Saturday 27 February 2010

Maulidul Rasul

Semalam cuti sempena Maulidul Rasul.  Saya sebenarnya diminta oleh kompeni turut serta di Masjid Putra Jaya untuk sambutannya tapi sebab Faris masih kecil saya pun tolak.

Tak dapat pergi pun tak apa... dan tak dapat baju feree he he...,  tapi hari ini saya nak pujuk hati supaya mengenalimu  dengan lebih dekat Ya Rasulullah. Saya nak rasa mencintai,  menyayangi seterusnya merinduimimu yang teramat sangat.  Saya tak mahu mengenalimu hanya tahu biodata sahaja.  Saya mahu segala jiwa dan raga berjuang untuk meneruskan kerja-kerjamu yang ditinggalkan untuk kami umat kini.  Saya mahu disayangimu dan menyayangimu melebihi saya menyayangi apa yang ada di dunia ini.  Saya nak memiliki ibadah sepertimu,  akhlak sebaik dan sehebatmu.


Mukjizatmu yang dikongsi bersama umatmu

Walaupun saya tak pernah melihat wajahmu Ya Rasul, tapi kalamullah dan sunnahmu menjadi tatapan kami. 




Peninggalanmu yang penuh berharga dan tidak ternilai 








Profail hidupmu buat ikutan kami semua


Saya nak merasai cinta kepadamu Ya Rasullullah,  bercinta dengan mukjizatmu (kalamullah) dan hadis-hadismu Ya Rasulullah.  Bilakah saya dapat merasai semua cinta itu  sepenuhnya itu...???///

2 comments:

  1. Apasal tak pi perarakan...rugi le tak dpt sepasang baju kurung free...kalau tidak boleh melaram dipagi raya tahun ni...

    Wah nampak islamik betul cik kak kite ni..
    penampilan, pakaian, pergaulan semuanye dah jauh berbeza..sampai tak de peluang kite nak menyelit mcm dulu-dulu.

    Kak Yah dah ikut jejak langkah, Kak Ros bile plak.

    ReplyDelete
  2. dah tua dan senja baru nak berubah, moga Allah ampunkan. Pengkomen ni bila nak berubah? jommmmmm berubah

    ReplyDelete