Wednesday 30 December 2009

Cuti Sekolah 2009 Dah Habis

Hari ni 30hb Disember, sekejab masa berlalu. Cuti sekolah dah habis, anak-anak melangkah ke sesi pengajian baru, 2 anak saya Atiqah dan Faez melangkah ke form five. Ujian besar menanti mereka. Firdaus pula ke tahun 3.



Cuti sekolah kami tak kemana-mana, cuma rutin biasa menziarahi orang tua di kampung. Anak-anak dah besar2 so mereka melayan komputer aje. Kami pun bukanlah berduit sangat nak melancung ke mana-mana. Tambahan pula persiapan untuk ke sekolah memerlukan banyak belanja. Semalam beli buku teks Faez je dah hampir RM300. Buku teks Si Firdaus tak beli pun lagi. Moga apa yang dibelanjakan semua ini mendapat keredhaanMu YaRabbi.


Jumaat ni nak hantar Kak Yong Tiqah balik Kelantan. Saya dan suami memang jarang hantar dia balik ke asrama, seingat-ingatnya boleh dikira dengan jari kami kesana. "Tahun ni tahun akhir kakak kat sana, jadi ayah dan ibu hantar ya"' pinta anak saya. Tak sampai hati le pulak nak menolak permintaanya.
Anak-anak salah satu daripada perhiasan dunia. Jangan jadikan kami lupa kepadaMu dek kerana hiasan ini. Terlekakah saya dengan hiasan dunia ini ...???///


Selamat bersekolah semua untuk anak-anakku dan semua yang lain.

Monday 28 December 2009

Majlis SERATA

Sabtu 26 Disember lepas saya dan suami serta si kecil Faris g sekolah lama " Sekolah Raja Perempuan Taayah". Terimakasih kat ayah sebab sanggup tunggu dan jaga Faris kat dalam kereta. Masa saya masuk kat sekolah tu tahun 1982 hingga 1984. Lepas form 3 pindah sekolah sebab bahasa arab kandas.

Majlis SERATA Grand Ghathering 2009 Alumni 80an - 90an diadakan di dewan sekolah. Mulanya tak berhajat nak pergi tapi bila Rose kawan baik masa kat Taayah ajak tak sampai hati nak tolak.

Banyak kenangan di Taayah yang masih dalam ingatan, cuma bagi saya apa yang terkilan ialah saya tidak dapat menjadi pelajar SERATA yang sebenarnya. Teruja melihat pelajar SERATA di gelanggang dakwah yang tidak mengenal erti kepayahan dan sebagainya. Masalah bagi mereka adalah peluang bagi mendapat pahala dariNya. Walaupun begitu 3 tahun di SERATA banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan. Sekarang baru nak belajo bahasa arab tapi masih tak pandai-pandai...???///



Jom layan gambo yang sempat dirakamkan




Ustazah Fauziah (Yam Pau ) bertudung coklat sekarang mengajar kat Kampar



Kawan baik saya Roslina Ahmad (bertudung hijau) bekas graduan UITM sekarang suri rumah sepenuh masa. Tinggal kat Banting



Dapat towel kecil lagi, boleh lap air mata




Antara yang hadir



Kad Aturcara Majlis






Wow! best ada macam-macam dalam beg ni sape tak pergi rugi




Menjamu selera, semuanya sedap-sedap belaka





Cikgu Wan Zaharah ajar pelajaran sains, garangnya masa tu, tapi sekarang dah bercucu




Cikgu lelaki yang ada kat SERATA masa tu " Cikgu Moka". Nampak kurus sangat cikgu kita ni





Ustazah Napisah dan Cikgu Zaleha. Ustazah Napisah masih seperti dulu tak banyak berubah.



Si kecil faris join sama dengan makcik Ros



Ustazah Yam senyum meleret



Tak boleh nak snap banyak gambo sebab si kecik ni tak boleh duduk diam. Orang lain nak tolong pegang langsung tak nak.



Tuesday 22 December 2009

Walimah dan Kenduri di Hujung Minggu


Layan Gambo di hujung minggu




Walimah anak Kak Habsah staf Felcra di Ampang pada 19.12.2009. Kak Ros dan keluarga menjamu selera. Nampak berselera aje.






Kenduri Aqiqah Rais di rumah Cik Ija Ahad 20.12.2009







Jiran sebelah rumah kat kg, sama-sama memeriahkan walimah cucunya di Alam Damai. Waaupun dah uzur masih sempat meluangkan masa, hebat sungguh. Walimah pada 20.12.2009







Walimah Anak Abang Mad, Tahniah kepada Zurin di Alam Damai








Walimah rakan sekerja Aishah di Taman Selaseh pada 19.12.2009. Rakan-rakan yang baik hati sama memeriahkan majlis







Walimah anak saudara Pak De Aini kat Gombak pada 19.12.2009. Mertua saya turut hadir.






