah dan kadang-kadang bertukar-tukar buku untuk kebaikan bersama,  Insya-Allah.  Kak Zila sentiasa bersama Siti. 

Katil berlumur darah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim

anbia@hmetro.com.my

2010/05/06 AMPANG: Seorang suami hanya mampu tergamam tatkala memangku tubuh isteri yang berlumuran darah dalam keadaan muka, leher dan dada parah akibat ditetak penyamun yang menceroboh masuk ke rumahnya.

Dalam kejadian samun antara jam 7 hingga 9 malam kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit, Isnati Sahid, 58, ditemui terbujur kaku oleh suaminya, Suratman Sulaiman, 62, dalam bilik tidur di rumah mereka di Pangsapuri Intan, Ampang Permai di sini, sebaik pulang dari masjid berhampiran.

Mangsa dipercayai diserang penyamun bersenjatakan parang yang menceroboh masuk ketika bersendirian di rumahnya. Suratman yang ditemui semalam berkata, penyamun dipercayai mengambil peluang masuk ke dalam rumahnya ketika isterinya bersendirian dan ingin menunaikan solat Maghrib.

“Saya ketika itu baru pulang dari masjid kerana bertugas sebagai bilal kira-kira jam 9 malam. Namun, sebaik meletakkan motosikal di hadapan rumah, saya terkejut apabila mendapati percikan darah melekat pada cermin tingkap bilik tidur.

“Firasat buruk yang berlegar di kepala ketika itu akhirnya terbukti apabila saya menemui isteri terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas katil sebaik meluru ke bilik tidur,” katanya.

Menurutnya, dia tergamam sebelum memangku isterinya yang ketika itu sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu mengesat darah pekat pada mukanya sebelum melihat bahagian itu mempunyai kesan luka terbelah akibat ditetak.

“Malah, kesan luka dalam turut ditemui pada leher dan dadanya. Saya juga sempat melihat kedua-dua tangannya cedera ditetak selain jari tangannya hampir lumat dipercayai akibat tetakan gila penjenayah,” katanya.

Malah, semua cincin, rantai dan gelang tangan dipakai isterinya lesap selain beg pinggang serta wang jualan yang disimpan dalam laci hilang.

“Saya hilang kata-kata dan hanya mampu mendukungnya. Saya meminta bantuan jiran membawanya ke Hospital Ampang dengan menaiki van,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu meluluhkan hati kerana isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Haji amat lemah-lembut dan pandai mengambil hati.

“Malah, beberapa hari sebelum kejadian ini, arwah kerap memicit dan menggosok badan saya setiap kali sebelum tidur. Dia sering bertanya sama ada saya sihat atau sebaliknya berikutan saya kerap demam kebelakangan ini.

“Tapi, Tuhan memanggilnya terlebih dahulu. Susah untuk terima cara kematiannya, namun semua ini sudah ditakdirkan,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri baru pulang daripada menunaikan umrah seminggu lalu selepas beberapa kali menunaikan ibadat sama sebelum ini.

“Penjenayah mungkin menyedari isteri saya bersendirian di rumah kerana sebelum ini Mak Haji ditemani seorang pembantu kedai wanita warga Indonesia.

“Namun, wanita terbabit ditahan imigresen baru-baru ini ketika kami menunaikan umrah menyebabkan isteri terpaksa bersendirian di rumah ketika ketiadaan saya,” katanya ketika ditemui di Surau At-Taqwa berhampiran Pangsapuri Intan, bagi menguruskan jenazah isterinya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa maut akibat parah pada leher.

Mangsa juga cedera pada kedua-dua tangan. Kami percaya suspek cuba menyamun dan tindakan mangsa yang cuba melawan menyebabkan lelaki terbabit menyerangnya.

“Kami (polis) mendapati dua gelang tangan milik mangsa juga dilarikan suspek. Malah, polis percaya kekejaman suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan perbuatan itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa turut menemui sebilah parang di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah.

“Sehingga kini kita tidak dapat memastikan sama ada ia adalah senjata yang digunakan dalam kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 395 kanun sama kerana samun bersenjata,” katanya.

