Wednesday 27 January 2010

Kerudung yang rosak

Menyela-nyelak kat almari terpandang satu tudung berwarna coklat.  Tudung yang telah berusia 5 tahun. Cadang hati nak pakai tapi alamak bertompok-tompok minyak nampak macam berbelak-belak.  Dah cuba basuh balik tapi hampa tak berjaya,


Tudung yang penuh nostalgia  tak boleh lagi nak digunakan.  Terkenang sejarah tudung ini yang penuh dengan kenangan nan indah.  Dihadiahkan semasa saya masih berseronok dengan pakaian jeans, t.shirt tangan pendek,  baju kebaya ketat dan dan tudung nipis.  Tak pernah terlintas untuk mengenakan tudung coklat yang dihadiahkan ini.  Si penghadiah cuma berpesan dengan lembut "pakailah pakaian mengikut kehendak Allah". Tambahnya lagi, "janganlah kita  berpakaian tapi sebenarnya pada pandangan Allah kita bertelanjang kerana tidak menutup aurat dengan sempurna". Selepas dia menghadiahkannya dia tak banyak bertanya tentang tudung tu,  cuma sekali-sekali apabila dia menelefon ditanya dengan penuh kelembutan " dah pakai ke tudung yang dihadiahkan tu?" .  Saya dengan rasa tak malu selamba aje jawab,  'belum nak pakai lagi.. tunggu le'.  Si penghadiah cuma ketawa kecil dan tak pernah menampakkan rasa kecil hati dengan tindakan dan jawaban saya.

Namun akhirnya hati ini berubah setahun selepas tudung terus bergantung di dalam almari.  Menhijrahkan diri berjuang melawan kebiasaan sebelum ini. Setelah berhijrah ke penampilan diri yang baru...macam-macam berlaku pada awal penghijrahan antara dailognya:-

  1. Engkau nak jadi ustazah ke Azila?
  2. Kau dah bertudung macam ni tak boleh curi tulang,  x boleh buang masa,  x boleh makan kat luar lama-lama.
  3. Tak susah ke nak pergi kerja luar nanti,  pakai macam ni?
  4. Azila kau tak takut ke,  nanti teringin nak pakai tudung macam dulu? macam mana?
  5. Aku tak boleh join sangat dengan kau azila sebab kau dah jadi orang macam ni
  6. Kau dah fikir habis ke nak pakai tudung sebegini?.
  7. Maaf Azila aku belum nak pakai lagi sebab rasanya tak cukup ilmu lagi

Begitupun ada hati-hati yang mulia,   yang memeluk, memegang erat tangan dan mendakap saya seraya mengalirkan airmata.  Allah menyayangimu Azila syukur padaNya kau berhijrah.  Semoga semua dailog ini menjadikan saya lebih tunduk dan patuh kepadaMu.  Berjuang untuk menjadi lebih baik dari semalam dan hari ini. Terima kasih pada semua yang banyak membantu dalam proses pembaikan diri ini.  Ya Allah engkau lindungilah kami dari azabMu dan tunjukilah kami jalan yang benar lagi lurus.







Kerudung ,  tudung,  selendang, jilbab,  tutup kepala dan apa-apa pun istilah pun ia tetap hukum yang diturunkan olehNya dan ada garis panduannya.


Terfikir apa hadiah nak beri pada pemberi tudung ya...???///

Monday 25 January 2010

Rehlah Kat Air Terjun

Ahad yang lepas kami pergi berrehlah kat air terjun Lipur Lentang kat JalanKarak.  Mula memang malas nak pergi tapi memandangkan masing-masing dengan cara yang tersendiri.  saya ajak keluar. Maklumlah  Firdaus asyik mengail ikan,  menternak lembu,  bercucuk tanam.  Ayah pula melayan pandangan mata kat kedai kereta  dan si Faez melayan pasukan bola pilihannyanya.  Semua itu di alam maya yang membunuh komunikasi di antara kami.  Saya pun kejutkan mereka dan ajak keluar berada di alam sebenar,  melihat alam ciptaan Ilahi.







Menikmati kurniaan Ilahi yang hebat dan ianya projek mega Ilahi yang tiada tandingannya



Kami pergi ke Air Terjun Lentang kat JalanKarak,  walaupun jauh tapi best sebab orang tak ramai dan tak payah jalan jauh nak masuk ke dalam.  Bayo aje tol selesai aje.  Ibu kena belanja beli makanan le pulak sebab tak masak kat rumah tapi tak apa asal kita dapat berinteraksi bersama melihat ciptaan tuhan.










