Thursday 26 November 2009

Hari Arafah

Dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW telah ditanya mengenai puasa hari Arafah, Baginda SAW menjawab: " puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini" (Imam Muslim).
Maha Pengampun dan Maha Penyayangnya Engkau terhadap hamba-hambamu. Walau setinggi gunung dosa yang kami lakukan Engkau tetap memaafkannya.

Bagi saya puasa adalah satu ibadah yang payah nak dilaksanakan. Godaan makanan membuat saya selalu tewas. mungkin sebab tu Allah sediakan pahala puasa pun begitu hebat.


Saya terpaksa berjuang untuk melaksanakan ibadah puasa sunat, kadang-kadang aje berjaya tapi selalunya gagal..???//MasyaAllah.


Monday 23 November 2009

Perjuangan dan Pengorbanan

Sabtu lepas saya dan zaujh masuk kem tentera Sg. Besi. Kami berdua memang tak pernah masuk kem berkenaan maklumlah tak ada sesiapa kat sana. Cantik sungguh pemandangan kem. Bertuah pejuang-penjuang tanah air.

Kami masuk kem berkenaan bukan nak buat latihan ketenteraan tapi nak ambil Farhan (anak saudara saya) selesai menjalani temuduga masuk RMC dan " berjaya " duduki temuduga hanya 1 hari sahaja. Balik dari kem tentera fikiran saya bagai diasak-asak tentang perjuangan. Dimana perjuangan dan pengorbanan masa kini. Apakah kita telah berada di zon paling " selesa" hingga sanggup menolak cabaran. Tahap perjuangan di paras membahayakan. Bukan untuk menyalahkan anak-anak tapi siapakah yang bersalah...???///



Kasihnya emak saudara

Selamat Tinggal RMC


Sunday 22 November 2009

Anak Saya Tercedera

Sempat posing sebelum jumpa doktor nak cuci luka


Firdaus dan Faris, kenakalanmu moga mengasah kesabaran ibu

Sakit pun sempat melayari internet juga


Jumaat lepas Firdaus tinggal kat rumah pengasuh, ibu Peah. Bermain dan bergurau bersama anak ibu Peah lalu terjatuh dan.... dagu terbelah (sikit aje). Ibu Peah call bagitahu minta saya balik n tengok. Saya kata tak apa kut, minta ibu Peah letak minyak gamat aje. Lepas tu Ibu Peah kol lagi minta datang. Tak sedap hati g le rumah ibu Peah. Sampai-sampai aje Firdaus terbaring tapi tak nangis pun, tapiii.. terharunya tengok ibu Peah merah-merah mata, berderai-derai air matanya. Saya pulak yang malu sebab tak rasa nak menangis. Lepas tu bawa Firdaus g klinik kena le jahit. Masa jahit tu Firdaus siap suruh doktor tu bius seluruh badan atau dengan kata lain tidokan dia. Bertuah anak jantan saya ni. Doktor jahit 3 jahitan dan siap suruh dressing 2 hari lepas tu. Bagi ubat tahan sakit dan antibiotik lagi. Ada follow up lagi minggu depan.


Bila anak tercedera saya kelam kabut, cepat-cepat nak dapatkan rawatan bawa ke klinik. Tapi bagaimana IMAN yang tecedera? adakah saya juga kelam kabut atau langsung tak perasan ianya tercalar, baik terguris ataupun tercedera. Iman juga boleh " tercedera"?? itulah hakikat sebenarnya. Dashyat sungguh hambaMu ini dalam menjaga keimanan. Saya tertanya-tanya "Akukah hambaMu yang sebenarnya...???///.


Thursday 19 November 2009

Pelembut Hati


Buku Pelembut hati ini saya beli pada 29/09/2006 yang lalu. Hari ini teringat balik buku tu lalu saya membelek-belek kembali. Buku yang ditulis oleh Muhammad Ahmad Ar Rashid menyentuh hati saya yang keras bak batu.

Saya cuma nak berkongsi apa yang ditulis di dalam buku ini "Petaka yang sebenarnya bagi seorang da'i adalah kesia-siaan, kelalaian, dan kekosongan waktunya". Tersentak membacanya kerana selama ini petaka bagi kita adalah lebih kepada kemalangan sahaja.

Buku ini ditulis dalam bahasa Indonesia moden, jadi saya pun kena ulang 2 atau 3 kali baru le boleh faham. Apa pun ia adalah sebuah buku yang sangat baik dan bermunafaat untuk dibaca.




Makanan rohani

Makanan Perut untuk hidup


Makanan inikah yang mengiurkan?


