
Jumaat lepas Firdaus tinggal kat rumah pengasuh, ibu Peah. Bermain dan bergurau bersama anak ibu Peah lalu terjatuh dan.... dagu terbelah (sikit aje). Ibu Peah call bagitahu minta saya balik n tengok. Saya kata tak apa kut, minta ibu Peah letak minyak gamat aje. Lepas tu Ibu Peah kol lagi minta datang. Tak sedap hati g le rumah ibu Peah. Sampai-sampai aje Firdaus terbaring tapi tak nangis pun, tapiii.. terharunya tengok ibu Peah merah-merah mata, berderai-derai air matanya. Saya pulak yang malu sebab tak rasa nak menangis. Lepas tu bawa Firdaus g klinik kena le jahit. Masa jahit tu Firdaus siap suruh doktor tu bius seluruh badan atau dengan kata lain tidokan dia. Bertuah anak jantan saya ni. Doktor jahit 3 jahitan dan siap suruh dressing 2 hari lepas tu. Bagi ubat tahan sakit dan antibiotik lagi. Ada follow up lagi minggu depan.
Bila anak tercedera saya kelam kabut, cepat-cepat nak dapatkan rawatan bawa ke klinik. Tapi bagaimana IMAN yang tecedera? adakah saya juga kelam kabut atau langsung tak perasan ianya tercalar, baik terguris ataupun tercedera. Iman juga boleh " tercedera"?? itulah hakikat sebenarnya. Dashyat sungguh hambaMu ini dalam menjaga keimanan. Saya tertanya-tanya "Akukah hambaMu yang sebenarnya...???///.
No comments:
Post a Comment