Monday 28 June 2010

Menghitung Baki Usia Yang Tinggal




Hari ini 28.06.2010 genap usia saya mencapai 41 tahun.  Betapa kini saya sepatutnya telah berada pada usia matang menjalankan perintahMu.  Matang membuat keputusan antara yang batil dan yang hak.  Usia yang sebegini  sepatutnya saya tidak sangat2 memikirkan tentang keduniaan tetapi sebaliknya fikirkanlah tentang bekalan untuk berjumpa denganMu di sana nanti.

Terasa diri ini begitu jauh denganMu walaupun perkampungan baru yang bakal dihuni tiada dapatlah dilambatkan atau dicepatkan walau sesaat.

Sempena menginjak usia ke 41 tahun ini ini dipanjatkan rasa syukur padaMu yang memberi nikmat islam yang t iada tandingan berbanding dengan nikmat yang lain.  Thanks pada zaujh yang bersabar dengan mehnah saya,  thanks pada mak dan abah yang mendidik dan membesarkan saya,  thanks untuk anak-anak yang memberi kesempatan untuk saya melaksanakan tanggungjawab padamu semua.  Thanks pada keluarga yang memberi sokongan moral dan harta benda dan tidak lupa juga thanks pada rakan-rakan yang banyak membantu  menyempurnakan tugas saya sebagai hamba dan duta langit di dunia ini.  Hari ini,  esok,  lusa dan seterusnya bagaimana dengan iman saya...???///

 

No comments:

Post a Comment