Thursday 18 March 2010

Bila Anak Telah Dewasa








Ayah kena le bayo kompaun,  jangan lupa yaaa



Cerita dah basi tapi tak apakan.   Dua minggu lepas anak saya Faez bercium dengan motor orang lain.  Pelajar German Institut jadi sasaranya.  Berlaku di depan sekolahnya Sekolah Al Amin.  Maha melindunginya Allah kedua-duanya dilindungi cuma pejar GMI tu patah tangan.  Faez patah dah retak motornya.  Melayang hampir RM400 duit ayah repair motor,  ditambah lagi kompaun lebih RM200 kerana kesalahanya melanggar motor orang lain.

Kadang-kadang terfikir malas nak bagi Faez naik motor tapi masalah pulak ibu kena jadi diver ke sana dan kemari.  Apa pun biarlah kejadian itu menjadi teladan baginya supaya lebih berhati-hati dan tahu apa yang perlu dibuat apabila kejadian seumpama itu berlaku lagi. KepadaMu kami meminta moga sentiasa dilindungi dari mara bencana.  Apa pun ada hikmah di sebalik kejadian,   Faez jadi...??////

4 comments:

  1. Ya Allah teruk ke Faez? Patah kat mana? Maafla jiran terdekat taktau dan disebabkan sibuk hal seharian lupa nak tanya2 khabar

    ReplyDelete
  2. Motor dia yang patah dan retak, Faez alahamdulilah selamat dilindungNya.

    ReplyDelete
  3. ini semua dugaan bila anak2 dah besar... memang sentiasa didugaNya agar kita sentiasa beringat.. semoga menjadi teladan bukan takat Faez tapi semua orang termasuk empunya diri.. sesungguhnya Allah memberi pengajaran dalam pelbagai bentuk dan cara....semoga kita semua diberkati dan dilindungiNya...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mak Alang. Betul cakap M.Alang moga semua kita sentiasa beringat dan berhati-hati. Moga dugaan dan cubaan menjadikan kita lebih matang lagi, Insya-Allah

    ReplyDelete