Abd Jalil berkata, lakaran fotofit wajah suspek sudah diedarkan kepada orang ramai bermula semalam dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penjenayah terbabit diminta menyalurkannya kepada pihak polis dengan segera bagi membantu siasatan.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan suspek ditangkap dengan segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa yang selesai dibedah siasat di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM), Cheras, selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam.




Siti Hawa Suratman bersama emak saudaranya.


Tiada kata-kata yang dapat diucapkan melainkan kepadaMu kami berserah sepenuhnya.

Monday 3 May 2010

Faris Tak Takut Kucing

Kawasan perumahan saya banyak sangat kucing. Anak-anak saya kecuali Faez sangat suka dengan kucing. Faris langsung tak takut kucing. Kalau boleh mahu didakap dicium dan dipeluk sang kucing.








Perasaan takut langsung tiada dalam fikiran Faris sebab dia
tidak mengenal sifat-sifat sang kucing





 

Dengan Yang Esa,  Faris mesti mengenali sifat-sifatnya
 barulah ada  perasaan takut dan gerun padaNya. 


Seronoknya Faris bagi kucing makan




Begitulah si Faris dengan kucing tidak ada perasaan takut akan dicakar atau digigit oleh sang kucing berkenaan. Faris tak tahu sifat-sifat yang ada pada kucing yang boleh membahayakan dirinya. Ketiadaan ilmu mengenal sifat-sifat kucing menjadikan binatang yang sepatutnya ditakuti menjadi sebaliknya.

Bila tengok Faris tak takut kucing saya pun terfikir begitulah saya dengan Yang Esa.  Saya semacam tidak merasai takut denganNya kerana saya tidak mengenal sepenuhnya sifat-sifatNya. Mungkin kalau saya mengenal sungguh-sungguh siapa DIA tentu saya akan sentiasa takut dan berhati-hati. Ilmu mengenalMu masih terlalu sedikit, ini membuatkan saya macam tak rasa bersalah melanggar perintahuMU. Dasyhatnya saya kerana sebut aje nama bos kat opis dah boleh huraikan sifat-sifatnya dan berusaha sungguh2 menawan hatinya tapi denganMU...???///

Saturday 1 May 2010

Baju Baru

Baru-baru ni saya shoping sikit kat Sogo.  Dah bertahun rasanya saya tak menjenguk tempat membeli belah yang menjadi kesukaan suatu masa dahulu.  Kini masa telah berlalu saya jarang sangat  ke sana bukan tak suka tapi.......tak ada duit kut........

Oleh kerana jarak usia Faris dan Firdaus terlalu jauh,  jadi baju abangnya dah berkubur dan entah kemana.  Saya terpaksa beli yang baru untuk si Faris.  Terbang dan melayang duit ibu sebab si Firdaus pun tumpang beli seluar baru.  Ayah dan ibu  pakai baju lama aje.

Ingatan untuk Faris dan Firdaus walaupun berbaju baru dan cantik hendaknya tidak merasa bangga dengan keelokan wajah dan keindahan pakaian yang dikenakan.  Jauhilah dari berlebihan dan menarik perhatian orang lain kerana inilah sebenarnya sifat takabur.  Saya pun kadang-kadang gagal menahan nafsu membeli dan terus membeli....lagi.  Sampai bila ya...???///



Baju dan seluar baru,   tapii  pinggang seluar longgar kt Faris.  Faris kena tambah berat badan



Saya ikut nasihat ibu,  takut merasa diri segak bergaya.  
Jadi saya posing sambil baring aje




Abang Yang yang ganas selalu kerjakan adik, 
Adik tak suka tunjuk baju
baru, sebab tu adik paling muka


Bila jumpa dan baca hadis ni rasa macam takut le pulak nak bergaya sakan

"Bayangkan seorang lelaki yang berjalan dengan megah,  memakai dua pakaian yang indah dengan rasa bangga kepada dirinya,  lalu tiba-tiba Allah membelah bumi di bawah kakinya sehingga lelaki itu terperosok ke dalam bumi dan terperangkap di sana sampai hari kiamat."

Hadis riwayat bukhari