Tuesday 30 March 2010

Gelombang Face Book

Semenjak kenal FB macam-macam yang berlaku.  Melayari FB di  alam maya menjadikan hati saya jadi bermacam-macam.   Ada baik dan ada juga sebaliknya.
Bertemu kembali dengan sahabat yang lebih 30 tahun tidak berjumpa alhamdulilah.  Sayu hati dapat menatap kembali wajah guru-guru yang pernah mendidik diri ini yang mula mengenalkan pen dan buku.  Meluaskan lagi ilmu dengan bacaan catatan-catatan yang menggunakan manhaj Fb untuk berdakwah amatlah baik disisiNya. Berkongsi pengalaman untuk mendewasakan keimanan dan ketakwaan kepadaMu moga berkekalan.
Namun hati kecil saya kadang-kadang kecut melihat tohmahan dan kritikan yang tidak sepatutnya di FB. Kerahsian yang sepatunya disimpan diwar-warkan kepada umum. Cinta monyet semasa kecil dulu digilap kembali.  Pertimbangan yang sewajarnya patut dibuat tentang cerita apa yang patut dikongsi bersama dunia antarabangsa. Paparan gambar yang kadang kala boleh memudaratkan dan banyak lagi.  Saya berusaha untuk memurnikan niat berFB. Apakah Fb yang salah atau kita yang telah merosakakan diri kita sendiri...???///

Guru-guru yang ditemui di Facebook.  Rindu cikgu


Cikgu Hamidah Hamdan




Cikgu Azizah Sabirin

                                               

Tuesday 23 March 2010

apabila bayi dibuang

Dada saya sesak, lelah,  berkecamuk dan macam-macam lagi minggu ni,   dek kerana banyaknya bayi yang terbuang. di tepi longkang,  tong sampah dan mungkin suatu hari nanti dihanyutkan ke mana-mana sungai dan laut.   Buang,  buang dan terus membuang. 

Saya bermuhasabah sendiri dengan kejadian ini.  Apakah yang ALLAh ingin saya fikirkan dari kejadian yang penuh berleluasa ini.  Apakah yang perlu saya buat?  apakah cukup dengan saya simpati dan terharu sahaja apabila membaca di semua akhbar Malaysia tertera berita ini. 

Perkataan BUANG itu saya cuba amati .  Banyaknya kes IBU BAPA BUANG ANAK DAN ANAK BUANG IBU BAPA . Inilah kesan apabila kita MEMBUANG AGAMA dan akhirnya ALLAH MEMBUANG KITA. 

Baliklah dan pulanglah kepada Agama.  Sesungguhnya ALLAh teramat rindu dan dendam kepada kita yang melaku kesalahan kepadaNya.  Allah menanti-nanti semua itu dengan rahmatnya bersedia untuk mengampunkan walau sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan pdaNya.  

Buat anak-anak saya Nurul Atiqah,  Faez,  Firdaus dan Faris mari kita sama-sama buang perkara yang ALLAH tak suka dan jangan kita buat perkara yang kita suka je.  Dalam erti kata lain buatlah apa jua yang ALLAH suka w/pun hati tidak menyukainya kerana itu adalah kunci Taqwa.  Marilah kita masuk islam sepenuhnya agar kita nanti selamat di sana.  Alih pandangan kepada agama tidak hanya fikir tentang  5F (Food,  fesyen,  festival,  filem and...???///)  facebook kut heeeeee



" ANAK BIJAK JAUHI ZINA"


Thursday 18 March 2010

Bila Anak Telah Dewasa








Ayah kena le bayo kompaun,  jangan lupa yaaa



Cerita dah basi tapi tak apakan.   Dua minggu lepas anak saya Faez bercium dengan motor orang lain.  Pelajar German Institut jadi sasaranya.  Berlaku di depan sekolahnya Sekolah Al Amin.  Maha melindunginya Allah kedua-duanya dilindungi cuma pejar GMI tu patah tangan.  Faez patah dah retak motornya.  Melayang hampir RM400 duit ayah repair motor,  ditambah lagi kompaun lebih RM200 kerana kesalahanya melanggar motor orang lain.

Kadang-kadang terfikir malas nak bagi Faez naik motor tapi masalah pulak ibu kena jadi diver ke sana dan kemari.  Apa pun biarlah kejadian itu menjadi teladan baginya supaya lebih berhati-hati dan tahu apa yang perlu dibuat apabila kejadian seumpama itu berlaku lagi. KepadaMu kami meminta moga sentiasa dilindungi dari mara bencana.  Apa pun ada hikmah di sebalik kejadian,   Faez jadi...??////

Friday 5 March 2010

Faris Demam





Bercucuran air mata menahan sakit kut


Cuaca panas terasa sangat bahangnya.  Apa lagi macam-macam jus air batu diminum.  Faris yang kecil ni pun tumpang sekaki pantang nampak abang-abang pegang gelas berisi air batu pasti menjerit-jerit nak minta sikit. Akhirnya tekak menjadi perit dan batuk menjelma. 





Ibu tolonggg..... Faris


Hari ni saya cuti badan tak berapa sihat tambah lagi semalam Faris tak tidur dek kerana suhu badan meningkat dengan mendadak. Longlai rasa badan melayan tangis dan ragam si Faris.   Hati mula dicuit-cuit rasa geram dek kerana sedikit kepanasan badan  anak yang membuat peraduan saya terganggu.  Dasyat sungguh hati ini yang sentiasa mengomel-ngomel atas kejadian yang ditimpa olehNya kepada saya.  DIA memberi sedikit aje rasa sakit dah melompat,  cuba dikira waktu tak sakit yang diberi olehNya rasanya memang tak terkira. 





Merenung jauh mencari hikmah diserang demam,  batuk dan selsema 


Bila diamati banyak sangat hikmah daripada sakit atau sebarang musibah yang Allah berikan kepada kita.  Bila Faris sakit saya sungguh-sungguh berdoa padaNya supaya sembuhkan,  macam-macam ayat dibaca.  Secara tak langsung saya berhubungan dengan Rab begitu erat sekali.  Barulah saya bergantung sungguh padaNya.

Faris pulak tentu best dapat bersama ibu sebab ibu cuti jaga Faris.  Kalau tak demam ibu mesti pergi kerja tak dapat nak bermanjakan.  Sapatutnya bila ditimpa musibah,  bala atau sebarang dugaan kita bersyukur padaNya kerana Dia memilih kita menghadapinya.  Saya sepatutnya bukan sekadar sabar dan redha atas apa yang berlaku tetapi bersyukur dan berterimakasih pada yang Esa atas apa yang ditmpanya kepada saya. Dapat ke saya mengucapkan syukur dan terimakasih padaMu pada saat itu....???///