Wednesday 14 October 2009

Hantaranku Kepada Tersayang

Kini hujung minggu dipenuhi dengan undangan walimah dari rakan sekerja, anak rakan sekerja, anak saudara, anak sepupu, jiran dan banyak lagi. Aku dan zaujhku berusaha untuk memenuhi undangan berkenaan tapi kadang-kadang tak dapat juga dipenuhi kerana macam-macam alasan yang aku cipta (tak tahu Allah terima atau tidak alasan itu).


Best pergi kenduri walimah. Anak-anak aku paling best makan nasi minyak atau nasi beriani. Tak payah lauk pun tak apa. Aku dan zaujh pun tak terlepas peluang menikmati semua hidangan yang sedap-sedap belaka.


Yang best lagi tengok hantaran bagi pihak lelaki mahupun pihak perempuan. Cantik-cantik belaka. Hantaran dibalut, dihias dan digubah cantik. Hantaran mesti berharga kerana lagi mahal itulah tanda tingginya kasih sayang mereka. Buah-buahan mesti yang sedap dan cantik dipandang. Bunga digubah cantik menawan sekali. Itulah tanda kasih dan teramat sayang kita kepada orang yang kita sangat cintai. Kueh mueh pun digubah cantik, paling aku ingat Bauhulu ikan mesti ada kalau orang Kampung Gajah.


Tapi terpikir tak kita bagaimana kekasih kita yang Esa menghadiahkan hantaran untuk kita. Tanda kasih sayangnya pada kita, dihantarkan kepada kita lautan ikan, berkebun-kebun bunga yang cantik lagi menawan. Lihat saja musim bunga MasyaAllah berapa banyak bunga yang Allah hadiahkan kepada kita. Lihat pula kepada buah-buahan berapa banyak yang tersedia untuk kita. Berjenis-jenis buah-buahan yang berbeza dari segi rupa, warna, bentuk apatah lagi rasanya. Semua itu tanda kasih yang melimpah ruah Allah kepada kita.


Bagaimana pula hantaran yang kita berikan pada Allah? Kita kata dia kekasih dan yang paling kita sayangi. Berbaloikah hantaran kita kepadanya? Berjayakah kita memikat Yang Esa dengan hantaran-hantaran yang diberikan kepadaNya.


Alangkah malangnya kalau tiada hantaran untukNya, atau hantaran yang diberi hanya melepaskan batuk di tangga. Sudikah cinta kita diterima olehNya.



Terkenang hantaran perkahwinanku 18 tahun lepas................ Yang masih ada cincin aje itu pun dah ......?////



1 comment:

  1. Betul lerrr.. lihat balik solat kita; pakaian sambil lewa, waktu dtangguh2, sujud rukuk macam belatuk..

    Thanx for sharing


    ( kenapa tak mudah2kan untuk drop comment? )

    ReplyDelete