Monday 14 June 2010

Akhirnya Saya dapat Jumpa Pak Ary ESQ



Maaf  pamplet  tak berapa cantik

Baru-baru ni tercapai juga hasrat saya untuk mendengar sendiri talk mengenai ESQ kalau nak tahu lebih lanjut.  Offis saya menjemput Pak Ary dan dua orang yang lain menceritakan tentang ESQ.

Terjawab juga persoalan yang bermain di fikiran saya selama ini.  ESQ tu bagaimana? "best sungguh-sungguh"  komen dari mereka yang pernah menghadirinya.  Kata mereka tak rugi pergi dan mesti pergi. Ramai artis,  ahli politik,  pegawai-pegawai kerajaan dan banyak dah pergi kursus ESQ selama 3 hari (pakejnya).  Nasib tak menyebelahi saya masih tak diizinkan untuk menghadiri pakej kurus berkenaan.  Namun selama lebih kurang 2 jam setengah mendengar talk yang disampaikan oleh ketiga-tiga dapatlah saya membuat kesimpulan.

Kursus berkenaan memang bagus sebagusnya.  Method yang digunakan oleh Pak Ariy betul-betul lain daripada yang lain.  Menggunakan pendekatan emosi dan mengtauhidkan Yang Esa amatlah saya kagumi.  Hebat sungguh ESQ dapat menarik orang ramai untuk bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Pak Ari.

Namun begitu saya memohon ampun dan maaf  dari Yang Esa dan Pak Ary sendiri kerana mungkin kerana kelemahan dan kejahilan saya membuat rumusan sebegini.

1.  Apakah kita seronok mendengar dan menghadiri kursus sahaja,  tetapi tidak untuk berubah.  Key dari Pak Ary kita mesti berubah untuk mencapai matlamat kursus yang disampaikan olehnya.

2.   Walau sesiapa pun yang memberi kursus,  kalau kita tidak berazam untuk berubah akan menjadi sia-sia sahaja kursus berkenaan.

3.   Kepada kawan-kawan yang sama-sama di halaqah jangan kecil hati kalau tak dapat ikut kursus Pak Ary.   Kita terus istiqamah dengan halaqah kita.   Sama ke halaqah kita macam kursus Pak Ary ....///???

No comments:

Post a Comment