Bok De Sah bertudung putih orang kuat majlis, sambal tempoyak masih terasa lagi. Sedapya




"Hak seorang Muslim terhadap muslim yang lain ada enam: iaitu apabila bertemu ucapkanlah salam. Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. Apabila ia meminta nasihat, nasihatilah dia. Apabila ia bersin, kemudian membaca `Alhamdulilah' maka jawablah (dengan ucapan ` yarhamukallah': semoga Allah mengasihimu). apabila ia sakit, jenguklah. Dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya." (Diriwayatkan Muslim).

Hari minggu lepas dari hari Jumaat hingga Ahad saya dan keluarga makan kenduri. Hujung minggu kalau ikutkan hati memang nak berehat-rehat aje tapi bila teringat hadis tadi kuatkan semangat penuhi undangan. Alhamdulilah si kecil Faris pun tak banyak ragam kat rumah kenduri jadi ibu dia boleh le melayan makanan dengan sepuasnya, Maklumlah makanannya semua sedap-sedap belaka. Terima kasih kepada semua yang mengundang kami, Insya-Allah bila dijemput kami datang lagi.



Pernah Rasullullah bertanya kepada sahabat pada suatu hari "Siapakah pada hari ini telah menziarahi orang sakit" lalu Abu Bakar Al- Sidek menjawab "saya", Kemudian ditanya lagi " Siapa pada hari ini telah mengiringi jenazah?" dijawab "saya" juga oleh Abu Bakar. Betapa hebatnya beliau berbanding dengan kita. Siapalah saya pula yang selalu mencari-cari alasan melepaskan diri dari menunaikan hak muslim terhadap muslim yang lain. Berusaha dan berjuang, berjaya .....???///

Wednesday 16 December 2009

Imam Kecil

Firdaus dah selamat bersunat, tapi teramatlah payah nak solat. Macam-macam alasan dia bagi, kadang-kadang kesabaran ibu dan ayah tercabar juga.

Tapi tak sangka rupanya budak-budak suka kalau dapat jadi orang dewasa. Entah macam mana hari tu Firdaus malas sangat nak solat jadi ayah suruh dia jadi imam. Ayah pula solat "berimamkan" anak, tapi yang sebenarnya ayah solat sendiri cuma ikut pergerakan si anak aje. Lepas solat si anak tersenyum lebar bangga kut dapat jadi imam. Rupanya kita kena kreatif nak didik anak solat atau nak suruh buat sesuatu.


Rasanya kita semua mengharap kecemerlangan akidah dan rohani mengatasi kecemerlangan yang lainnya. Atiqah, Faez, Firdaus dan Faris berjayakah ibu dan ayah mendidik dan mentarbiahmu...???///





Faris oh Faris



Imam kecil yang banyak kerenah

Friday 11 December 2009

Buku Baru

Semalam sempat beli buku baru, tak pergi kedai buku pun penulis hantar sendiri hee hee. Hasil tulisan Dr. Mek Wok Mahmud Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan anak muridnya. Buku bertajuk "Hadirnya Permata Hatiku". Oleh kerana beliau mengajar kami kat FELCRA pada hari Jumaat sempat minta dia tandatangan lagi kat buku tu.

Tak sempat nak baca semua lagi tapi dah tinjau-tinjau sikit. Sangat berharap dapat mulakan pembacaannya hujung minggu ni, Insya-Allah.

Kadang-kadang rasa bersalah pada diri sendiri banyak buku yang masih tak berjaya diselesaikan pembacaannya dan yang lebih merisaukan lagi banyak perkara yang disarankan dalam buku-buku berkenaan tak dilaksanakan lagi. Apakah ada alasan kepadaMu nanti ...???///





Besstnya dapat buku baru tapi bila nak habis baca tak tahu le bila....


Penulis buku Dr. Mek Wok Mahmud. Terima kasih banyak-banyak dr kerana banyak membimbing kami di FELCRA Berhad


Monday 7 December 2009

Dah Selamat Bersunat

Berdebar-debar menunggu saatnya




Beratur untuk disunatkan, siap pegang tangan nak redakan tension takut


Tahniah, Firdaus berjaya disunatkan. Hadiah sekumtum bunga berserta gula-gula dari Klinik Kita

Berehat. x game x bola dan x akiviti berat. T. kasih ayah kerana cuti 1 minggu jaga Aus



Alhamdulilah si hero kedua saya dah selamat bersunat pada hari Jumaat lepas. Firdaus Fahmie dah dewasa la ni, boleh join sepupu-sepupu yang lain sebab dah siap potongggg.