Bilakah makanan rohani akan dapat dirasai nikmat dan kelazatannya....???//


Tuesday 17 November 2009

Hari Anugerah Firdaus

Sabtu lepas Hari Anugerah Sekolah Firdaus. Kami sempat join sama. Dah 2 tahun majlis sebegini saya dan zaujh tak sempat nak hadir. Terharu bila anak dianugerahkan oleh pihak sekolah atas kejayannya. Ibu dan bapa yang lain tentu juga macam saya. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah kerana bertungkus lumus mentarbiah anak saya.



Sempat snap gambar tapi ada yang tak clear sebab snap dari jauh , orang ramai sangat







Faris pun join sama, penat ayah kena dukung



Bersama ustazah dan rakan sebaya


Kawan karib firdaus, Farid Al Wajdi




Wau... Firdaus vokalis utama, Tajuk lagu : Pergi Tak Kembali









Moga anak-anakku menjadi pejuang agama yang sejati


Dalam memikirkan anugerah yang diterima, alangkah berharga dan bernilainya anugerah islam dan iman yang dianugerahkan olehNya kepada kita. Itulah sebaik-baik anugerah. Banggakah kita dengan anugerah yang diberikan olehNya, sepertimana bangganya kita menerima anugerah kejayaan di dunia....???////



Permata Hatiku Yang Ketiga


Saturday 14 November 2009

Notebook Saya

Teman baru saya


Molek dan cantik dipandang



Moga hayatmu berpanjangan dan bebas dari makhluk perosak

Dunia tanpa sempadan. Maklumat di hujung jari. Komputer kat rumah saya tak dapat memenuhi keperluan kami sekeluarga. Kadang-kadang nak guna komputer terpaksa berjuang. Sesuailah dengan motto hidup sayakan.

Khamis lepas Pak Chu belikan notebook ni kt Menara TM, harga dia boleh tahan dan berpatutan. Lepas tu PakChu masukkan wireless. Tak payah bergaduh dengan Firdaus nak melayari internet. Ayah pula (maklumle orang kuat DG) sedekahkan broadband DG kat saya, bestnya.

Moga dengan adanya notebook ini memudahkan saya berjuang sebagai khalifahmu di bumi ini sesuai dengan ledakan maklumat sekarang. Jauhkanlah dari perkara-perkara lagha dan tidak berfaedah. Berkatilah masa yang Engkau berikan ini untuk menjalankan perintah-perintahMu melalui manhaj ini, InysyaAllah. Mampukah saya melaksanakannya .......???///

Monday 9 November 2009

Bahanang Yang Disayangi dan Dihormati

Gaya seorang Bahanang ( Haji Ahmad Suffian )


Cucu yang tak sempat berdoa selepas solat bersama bahanang, dah tertido, kesian

Tak pernah jemu membimbing kami semua. Terima kasih ayahandaku

Bahanang (gelaran atuk bagi orang jawa) yang kume sayangi telah mencapai usia lebih lapan puluh tahun. Mempunyai 8 orang anak, 36 orang cucu dan 3 orang cicit.

Kini dia tak segagah dahulu tapi dia masih kuat bekerja dan beramal ibadah. Dia imam kami, tempat kami berlindung dan mendapatkan kasih sayang. Hidup Bersama pasangan Bahedok (gelaran nenek bagi orang jawa) selama lebih 50 tahun, aman dan bahagia. Buah kegemarannya buah durian, berbaloi dapat menantu orang Kampung Gajah. heee heee.

Baru-baru ni sebelum dia mendapat rawatan kt HUKM sempat singgah kat rumah kume, so sempat snape gambonya. Didoakan agar beliau sentiasa dilindungi olehNya, insyaAllah. Apakah saya dan keluarga akan kuat dan segagah beliau dalam bekerja dan beribadah.....???///



Thursday 5 November 2009

Banyaknya Kerja

Faris pun dah banyak kerja, tolong ibu kutip sampah

Kalau pegawai 5S datang macam mana ya?



Sape le nak tolong lipat kain ni?

Isnin hingga Jumaat pergi kerja. Nak kata kerja banyak tak le juga, tapi kerja tak putus-putus. Tengok fail dan kertas-kertas kat atas meja penuh semacam. Kalau dalam PC lagi banyak maklumat belum up date. Surat banyak tak selesai lagi. Bila boss tanya maklumat tu bila boleh dapat, nak jawab pun payah. Itu kat pejabat, kat rumah pulak lain ceritanya.

Kain baju tak berlipat dah masuk 2 hari. Kat dapur dah berminyak-minyak, bilik air kena basuh dan lagi bilik tidur kena kemas. Pagi fikir pasal sarapan, balik kerja fikir pasal makan malam. Banyaknya tak selesai baik kat rumah atau kat pejabat.

Dalam sibuk-sibuk tu saya pujuk hati ini agar memikirkan pulak kerja-kerjaNYA yang banyak masih tak selesai. Pandanglah kerjaNya sebagai perintah yang mesti dilaksanakan. Sampai bila saya nak bertangguh dan beralasan.....???///