Monday 30 August 2010

MERDEKA

Kibaran jalur gemilang moga sayapun cemerlang dan gemilang


31 Ogos 1957 tarikh kemerdekaan. Dah lebih 50 tahun negara merdeka. 

Nak tanya kat diri saya beberapa soalan sempena hari  merdeka ni

1.   Merdekakah iman saya  dari sebarang kesyirikan?  
2.   Merdekakah ibadah saya dari sebarang bidaah? 
3.   Merdekakah minda saya dari anasir-nasir barat? 
4.   Merdekakah rohani saya dari tuntutan hawa nafsu? 
5.   Merdekakah saya untuk melaksanakan semua hukumMu di dunia ini?
6    Dan banyakkkkk lagi

OOOOppppp selagi negara ini belum lagi melaksanakan semua hukum mengikut modul yang ditetapkan olehNya selagi itu saya masih dijajah dan tiada ertinya kemerdekaan ini.  Walaupun saya tidak dapat merasai kehidupan negara Islam yang sebenarnya tetapi perjuangan mesti diteruskan.  Usah bimbang kejayaannya tetapi bimbanglah apa usahamu ke arah itu.  Mungkin anak cucu atau cicit atau yang lain akan menikmatinya .  Tapi bila....???///  

.

Thursday 26 August 2010

"Surat Cinta"



Mengenang di alam persekolahan ramai juga yang bercinta.  Perantaraan pada masa itu hanyalah surat yang dikarang atau dihantar oleh kekasih (w/pun tak sewajarnya ia berlaku).  Seronoknya bila dapat surat cinta dan berkali-kali dibaca macam tak puas-puas.  Kalau boleh apa permintaan dan suruhan dalam surat akan dilaksanakan sebaliknya apa jua yang ditulis tentang ketidaksukaan pasangan sedaya upaya akan juga dituruti.


Bulan Ramadhan ini juga "surat cinta" olehNya diturunkan kepada kita.   Inilah Al Quran yang diturunkan oleh Kekasih kita.  Malu rasanya pada diri ini kerana tak teruja langsung membaca warkah cintaMu.  Selalu memberi alasan tak berkesempatan menatap lembaran-lembaranMu.  Kegahairahan menatap warkahmu masih jauh dari hati ini.  Andai kata saya kasih padaNya tentu saya akan akur apa saja yang ditulis olehNya.  Teringat masa kecil-kecil dulu tiap-tiap malam emak ajar membaca warkah cintaMu,    tapi kini...???///





Wednesday 25 August 2010

maher zain



Mula-mula dengar lagu ni tak rasa berkenan tapi Si Firdaus asyik menyanyi lagu ni akhirnya saya pun terpikat dan jatuh hati.  sebenarnya kat rumah radio pun tak ada,  harap dengar lagu kat kereta aje.  tapi selalunya masuk kereta kalau tak jadi pemandu lelap memanjang.  Bestnya ada juga pilihan lagu yang islamik untuk tujuan hiburan. 

Dengar berita Maher nak buat konsert kat Malaysia bulan Oktober ni.  Kalau Firdaus nak pergi macammana ya...???// 

Tuesday 17 August 2010

Masjid Mesra Jamaah dan Kanak-kanak

Saya sekeluarga solat tarawih di masjid UIA sejak 5 tahun yang lepas.  Bagusnya masjid ini kerana mesra kanak-kanak dan jamaah.  Saya dan suami selesa bertarawih di sini kerana Faris dan Firdaus mudah diawasi.  Masjidnya buat solat tarawih 20 rakaat dan diimani oleh imam yang membaca satu juzuk 1 malam.   Bacaan imamnya memang hebat sekali,  saya terus terpikat dengan bacaannya ditambah dengan parking kereta pun banyak.

Thanks Faris yang banyak membantu ibu memudahkan urusan ibadah dibulan yang mulia ini dan lebih penting Allahlah yang memudahkan semua urusan ini. Faris ok aje bila pergi masjid cuma ibu aje yang bimbang macam-macam...???/// 


Nyenyak dengan alunan ayat-ayatMu
sementara menunggu ibu habis solat

Kalau rasa penat boleh berehat

Anak-anak bebas dengan aktiviti mereka

Sunday 15 August 2010

Susahnya Meninggalkan Kebiasaan

Bulan Pesta Ibadah datang lagi.  Dijadikan olehNya bulan ini  untuk kita berpesta dan bergembira dalam mengerjakan ibadah.  Inilah karnival ibadah yang dianjurkan oleh Allah dengan tiada tandingan dengan apa-apa jua karnival yang dicipta oleh manusia. Tuhan telah memperakui  dan menetapkan bahawa bulan ini bulan bulan untuk kita mendapat rahmatnya.  Bulan untuk saya berjuang mengasah serta menajamkan keimanan dan ketaqwaan kepadanNya.

