Friday 5 March 2010

Faris Demam





Bercucuran air mata menahan sakit kut


Cuaca panas terasa sangat bahangnya.  Apa lagi macam-macam jus air batu diminum.  Faris yang kecil ni pun tumpang sekaki pantang nampak abang-abang pegang gelas berisi air batu pasti menjerit-jerit nak minta sikit. Akhirnya tekak menjadi perit dan batuk menjelma. 





Ibu tolonggg..... Faris


Hari ni saya cuti badan tak berapa sihat tambah lagi semalam Faris tak tidur dek kerana suhu badan meningkat dengan mendadak. Longlai rasa badan melayan tangis dan ragam si Faris.   Hati mula dicuit-cuit rasa geram dek kerana sedikit kepanasan badan  anak yang membuat peraduan saya terganggu.  Dasyat sungguh hati ini yang sentiasa mengomel-ngomel atas kejadian yang ditimpa olehNya kepada saya.  DIA memberi sedikit aje rasa sakit dah melompat,  cuba dikira waktu tak sakit yang diberi olehNya rasanya memang tak terkira. 





Merenung jauh mencari hikmah diserang demam,  batuk dan selsema 


Bila diamati banyak sangat hikmah daripada sakit atau sebarang musibah yang Allah berikan kepada kita.  Bila Faris sakit saya sungguh-sungguh berdoa padaNya supaya sembuhkan,  macam-macam ayat dibaca.  Secara tak langsung saya berhubungan dengan Rab begitu erat sekali.  Barulah saya bergantung sungguh padaNya.

Faris pulak tentu best dapat bersama ibu sebab ibu cuti jaga Faris.  Kalau tak demam ibu mesti pergi kerja tak dapat nak bermanjakan.  Sapatutnya bila ditimpa musibah,  bala atau sebarang dugaan kita bersyukur padaNya kerana Dia memilih kita menghadapinya.  Saya sepatutnya bukan sekadar sabar dan redha atas apa yang berlaku tetapi bersyukur dan berterimakasih pada yang Esa atas apa yang ditmpanya kepada saya. Dapat ke saya mengucapkan syukur dan terimakasih padaMu pada saat itu....???///  

No comments:

Post a Comment