Thursday 21 January 2010

AnugerahMu Setahun Lalu

Setahun telah berlalu tetapi ia masih kuat dalam ingatan saya.  Setelah disahkan mengandung kali ke lima,  saya berkira-kira untuk mendapat rawatan dari dr wanita.  Dulu-dulu saya tak kisah tentang itu.  Berbincang dengan suami di mana nak dapatkan rawatan,  dan sedia maklum penyakit saya dirawat di HUKM.  Untuk memudahkan kalau apa-apa terjadi kami setuju mendapat rawatan di Pusat Pakar HUKM. Saya dirawat oleh oleh dr Emelia. Sehingga kandungan 35 minggu baby masih melintang dan kadang-kadang menyonsang. Dr kata kalau terus begini peratus untuk bersalin normal nipis.  Saya punya le risau sebab kalau opp tentu banyak masalah sebab asma dan sinus.  Ubat bius saya pulak memang alergic,  dah banyak kali pembedahan ,  lepas tu mesti tak boleh makan 1 ke 2 hari asyik muntah aje.  Dalam hati cukup bimbang kerana kalau terpaksa di bedah saya mesti kena turun kt wad biasa sebab takut apa-apa kompikasi nanti tak mampu pulak nak bayar di Pusat Pakar.  Terasa sayu dan pilu hanya mampu memanjat doa padaMu.






Jadilahmu tentera  Allah yang tidak mengira penat dan lelah insya-Allah 

Minggu ke 37 alhamdulillah bila jumpa dr,  baby dah ke posisi yang sepatutnya,  hati melonjak gembira.  Dapatlah saya merasa bersalin dengan dr perempuan kali ini.  Minggu ke 39 jumpa dr  baby melintang kembali.  Masa tu juga dr kata kena bersalin secara pembedahan secepat mungkin.  Hibanya rasa tapi apa nak dikatakan.  Kemudian dr pass saya ke wad hukm sebab saya takut tanggung risiko bersalin kat Pusat Pakar.

Bila sampai di wad seorang dr lelaki berketurunan cina datang melawat saya dan memberitahu dia yang akan melakukan pembedahan ke atas saya.  Dalam hati cuma mampu berdoa Engakau mudahkan segala-galanya dan Engkaulah sebaik-baik Pengurus.   Setelah semuanya siap saya ditolak ke operation room. Sesampai di sana alangkah terkejutnya saya apabila seorang dr perempuan yang namanya seakan-akan saya memberitahu dia yang akan melakukan pembedahan ke atas saya.   Dalam keadaan berdebar-debar menunggu saat dibedah Engkau membawa khabar gembira.  saya selamat bersalin secara pembedahan bersama dr perempuan lagi muslim.




Selamat ulangtahun kelahiran (20.01.2010)  yang pertama untuk permataku 
Muhammad Faris Fahmie


Saya akuiMu YaAllah yang Maha Mengetahui kehendak hambamu. Dalam keadaan tiada daya saya untuk memenuhi syariatmu, Engkaulah mengatur yang terbaik untuk saya.  Pergantungan sepenuhnya padaMu insya-Allah akan beroleh kejayaan. Moralnya apa pun yang kita perlukan bergantunglah sepenuh dan setinggi -tinggi kepadaNya.

Dikatakan keberkatan anak ialah dengan  adanya mereka kita bertambah dekat dan taqwa kepadaNya.  Saya merenung terhadap diri saya yang selalu mengatakan terlalu sibuk dengan anak-anak dan ini membuatkan saya selalu lalai tanggungjawab kepadaMu.  Bagaimana menghadapi semua ini takut,  bimbang,  resah...???///

1 comment:

  1. Happy Besday Faris. Mak Lang sekeluarga mendoakan semoga Faris menjadi anak yang soleh dan beroleh keberkatan dan perlindunganNya senantiasa.

    ReplyDelete