Thursday 23 December 2010

Dialah Pejuang

Seseorang bertanya kepada saya kenal tak pejuang Zainab Al Ghazali? Saya spontan menjawab lelakikan?. Rupa-rupanya jawapan kepada soalan itu sebaliknya.  Rasa nak tutup muka,   malunya nak jawab itu pun tak lepas. Dalam hati jika pejuang Islam semestinya lelaki.

Lama dah buku ini ada kat pasaran dan dah dengar ceritanya tapi biasalah saya ni nak mengadap buku teramatlah payah.  Akhirnya setelah berhempas pulas mencuri masa berjaya juga dihabiskan alhamdulillah. Membaca kisah hidupnya di penjara bagai tak percaya begitu teruk siksaan yang diterima hanya untuk menegakkan kalimah Allah.Beliau melalaui fasa-fasa penyiksaan yang begitu kejam terhadap seorang yang bergelar wanita.  Anjing ganas, sebatan, sepak terajang dan banyak siksaan yang mengngerikan hati ini.

Itulah pengorbanan yang dilalui dalam perjuangan  oleh wanita kental Zainab al-Ghazali. Dugaan dan cubaan saya  pula? setakat jeling, bermasam muka atau dipulaukan belum pernah lagi pun.  Macam mana nak dapat tiitle pejuang...???/// 

Inilah  Wajah Pejuang.  Searchlah  di internet macam2 boleh tahu siapa beliau
Buku Terbitan Pustaka Salam,  Jom menelaah

Tuesday 21 December 2010

Hadiah Untukmu

Semalam genap umur anak teruna saya 17 tahun.  Menghitung usianya yang meningkat ke muda belia,   hati semacam berdebar-debar.  Bimbang dan takut dengan usianya yang sebegini adakah saya telah  menyediakan  di dadanya keperluan yang sepatutnya.  Kalau pun sedikit amanah yang telah disampaikan  adakah si anak menggunakannya dalam kehidupannya atau ambil tak kisah aje.

Faez, menyambut hari lahir bukanlah hanya menunggu hadiah dari ibu atau ayah tapi sebenarnya lebih dari itu hitunglah apakah hadiah yang telah diberikan kepadaNYA selama diizinkan mengecapi usia ini.  Berapa banyak nikmatNYA  yang telah di kecapi tanpa ada kekurangan malah melimpah ruah.

Setelah difikir-fikirkan inilah hadiah yang istimewa dari Ibu dan Ayah.  Hadiah yang merupakan mukjizat dari Allah yang dikongsi oleh Rasul bersama kita. Ingatlah ia boleh jadi pembela atau pendakwa Faez di sana nanti,  berhati-hatilah.   Selamat Hari Lahir untuk Faez yang ke 17.

Tanya diri Faez dah berapa kali menghabiskan pembacaan  semua terjemahan al quran?  Kalau belum...???///

Sunday 12 December 2010

Thanks Sekolah

Dah habis seisi pengajian di sekolah menengah untuk dua anak saya Atiqah dan Faez.  5 tahun berada di alam persekolah menengah yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari saya dan zaujh.  Usah dikira budget untuk membiayai mereka di sekolah yang tiada bantuan dari kerajaan,  perit,  pedih dan adakalanya banyak perkara kami terpaksa lepaskan  walaupun di hati kecil teringin sangat-sangat. 

Namun begitu keputusan yang diambil lima tahun dahulu,  rupa-rupanya teramat berbaloi-baloi.  Meskipun anak-anak saya tidaklah sepandai dan secemerlang mana pencapaian akademiknya tapi saya bersyukur kerana saya dapat  "lebih"  dari itu di sekolah mereka.  Murabbi dan Murabbiah yang tak jemu-jemu membimbing bukan saja soal akademik tapi soal iman dan aqidah yang menjadi keutamaan di kaca mata mereka. 

Terima kasih pada emak dan abah yang mendidik dan menghantar saya mendapatkan ilmu walaupun mereka bukanlah orang yang cerdik pandai dalam akademiknya.  Dengan ilmu yang dibekalkan oleh abah dan emak,  saya sedar dan cuba  up-gred anak-anak saya pula mendapat ilmu lebih daripada saya.  Itulah ilmu langit yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu di bumi ini.


Pusat Pendidikan Al Amin


Maahad Tahfis Sains Tanah Merah

Mengajar, Mendidik dan Mentarbiah,  pilihan semua sekolah...???///

Friday 3 December 2010

Happy New Year

Dah tinggal beberapa hari aje lagi tahun 1431Hijrah meninggalkan kita.  Saya merenung diri,  Muharam yang akan menjelma adakah saya prihatin atau tidak ambil pot langsung kedatangannya.  Mungkin sebelum-sebelum ini saya lebih menunggu dan ambil tahu kedatang tahun Masihi,  begitulah jahilnya saya disisiNYA.  Sebenarnya kita umatnya telah disediakan kalendar Islam kenapa masih teruja dengan kalendar yang lain?  Itu baru kalendar Islam yang saya tak ambil kisah,   macam mana yang lainkan? 

Detik masa akan terus datang kemudian berlalu pergi meninggalkan kita.  Berlalu,  berlalu dan terus berlalu...... kita tiada upaya sedikitpun untuk mendahului atau mengebelakangkannya. 

Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).


Tahun 1432 ni visi dan misi untukNYA...???///