Kesian Faris tak boleh mandi sebab airnya sejuk sangat



Rupanya Firdaus paling suka dengan air terjun sampai minta dibawa kemari lagi.  Terharu bila dia kata " ibu hebat sungguh Allah menciptakan air di sini mengalir tanpa henti-henti".  Rupanya anak-anak perlu di dedahkan dengan ciptaan Ilahi  agar mindanya boleh berfikir dan mengenali sifat-sifat Allah seterusnya timbul perasaan cinta padaNya.  Insya-Allah ibu janji bawa Firdaus melihat ciptaan tuhan yang lain agar hatimu bangga dengan ciptaan Ilahi.  Pandanglah semua ini dengan mata hati  nescaya Firdaus akan beroleh ganjaran dariNya.

Terasa hati nak bawa anak-anak  menikmati salji,  musim luruh,  musim bunga dan......  Tapi tak apalah anak-anakku pandanglah alam semesta dan projek mega Allah yakni bintang,  bulan, matahari dan  langit.  Semua ini tiada kos besar untuk menikmatinya dan fikirkanlah kewujudannya untuk apa...???///

Friday 22 January 2010

Laskar Pelangi

Setelah  berhempas pulas,  duduk,  terbaring terlentang dan kadang-kadang tertidur akhirnya Laskar pelangi dapat juga saya habiskan.  2 minggu masa untuk menghabiskan novel setebal 442 muka surat.  Terimakasih pada ayah dan anak-anak yang kadang-kala saya mencuri  masa bersama mereka untuk tujuan ini.  Faris selalu marah bila nak susu ibunya terleka dengan Laskar Pelangi menghayati watak Mahar,  Flo,  Ikal ,  Lintang dan  7 yang lain. 

Apa yang saya dapat dari novel ini .....  banyaknya.  Mengerti tentang erti perjuangan,  sekolah dhaif yang bermatlamat melahirkan insan yang soleh dan musleh.  Banyak juga air mata yang tertumpah di atas novel ini dek kerana sadis dan hibanya hati ini.  Terkenang pada anak-anak saya,  dapatkan mereka menjadi seperti anak-anak Laskar Pelangi?  

Rupanya kat astro bulan 1 ni ada cerita tentang novel ni.  Rugi saya tak ada astro tapi tak apa dah habis pun baca.   Mana best tengok kat tv ke baca novel...???///





Antara koleksi novel anak gadis saya sape-sape nak pinjam boleh aje

Thursday 21 January 2010

AnugerahMu Setahun Lalu

Setahun telah berlalu tetapi ia masih kuat dalam ingatan saya.  Setelah disahkan mengandung kali ke lima,  saya berkira-kira untuk mendapat rawatan dari dr wanita.  Dulu-dulu saya tak kisah tentang itu.  Berbincang dengan suami di mana nak dapatkan rawatan,  dan sedia maklum penyakit saya dirawat di HUKM.  Untuk memudahkan kalau apa-apa terjadi kami setuju mendapat rawatan di Pusat Pakar HUKM. Saya dirawat oleh oleh dr Emelia. Sehingga kandungan 35 minggu baby masih melintang dan kadang-kadang menyonsang. Dr kata kalau terus begini peratus untuk bersalin normal nipis.  Saya punya le risau sebab kalau opp tentu banyak masalah sebab asma dan sinus.  Ubat bius saya pulak memang alergic,  dah banyak kali pembedahan ,  lepas tu mesti tak boleh makan 1 ke 2 hari asyik muntah aje.  Dalam hati cukup bimbang kerana kalau terpaksa di bedah saya mesti kena turun kt wad biasa sebab takut apa-apa kompikasi nanti tak mampu pulak nak bayar di Pusat Pakar.  Terasa sayu dan pilu hanya mampu memanjat doa padaMu.






Jadilahmu tentera  Allah yang tidak mengira penat dan lelah insya-Allah 

Minggu ke 37 alhamdulillah bila jumpa dr,  baby dah ke posisi yang sepatutnya,  hati melonjak gembira.  Dapatlah saya merasa bersalin dengan dr perempuan kali ini.  Minggu ke 39 jumpa dr  baby melintang kembali.  Masa tu juga dr kata kena bersalin secara pembedahan secepat mungkin.  Hibanya rasa tapi apa nak dikatakan.  Kemudian dr pass saya ke wad hukm sebab saya takut tanggung risiko bersalin kat Pusat Pakar.