Terlaksana sudah satu t/jawab saya dan suami kepada anak dan Yang Esa, di hadapan menanti banyak lagi t/jawab yang belum dilaksanakan. Berkira-kira sangat saya bila nak melakukan ibadah sunat, meskipun tahu amalan sunat mempunyai banyak pahala disisiNya.

Meminjam tulisan dari satu bloger amalan sunat adalah seperti kita meminta anak mengangkat kain di ampaian kerana hari nak hujan. Kita pula masa tu nak pergi keluar. Sianak mengangkat kain seperti yang disuruh kemudian siap melipat, menggosok dan menyusun dengan baik , w/pun yang diperintah hanyalah mengangkat kain di ampaian kerana hari nak hujan. Siapalah tak suka kalau yang disuruh hanya satu pekerjaan tapi sianak melengkapkan kerja-kerja tambahan pula untuk menyempurnakan tugas berkenaan.


Begitulah juga denganNya, amalan sunat dapat melengkap dan menyempurnakan setiap ibadah.. Saya berjuang nak buat amalan sunat di malam hari siap kunci jam, alarmkan telefon, sikecil siapkan kejutkan dengan minta susu namun....???///

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada semua yang menziarahi Firdaus pada hari sabtu lepas dengan memberi sokongan moral juga wang ringgit. Moga Aus cepat sembuh dan pulih seperti sediakala, Insya-Allah.

Friday 4 December 2009

Hari Jumaat di Surau FELCRA

Hari Jumaat penghulu segala hari. Hari Jumaat juga hari perjuangan bagi saya, manakan tidak nak buat pengisian pada hari berkenaan perlukan perjuangan. YES ( Year End Sale) menjadikan hati ini melonjak-lonjak nak turun padang kat shoping complex bila time lunch. Macam-macam rasa nak beli maklumlah semuanya murah belaka.

Namun begitu Sale pada hari Jumaat yang telah ditetapkan olehNya lagi hebat dan lumayan. Manakan tidak pada hari berkenaan banyak offer dariNya termasuklah apa kita doakan akan dimustajabkan olehNya InsyaAllah. Berada di majlis ilmu yang sentiasa didoakan oleh para malaikat begitu meruntut hati saya.

Bestnya ada kawan-kawan yang sentiasa mengajak ke majlis ilmu dan bersedia untuk menjalankan kerja-kerjaMu, terima kasih semua. Mencari Sale dan Offer dunia memang mudah tapi Sale dan Offer dariNya selalunya saya ......???///




Kagum dan tahniah untuk adik-adik ni w/pun masih muda sudah terpaut dgn majlis ilmu

Rakan-rakan yang saya sayangi, rindu rasanya kalau lama tak berjumpa


Bersedia untuk mengambil tempat di majlis ilmu setiap lunch hari Jumaat



Tuesday 1 December 2009

Solat Sunat Eidul Adha

Alhamdulilah tahun ni saya diberi kesempatanNya untuk menunaikan solat eidul adha w/pun Faris masih kecil. T. kasih banyak-banyak pada M.yah kerana sanggup tolong jagakan Faris.

Pagi-pagi saya dah buat persiapan untuk g solat termasuk siapkan bubur Faris supaya memudahkan M. Yah jaga Faris.

Kami sekeluarga pergi dengan kereta w/pun jarak masjid bukanlah jauh sangat biasalah nak cepat katakan.

Sampai kt masjid saya terus ambil tempat duduk dekat dengan makcik-makcik kampung yang ramainya masih saya kenali. Harapan saya supaya bila duduk dekat diaorang senang saya nak bertegur sapa

Selepas pakai telekong dan bersalam-salam dengan jemaah di kiri kanan lalulah tabung masjid. Alamak macam mana ni, dompet tak bawa, duit apa lagi satu sen pun tak bawa. Berlalu sajalah tabung tu kat saya, tetapi bila sampai tabung tu kat mmakcik-makcik warga emas tu semuanya mengeluarkan duit samaada dari dompet, poket baju atau lilitan tudungnya. Tragis dan sadisnye saya masa tu, rasanya macam nak cabut lari balik rumah. Warga emas tu bukan datang dengan kereta mewah tapi berjalan kaki dengan fizikal yang uzur. Lagi tragis ada seorang makcik tu sampai-sampai kat masjid tabung tulah yang dicari.

Bukanlah jumlah yang diberi diambilkira tetapi kesediaan mereka untuk menderma dan berkorban wang ringgit itulah yang membuat saya kagum. Saya tertanya-tanya siapalah saya berbanding mereka disisi Allah

Ya Allah aku memohon ampun di atas kelemahan ini. Apakah di tahun hadapan saya masih tidak mengambil pengajaran dari peristiwa ini...???///