Tuesday 27 October 2009

Susu Ibu

Faris menangis dengan atuk sebab atuk tak ada susu


Spectra3 menjadi kerja memerah lebih mudah

Inilah stok susu Faris

Bestnya si kecil Faris dapat menyusu sepenuhnya dengan ibu. Dah umur 40 tahun baru saya dapat menikmati suasana ini. Permata yang pertama dan kedua sempat disusui 2 bulan aje lepas tu minum susu formula. Permata yang ketiga sempat disusui hingga usia 8 bulan itupun campur susu formula dan yang paling seronok permata keempat dah lebih 9 bulan menyusu penuh dengan ibunya. Syukur padamu Ya Rabbi


15 tahun dulu kenapalah saya begitu jahil tentang susu ibu. Susu banyak tapi tak tahu nak menggunakannya, kesian anak-anak. Mungkin maklumat tentang susu ibu tak berapa meluas, kawan-kawan pun tak ramai yang menyusui sepenuhnya. Si kecil Faris saya ni dah pandai pegang botol sendiri kat rumah pengasuh. Balik rumah terus terkam kat ibu nak susu.

Semua maklum susu yang Allah jadikan putih bersih. Kelebihan susu diperakaui oleh semua orang. Susu ibulah antibiotik yang paling mujarab. Kalau nak tulis tentang kelebihanya memang tak tertulus hanya Dialah yang Maha Mengetahui. Kalau kita perhatikan susu yang dikeluarkan tidak langsung bercampur darah, lendir, peluh, najis dan sebagainya sedangkan kalau diselak sikit sahaja kulit kita segala-gala akan terlihat. Apa yang yang dikeluarkan adalah sebaik-baik ciptaan. Hebat sungguh Allah mencipta makanan dan minuman untuk keperluan bayi.

Apa kata kalau kita cuba ambil iktibar dari ciptaan susu ini. Dia hanya memberikan kepada kita yang terbaik sahaja tanpa memasukkan unsur-unsur seperti di atas tadi. Oleh yang demikian tentulah Dia pula berkehendak amalan dan ibadah yang kita lakukan untukNya sebersih dan sesuci seperti susu yang dikeluarkanNya. Mari kita bersihkan amalan dan ibadah kita untuk Nya. Betulkan niat kita, ikhlaskan untuknya dan dari ikutlah syariatNya. Mudah-mudahan merenung kepada susu, iman dan taqwa kita bertambah. Walau apa pun saya berdoa agar saya dapat menyusukan Faris sehingga umurnya 2 tahun InsyaAllah. Ayah Faris paling bestttt tido nyenyak tak payah nak buat susu....???/////

Musim Peperiksaan

Ayah pon nak masuk periksa
Puteriku yang jauh di mata


Hujung tahun dah bermula. Biasalah masa ni macam-macam peperiksaan ada, dari tadika sampai sekolah menengah semua sibuk nak menjawab peperiksaan.



Saya juga macam ibu-ibu yang lain resah gelisah bila tiba musim peperiksaan. Bukannya kita yang masuk peperiksaan tapi kitalah yang paling kelam kabut. TV, PS, Komputer, PSP dan semua yang sama jenis dengannya kalau boleh nak distorekan buat masa ini. Kegiatan luar dikurangkan, semua nak balik cepat atas alasan anak nak baca buku dah dekat nak periksa. Kerja-kerja rumah kitalah yang buat, dengan harapan tidak mengganggu masa untuk study mereka. Alangkah beriya-riyanya kita. Tambah lagi dengan tution insentif atau panggil cikgu datang rumah.


Nak cerita 2 hero dan 1 heroin saya macam mana persediaan mereka untuk periksaan. Hero si kecil sekali buat selamba aje. Macam-macam yang kita janjikan kalau result bagus tak diambil peduli. rasanya bukan apa takut menyahut cabaran. Hajat hati dia memang nak PSP tapi dek kerana malas PSP pun macam tak berkenan.