Bila sampai di wad seorang dr lelaki berketurunan cina datang melawat saya dan memberitahu dia yang akan melakukan pembedahan ke atas saya.  Dalam hati cuma mampu berdoa Engakau mudahkan segala-galanya dan Engkaulah sebaik-baik Pengurus.   Setelah semuanya siap saya ditolak ke operation room. Sesampai di sana alangkah terkejutnya saya apabila seorang dr perempuan yang namanya seakan-akan saya memberitahu dia yang akan melakukan pembedahan ke atas saya.   Dalam keadaan berdebar-debar menunggu saat dibedah Engkau membawa khabar gembira.  saya selamat bersalin secara pembedahan bersama dr perempuan lagi muslim.




Selamat ulangtahun kelahiran (20.01.2010)  yang pertama untuk permataku 
Muhammad Faris Fahmie


Saya akuiMu YaAllah yang Maha Mengetahui kehendak hambamu. Dalam keadaan tiada daya saya untuk memenuhi syariatmu, Engkaulah mengatur yang terbaik untuk saya.  Pergantungan sepenuhnya padaMu insya-Allah akan beroleh kejayaan. Moralnya apa pun yang kita perlukan bergantunglah sepenuh dan setinggi -tinggi kepadaNya.

Dikatakan keberkatan anak ialah dengan  adanya mereka kita bertambah dekat dan taqwa kepadaNya.  Saya merenung terhadap diri saya yang selalu mengatakan terlalu sibuk dengan anak-anak dan ini membuatkan saya selalu lalai tanggungjawab kepadaMu.  Bagaimana menghadapi semua ini takut,  bimbang,  resah...???///

Sunday 17 January 2010

Lesen L


Permata hati yang kedua dah besar. Dulu sibuk suruh beli basikal, sekarang dah pakai motor pergi sekolah. Mula-mula saya dan suami macam malas nak layan permintaan Fez nak pergi sekolah naik motor tapi bila dia bagi 1, 2 ,3 ,4 dan lagi... alasannya kami berdua beralah.

Faez, moga engkau prihatin lebih tentang kenderaan yang akan kita naiki untuk meniti titian sirat nanti di sana.  Bersiap sedialah dari sekarang agar kenderaanmu nanti berupaya dan berjaya melepasi titian sirat dengan selesa.












Ibu dan tinggalkan jawatan pemandu bas sekolah untuk Faez







Dapat lesen L pun dah teruja 







Basikal kesayangannya,  dah dilupai dan ditinggalkan.

Thursday 14 January 2010

Backup and Standby

Hari ni 14 Januari ayah balik semula team standby n backup di tempat kerjanya. Dah hampir setahun ayah tinggalkan team tu kami semua gembira sebab ayah sentiasa ada kat rumah bila hari cuti. Sekarang ayah jadi orang yang sibuk dan kurang masa untuk kami.


Kini jadual saya juga berubah, banyak tanggungjawab terpaksa digalas sendiri bersama 3 hero...... membebankan, memenatkan, menyusahkan dan lagi lagi dan lagiii. Hati ini selalu bersungut-sungut.
Namun begitu saya pujuk hati , semua ini adalah untuk mentarbiahkan diri supaya mengasah kesabaran, menajamkan keredhaan, mensucikan dan mengikhlaskan ibadah hanya kepadaMu.

Apa jua keadaan yang dijadikan olehNya ada kebaikan dan rahmat untuk saya. Banyak benda yang kita rasa teramat-amat tak suka tetapi disisiNya itulah yang terbaik diberikan untuk kita.
Moga terubat hati bila dapat merasakan Yang Esa sedang mendidik jiwa yang keras ini, agar tunduk dan patuh dalam memenuhi kehendakMu. Faez, Firdaus dan Faris belajar untuk berdikari boleh...???///

Wednesday 13 January 2010

Firdaus dah Beso

Hari ini 13 Januari 2010 ulangtahun kelahiran Firdaus yang ke 9. Muhammad Firdaus Fahmie permata ketiga saya ni dah beso.

Sejak dah masuk umur 9 tahun dah pandai macam-macam. Gaya dan penampilan dah berubah ditambah title "Abang Yang" setahun yang lepas. Semua dah berubah cuma perasaan takut aje yang bertambah-tambah, isyy susah hati saya dibuatnya sebab selalu kena temankan lebih-lebih lagi masuk bilik air.

