Monday 9 November 2009

Bahanang Yang Disayangi dan Dihormati

Gaya seorang Bahanang ( Haji Ahmad Suffian )


Cucu yang tak sempat berdoa selepas solat bersama bahanang, dah tertido, kesian

Tak pernah jemu membimbing kami semua. Terima kasih ayahandaku

Bahanang (gelaran atuk bagi orang jawa) yang kume sayangi telah mencapai usia lebih lapan puluh tahun. Mempunyai 8 orang anak, 36 orang cucu dan 3 orang cicit.

Kini dia tak segagah dahulu tapi dia masih kuat bekerja dan beramal ibadah. Dia imam kami, tempat kami berlindung dan mendapatkan kasih sayang. Hidup Bersama pasangan Bahedok (gelaran nenek bagi orang jawa) selama lebih 50 tahun, aman dan bahagia. Buah kegemarannya buah durian, berbaloi dapat menantu orang Kampung Gajah. heee heee.

Baru-baru ni sebelum dia mendapat rawatan kt HUKM sempat singgah kat rumah kume, so sempat snape gambonya. Didoakan agar beliau sentiasa dilindungi olehNya, insyaAllah. Apakah saya dan keluarga akan kuat dan segagah beliau dalam bekerja dan beribadah.....???///



No comments:

Post a Comment