Sunday 12 December 2010

Thanks Sekolah

Dah habis seisi pengajian di sekolah menengah untuk dua anak saya Atiqah dan Faez.  5 tahun berada di alam persekolah menengah yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari saya dan zaujh.  Usah dikira budget untuk membiayai mereka di sekolah yang tiada bantuan dari kerajaan,  perit,  pedih dan adakalanya banyak perkara kami terpaksa lepaskan  walaupun di hati kecil teringin sangat-sangat. 

Namun begitu keputusan yang diambil lima tahun dahulu,  rupa-rupanya teramat berbaloi-baloi.  Meskipun anak-anak saya tidaklah sepandai dan secemerlang mana pencapaian akademiknya tapi saya bersyukur kerana saya dapat  "lebih"  dari itu di sekolah mereka.  Murabbi dan Murabbiah yang tak jemu-jemu membimbing bukan saja soal akademik tapi soal iman dan aqidah yang menjadi keutamaan di kaca mata mereka. 

Terima kasih pada emak dan abah yang mendidik dan menghantar saya mendapatkan ilmu walaupun mereka bukanlah orang yang cerdik pandai dalam akademiknya.  Dengan ilmu yang dibekalkan oleh abah dan emak,  saya sedar dan cuba  up-gred anak-anak saya pula mendapat ilmu lebih daripada saya.  Itulah ilmu langit yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu di bumi ini.


Pusat Pendidikan Al Amin


Maahad Tahfis Sains Tanah Merah

Mengajar, Mendidik dan Mentarbiah,  pilihan semua sekolah...???///

No comments:

Post a Comment