Tuesday 27 October 2009

Musim Peperiksaan

Ayah pon nak masuk periksa
Puteriku yang jauh di mata


Hujung tahun dah bermula. Biasalah masa ni macam-macam peperiksaan ada, dari tadika sampai sekolah menengah semua sibuk nak menjawab peperiksaan.



Saya juga macam ibu-ibu yang lain resah gelisah bila tiba musim peperiksaan. Bukannya kita yang masuk peperiksaan tapi kitalah yang paling kelam kabut. TV, PS, Komputer, PSP dan semua yang sama jenis dengannya kalau boleh nak distorekan buat masa ini. Kegiatan luar dikurangkan, semua nak balik cepat atas alasan anak nak baca buku dah dekat nak periksa. Kerja-kerja rumah kitalah yang buat, dengan harapan tidak mengganggu masa untuk study mereka. Alangkah beriya-riyanya kita. Tambah lagi dengan tution insentif atau panggil cikgu datang rumah.


Nak cerita 2 hero dan 1 heroin saya macam mana persediaan mereka untuk periksaan. Hero si kecil sekali buat selamba aje. Macam-macam yang kita janjikan kalau result bagus tak diambil peduli. rasanya bukan apa takut menyahut cabaran. Hajat hati dia memang nak PSP tapi dek kerana malas PSP pun macam tak berkenan.



Hero kedua termaklum memang susah nak dimengerti. Tak perlu cabar-cabar dan rasuah apa-apa hadiah. Kadang-kadang result baik tapiii selalunya tak sebagaimana diharapkan.


Heroin yang seorang pulak memang takut sangat dengan periksa. Bila time periksalah berat badan boleh turun. Keputusan peperiksaan tak menentu. Masa tu le menelefon ibu entah berapa kali seminggu bukan apa minta ampun dan maaf, tak tahu salah ape. Macam-macam ragam.


Ketiga-tiga anak saya punya cara tersendiri menghadapi peperiksaan. Cool, selamba, takut atau buat do no aje. Cuma ibu dengan ayah aje yang rasa tak menentu. kalau boleh biar ibu dan ayah aje yang masuk periksa. Berkorbanlah ibu dengan ayah walau sesusah mana sekalipun tak kira masa, tenaga dan wang ringgit. Semuanya untuk lulus PERIKSA.



Ini baru peperiksaan dunia kita dah kelam kabut, riuh rendah resah gelisah. Kalau tak lulus cemerlang mungkin tak dapat jadi doktor, jurutera, akauntan, pensyarah dan lagi macam-macam. Kalau tak ambil peperiksaan, tak masuk akal kan? Tapi bagaimana pula Periksaan Yang Agung. Peperiksaan yang menentukan Ke syurga atau sebaliknya. peperiksaan yang tidak ada kompromi, hendak atau tidak kita semua akan menjalaninya.



Peperiksaan Yang Agung juga punya soalan dan sukatan pelajaran. Soalan dan jawapan telah diberikan. Macam soalan bocor, tak perlu nak spot soalannya. Semua soalan adalah sama tak mengira siapa kita. Adil dan Saksamanya Rab Kita. Masuk ke dewan Peperiksaan Agung tak perlu fikir-fikir nak jawab soalan, kita hanya menghantar kertas jawapan yang telah ditulis di dunia ini. Alangkah " mudahnya" Peperiksaan Agung ini. Saya bertanya kepada diri sendiri apakah saya dan keluarga beriya-iya membuat persediaan Periksaan Agung ini sebagaimana kita membuat persediaan peperiksaan dunia ini. Kita semacam menganggap Peperiksaan Agung ini bertaraf apa ya?..


Walau apa pun selamat menempuh peperiksaan kepada semua anak-anakku, anak saudaraku dan yang lainnya. Semoga dapat menjawabnya dengan tenang. dan jangan lupa sama-sama kita cari dan jawab soalan untuk Peperiksaan Agung pulak. Hadiahnya bukan hanya PSP sahaja wahai anakku , tapi ...... ....???.//////////
























1 comment: