Wednesday 7 October 2009

Gempa Bumi di Padang

Gempa bumi di padang mengejutkan kita semua. W/pun negara kita tidak mengalaminya tetapi tempiasnya tetap dirasa.

Apa yang sgt menyentuh hati ini ialah apabila diberitakan 4 buah kampung ranap. Mereka dikatakan ditelan bumi sejauh 30 kilometer di bawah paras laut. Kalau nak dibandingkan jauhnya lebih kurang dari rumah kami di grennwood ke Bangi.

Apakah ini tandanya Allah murka? Bertambah gementarnya hati ini dikatakan oleh pakar gempa, Malaysia juga bakal menghadapi malapetaka seperti apa yg berlaku di Padang cuma masa sahaja yg tidak dpt ditentukannya. Apakah persediaan kita untuk menghadapi ini? Mahu bina rumah kalis gempa, mahu pindah ke tempat yg jauh dari laluan gempa atau sebagainya...? Tapi apa yang penting, rasanya kita per top up iman kita agar sentiasa berada di tahap seprti yg dikehendaki olehNya.

Kepada mereka yg terkorban didoakan agar termasuk org yg soleh dan solehah, untuk kita ambillah iktibar yg sebaik mungkin.




No comments:

Post a Comment