Tuesday 11 May 2010

Perawan Saya

Selalu cerita tentang si Faris dan Firdaus dan sesekali pasal Faez. Macam tak perasan pulak tentang anak perawan saya. Nurul Atiqah Amanina lahir pada 09.06.1992. Dah remaja dan dah jadi anak dara sunti. 

Bercerita tentang anak remaja saya sungguh-sungguh rasa tercabar dek kerana kekurangan ilmu tentang itu menjadikan saya selalu membuat kesilapan.  Saya akui kadang-kadang haru biru dibuatnya.  Bimbang dan gusar,  takut tindakan saya bukan menyelesaikan masalah tapi menambah rumit keadaan.  Rupanya ilmu keremajaan sangat-sangat perlu dan penting untuk menjadikan mereka berkualiti disisiNya.  Memang nak bagi makan,  minum,  pakain dan tempat tinggal insya-Allah tiada masalah namun untuk berkongsi masalah dan perasaan dengan mereka amatlah memeritkan dan payah sekali. Saya belajar untuk mengenali kehendak dan perasaan mereka dan tidak menjadikan tittle ibu untuk memberi arahan semata-mata.   Memujuk hati saya supaya bersabar dan terus bersabar tanpa ada noktahnya dalam melayan kerenah mereka.  Saya juga menunggu-nunggu saat anak-anak  apabila ditanya siapakah rakan paling akrab?  jawapannya IBU.

Kak Yong,  ibu tahu banyak kekurangan dalam membesarkan dirimu,  namun percayalah ibu berusaha untuk menambahbaikan title ini.  Terimakasih pada Kak Yong yang sentiasa menelan leteran demi leteran dari ibu dengan sejuta kesabaran hendaknya...???///




Harapan ibu, moga Kakak Istiqamah selalu,  



Bergambar mesra dengan sepupunya Kak Chor Husna dan Amar





Adik-adik yang disayangi

2 comments:

  1. ala biasa la bila dah ada anak dara, dia pun nak enjoy jugak. bagi la dia peluang. dah ade pakwe ke belum.?

    ReplyDelete
  2. pak we? boleh anto borang, syarat utama mesti mak dia berkenan.

    ReplyDelete