Selamat Hari Lahir permata hati ibu, hadiah dari ibu tentu Firdaus tahukan.... Maaf tiada kek dan tiada hadiah yang istimewa dari ibu. Percayalah nak tiada hadiah yang istimewa melainkan hadiah dariNya. Teringat hari lahir saya, hadiah apa ya...???///








Dah ada Facebook, entah apa le yang dibuatnya dengan fb ni





Firdaus dah tinggalkan baju power ranger sekarang dah pakai jersey




Selamat tinggal control car, Firdaus dah pandu sendiri kereta kat komputer





Dah ada pasukan bola pilihan


Beg sekolah yang banyak kali minta ditukar tapi ayah dan ibu...???//

Friday 8 January 2010

Palestin Yang Jauh Dimata

Hari ini 8 Januari 2009 ada demontrasi " Membantah Tindakan Kerajaan Mesir Menghalang Bantuan Ke Gaza" di kedutaan Mesir. Bilakah masanya saya dapat turut sama menyatakan sokongan padamu Palestin. Saya selalu bertanya pada diri ini sampai bila negara Palestin harus berjuang membebaskan negara dari ancaman Israel, tapi bila teringat balik kata-kata seorang Ustaz, Allah telah tentukan Palestin akan berjuang dan terus berjuang hingga Kiamat hati jadi sadis.

Hari ini teringat padamu si anak kecil Hiba Mohamad Ali Mansour. Lahir pada 21/09/2000 tanpa ayah yang telah syahid di jalanMu. Hidup bersama ibu di khemah-khemah pelarian dan sentiasa diburu peluru-peluru Israel.

Apa khabarmu sayang? Apa khabar ibumu, 5 saudaramu dan keluarga yang lain?. Moga Hiba menjadi anak yang taat kepada ibu dan agama. Walaupun kita berjauhan dan sukar bertemu tetapi percayalah Allah mengetahui segala-galanya.

Mereka rakyat Palestin sentiasa diduga dan sanggup berkorban untuk menegakkan AgamaMu ini. Berapa banyak nyawa telah terkorban dan berapa banyak darah yang telah tertumpah. Saya di sini tanpa rasa bersalah berada dalam "Zon Yang Amat Selesa". Alangkah dasyatnya hambaMu ini. Memadaikah hanya dengan ucapan simpati dan kesian sahaja...???///






Kawanku Zamila, moga kita istiqamah membantu dalam apa jua keadaan


Bersama rakan seperjuangan mengumpul kekuatan untuk
terus membela Palestin




Hiba Mohamad Ali Mansour

Wahai anakku moga kita berjumpa di 'sana' nanti Insya-Allah








Monday 4 January 2010

Travelog Pantai Timur





Tuan rumah yang baik hati



Firdaus bersama teman baru Hariz, cepatnya mesra



Inilah rumah teman baik saya, orang k. Gajah yang dah jadi org Terengganu


Tempat jeti ikan, sebelah aje gerai makan


Sedapnya makan malam ditaja orang Kerteh


Sekolah Kakak, Maahad Tahfiz Sains Yayasan Islam Tanah Merah




Jumaat lepas kami sekeluarga hantar kak Yong Atiqah balik ke asrama. Perjalanan ke Tanah Merah memakan masa hampir 7 jam. Kami bertolak jam 8 pagi dan tiba di Tanah Merah lebih kurang jam 4 petang. Faris tidur aje sepanjang jalan. Firdaus pula sibuk tanya pukul berapa nak sampai. Faez biasa le dengan radio di telinga menghibur diri sendiri. Kak Yong Tiqah memang tidur lena macam atas katil, maklum le dah 5 tahun berulang-alik ke Kelantan.

Jumaat malam Sabtu tidur kat hotel Tanah Merah. Pagi Sabtu dapat panggilan dari kawan baik (Jamaiyah) minta singgah kat rumah dia kat Kerteh Terenganu. Entah macam mana dia tahu kami sekeluarga ada kat Kelantan, inilah gara-gara Facebook, maklumat dihujung jari.

Jam 4 petang selepas hantar K. Yong kat asrama kami bertolak ke Kerteh Terengganu. Tak sempat nak singgah mana-mana cuma singgah kat Pantai Batu Buruk aje, itu pun sebab nak suapkan Faris makan bubur. Lagipun hari dah malam. Sampai di Kerteh jam 10 malam selepas ayah 'meronda' entah jalan mana yang diikutnya. Tapi tak apa lepas tu Syed Senu belanja makan kat tepi laut, ikan bakar sedapnya.

Ahad pagi balik KL singah kat Kuala Kemaman beli sata dan keropok lekor. Penat, letih mengantuk dan lepas ni meneruskan lagi perjuangan yang lain.

Musafir itu ibadah bagi orang-orang yang mengisi permusafiran mengikut kehendakNya, Insya-Allah. Banyaknya Allah sediakan kemudahan dan keringanan untuk orang yang musafir, saya bagaikan terlupa semua itu bila nampak penat dan letih aje...???///.