Tuesday 27 October 2009

Susu Ibu

Faris menangis dengan atuk sebab atuk tak ada susu


Spectra3 menjadi kerja memerah lebih mudah

Inilah stok susu Faris

Bestnya si kecil Faris dapat menyusu sepenuhnya dengan ibu. Dah umur 40 tahun baru saya dapat menikmati suasana ini. Permata yang pertama dan kedua sempat disusui 2 bulan aje lepas tu minum susu formula. Permata yang ketiga sempat disusui hingga usia 8 bulan itupun campur susu formula dan yang paling seronok permata keempat dah lebih 9 bulan menyusu penuh dengan ibunya. Syukur padamu Ya Rabbi


15 tahun dulu kenapalah saya begitu jahil tentang susu ibu. Susu banyak tapi tak tahu nak menggunakannya, kesian anak-anak. Mungkin maklumat tentang susu ibu tak berapa meluas, kawan-kawan pun tak ramai yang menyusui sepenuhnya. Si kecil Faris saya ni dah pandai pegang botol sendiri kat rumah pengasuh. Balik rumah terus terkam kat ibu nak susu.

Semua maklum susu yang Allah jadikan putih bersih. Kelebihan susu diperakaui oleh semua orang. Susu ibulah antibiotik yang paling mujarab. Kalau nak tulis tentang kelebihanya memang tak tertulus hanya Dialah yang Maha Mengetahui. Kalau kita perhatikan susu yang dikeluarkan tidak langsung bercampur darah, lendir, peluh, najis dan sebagainya sedangkan kalau diselak sikit sahaja kulit kita segala-gala akan terlihat. Apa yang yang dikeluarkan adalah sebaik-baik ciptaan. Hebat sungguh Allah mencipta makanan dan minuman untuk keperluan bayi.

Apa kata kalau kita cuba ambil iktibar dari ciptaan susu ini. Dia hanya memberikan kepada kita yang terbaik sahaja tanpa memasukkan unsur-unsur seperti di atas tadi. Oleh yang demikian tentulah Dia pula berkehendak amalan dan ibadah yang kita lakukan untukNya sebersih dan sesuci seperti susu yang dikeluarkanNya. Mari kita bersihkan amalan dan ibadah kita untuk Nya. Betulkan niat kita, ikhlaskan untuknya dan dari ikutlah syariatNya. Mudah-mudahan merenung kepada susu, iman dan taqwa kita bertambah. Walau apa pun saya berdoa agar saya dapat menyusukan Faris sehingga umurnya 2 tahun InsyaAllah. Ayah Faris paling bestttt tido nyenyak tak payah nak buat susu....???/////

2 comments:

  1. terima kasih banyak, moga amar juga dapat susu mama dia sampai umur 2 tahun

    ReplyDelete