Tapi ya,  bagaimana saya dapat mencapai ketaqwaan yang disebut-sebut oleh semua orang dalam bulan yang mulia ini?  Payah dan penuh dugaan.  Sebagai contoh masa berbuka puasa berbagai-bagai hidangan disediakan.  Mengikut sunah nabi memulai berbuka puasa dengan kurma atau kalau tiada buah disunatkan dengan air.  Selepas itu disunatkan solat magrib itulah yag dilakukan oleh nabi.  Bertahun-tahun Ramadhan yang dilalui saya cuba mempratikkannya,  namun gagal dan terus gagal.  Akhirnya apabila Firdaus mula belajar berpuasa dan berbuka puasa dengan segala-gala yang ada di atas meja,  dia termuntah dan lembik separuh badan.  Saat itu barulah kami sekeluarga tersedar dan berusaha meninggalkan kebiasaan kepada kesunnahan.  

Begitulah payah dan sukarnya untuk saya melaksanakan sesuatu sunah.  Allah terpaksa menimpakan sesuatu peristiwa agar hati ini dapat dikejutkan untuk berubah.  Kebiasaan yang telah mendarah daging dalam hidup ini bagai tidak mahu langsung dibuang walaupun sedikit.  Saya tertanya-tanya tentang amalan sunah yang lain,  yang mana Allah tidak menimpakan sebarang peristiwa yang membuatkan hati ini tidak terketuk untuk melakukannya.  

Memang bukanlah mudah untuk melaksanakan amalan sunah tetapi itu semua ada hikmah yang telah ditetapkan untuk kita.  Saya selau bertanya pada diri ini mengapakah susah sangat meninggalkan kebiasaan kepada yang lebih baik disisiNya..???///


Mencari Power Puasa



Saturday 7 August 2010

Beruntungnya Saya



Jumaat semalam ada program ziarah ke rumah anak-anak yatim Nasuha di Gombak Permai.  Ikutkan masa yang terhad dan kesibukan yang ada berat hati nak turut serta.  Bagaimanapun saya memujuk hati dan berjaya mencuri sedikit masa  untuk ke sana.  Alhamdulilah sampai juga hasrat hati yang memang telah lama terpendam untuk menjenguk rumah-rumah sebegini.

Sampai sahaja bersama peserta program ke sana hati bagai ditusuk sembilu melihat keadaan rumah yang menampung penghuni lebih 40 orang dan melihat airmuka anak-anak yatim itu menambah lagi keterharuan saya.   Tempat tinggal yang tidak sempurna serta wajah airmuka anak-anak yang amat-amat memerlukan belaian kasih sayang membuatkan saya begitu sayu sekali.  Lelah memikirkan masa depan mereka.  Bagaimana saya mahu memulakan langkah turun padang berjuang memikirkan dan seterusnya membuat sesuatu untuk generasi harapan ini. Alangkah jauh beruntung saya berbanding dengan insan-insan di rumah anak Yatim Nasuha itu. Petang itu nak menelan air pun rasanya tak tertelan oleh tekak walaupun perut terasa teramat lapar kerana sejak jam 10 pagi tak menjamah apa-apa lagi. Azilawati engkau kena meninggalkan sedikit kenikmatan dan keseronokan dunia untuk melaksanakan misi Rabmu ini.  Berjayakah saya...???///


Anak-anak bergambar bersama ahli yang menziarahi


Masihkah boleh tersenyum  melihat semua ini?



Antara yang hadir

Inilah wajah anak yatim yang paling kecil


Ayam KFC yang dibawa untuk dinikmati mereka

Puas melihat mereka berselera menikmati KFC


Bersama rakan seperjuangan Puan Halimah dan Shidah,  
lain masa dan ketika kami datang lagi anak-anakku

Thursday 5 August 2010

Countdown to Ramadhan






Selamat menyambut Ramadhan Karim kepada semua.  
Ya Allah sampaikanlah kami ke Ramadhanmu kali ini


Ramadhan semakin menghampiri,  saya cuba mendebarkan jiwa untuk menunggu-nunggu kedatangannya  tapi tidak semudah itu. Mahu rasanya saya merintih pada hati yang keras bak batu-batu di jalanan ini agar ada rasa menanti-nanti,  merindui dan seterusnya menyambut kedatanganmu dengan penuh rasa rindu dan dendam. Sudikah Ramadhan yang bakal menjelma ini menyapa diriku...???/// 


Monday 2 August 2010

Pilhan yang bijak untuk Mac' De

Memang tak dapat dinafikan anak-anak saya memang suka makan kat Mcd. Puas dipujuk untuk cuba menyekat kemahuan mereka tapi selalunya gagal. Namun hati ini terubat bila baru-baru ini pergi ke Kelantan ada alternatif untuk menjamah seakan-akan Mcd juga.


Inilah restoren Mac'De di Tanah Merah Kelantan.




Canggih dan hebat hiasan restoren.
 Tahniah kepada Pengusahanya




Berbaloi-baloi harganya,  
rasanya tidak jauh berbeza dgn Burger Mcd

Dalam hidup ini saya juga punya pilihan atau alternatif.  Memilih dan membuat pilihan yang terbaik memerlukan ilmu dan pengalaman.  Namun dalam melaksanakan tuntutanNya saya tiada pilihan melainkan adalah kewajiban.  


Syurga dan neraka adalah juga pilihan sendiri,  saya merenung diri ini adakah berkira-kira atau memilih-milih dalam melaksanakan perintahMu atau mewajibkannya tanpa sebarang persoalan atau alasan...???///