Thursday 5 November 2009

Banyaknya Kerja

Faris pun dah banyak kerja, tolong ibu kutip sampah

Kalau pegawai 5S datang macam mana ya?



Sape le nak tolong lipat kain ni?

Isnin hingga Jumaat pergi kerja. Nak kata kerja banyak tak le juga, tapi kerja tak putus-putus. Tengok fail dan kertas-kertas kat atas meja penuh semacam. Kalau dalam PC lagi banyak maklumat belum up date. Surat banyak tak selesai lagi. Bila boss tanya maklumat tu bila boleh dapat, nak jawab pun payah. Itu kat pejabat, kat rumah pulak lain ceritanya.

Kain baju tak berlipat dah masuk 2 hari. Kat dapur dah berminyak-minyak, bilik air kena basuh dan lagi bilik tidur kena kemas. Pagi fikir pasal sarapan, balik kerja fikir pasal makan malam. Banyaknya tak selesai baik kat rumah atau kat pejabat.

Dalam sibuk-sibuk tu saya pujuk hati ini agar memikirkan pulak kerja-kerjaNYA yang banyak masih tak selesai. Pandanglah kerjaNya sebagai perintah yang mesti dilaksanakan. Sampai bila saya nak bertangguh dan beralasan.....???///







1 comment: