Semalam cuti sempena Maulidul Rasul. Saya sebenarnya diminta oleh kompeni turut serta di Masjid Putra Jaya untuk sambutannya tapi sebab Faris masih kecil saya pun tolak.
Tak dapat pergi pun tak apa... dan tak dapat baju feree he he..., tapi hari ini saya nak pujuk hati supaya mengenalimu dengan lebih dekat Ya Rasulullah. Saya nak rasa mencintai, menyayangi seterusnya merinduimimu yang teramat sangat. Saya tak mahu mengenalimu hanya tahu biodata sahaja. Saya mahu segala jiwa dan raga berjuang untuk meneruskan kerja-kerjamu yang ditinggalkan untuk kami umat kini. Saya mahu disayangimu dan menyayangimu melebihi saya menyayangi apa yang ada di dunia ini. Saya nak memiliki ibadah sepertimu, akhlak sebaik dan sehebatmu.
Mukjizatmu yang dikongsi bersama umatmu
Walaupun saya tak pernah melihat wajahmu Ya Rasul, tapi kalamullah dan sunnahmu menjadi tatapan kami.
Peninggalanmu yang penuh berharga dan tidak ternilai
Profail hidupmu buat ikutan kami semua
Saya nak merasai cinta kepadamu Ya Rasullullah, bercinta dengan mukjizatmu (kalamullah) dan hadis-hadismu Ya Rasulullah. Bilakah saya dapat merasai semua cinta itu sepenuhnya itu...???///