Hero kedua termaklum memang susah nak dimengerti. Tak perlu cabar-cabar dan rasuah apa-apa hadiah. Kadang-kadang result baik tapiii selalunya tak sebagaimana diharapkan.


Heroin yang seorang pulak memang takut sangat dengan periksa. Bila time periksalah berat badan boleh turun. Keputusan peperiksaan tak menentu. Masa tu le menelefon ibu entah berapa kali seminggu bukan apa minta ampun dan maaf, tak tahu salah ape. Macam-macam ragam.


Ketiga-tiga anak saya punya cara tersendiri menghadapi peperiksaan. Cool, selamba, takut atau buat do no aje. Cuma ibu dengan ayah aje yang rasa tak menentu. kalau boleh biar ibu dan ayah aje yang masuk periksa. Berkorbanlah ibu dengan ayah walau sesusah mana sekalipun tak kira masa, tenaga dan wang ringgit. Semuanya untuk lulus PERIKSA.



Ini baru peperiksaan dunia kita dah kelam kabut, riuh rendah resah gelisah. Kalau tak lulus cemerlang mungkin tak dapat jadi doktor, jurutera, akauntan, pensyarah dan lagi macam-macam. Kalau tak ambil peperiksaan, tak masuk akal kan? Tapi bagaimana pula Periksaan Yang Agung. Peperiksaan yang menentukan Ke syurga atau sebaliknya. peperiksaan yang tidak ada kompromi, hendak atau tidak kita semua akan menjalaninya.



Peperiksaan Yang Agung juga punya soalan dan sukatan pelajaran. Soalan dan jawapan telah diberikan. Macam soalan bocor, tak perlu nak spot soalannya. Semua soalan adalah sama tak mengira siapa kita. Adil dan Saksamanya Rab Kita. Masuk ke dewan Peperiksaan Agung tak perlu fikir-fikir nak jawab soalan, kita hanya menghantar kertas jawapan yang telah ditulis di dunia ini. Alangkah " mudahnya" Peperiksaan Agung ini. Saya bertanya kepada diri sendiri apakah saya dan keluarga beriya-iya membuat persediaan Periksaan Agung ini sebagaimana kita membuat persediaan peperiksaan dunia ini. Kita semacam menganggap Peperiksaan Agung ini bertaraf apa ya?..


Walau apa pun selamat menempuh peperiksaan kepada semua anak-anakku, anak saudaraku dan yang lainnya. Semoga dapat menjawabnya dengan tenang. dan jangan lupa sama-sama kita cari dan jawab soalan untuk Peperiksaan Agung pulak. Hadiahnya bukan hanya PSP sahaja wahai anakku , tapi ...... ....???.//////////
























Wednesday 14 October 2009

Hantaranku Kepada Tersayang

Kini hujung minggu dipenuhi dengan undangan walimah dari rakan sekerja, anak rakan sekerja, anak saudara, anak sepupu, jiran dan banyak lagi. Aku dan zaujhku berusaha untuk memenuhi undangan berkenaan tapi kadang-kadang tak dapat juga dipenuhi kerana macam-macam alasan yang aku cipta (tak tahu Allah terima atau tidak alasan itu).


Best pergi kenduri walimah. Anak-anak aku paling best makan nasi minyak atau nasi beriani. Tak payah lauk pun tak apa. Aku dan zaujh pun tak terlepas peluang menikmati semua hidangan yang sedap-sedap belaka.


Yang best lagi tengok hantaran bagi pihak lelaki mahupun pihak perempuan. Cantik-cantik belaka. Hantaran dibalut, dihias dan digubah cantik. Hantaran mesti berharga kerana lagi mahal itulah tanda tingginya kasih sayang mereka. Buah-buahan mesti yang sedap dan cantik dipandang. Bunga digubah cantik menawan sekali. Itulah tanda kasih dan teramat sayang kita kepada orang yang kita sangat cintai. Kueh mueh pun digubah cantik, paling aku ingat Bauhulu ikan mesti ada kalau orang Kampung Gajah.


Tapi terpikir tak kita bagaimana kekasih kita yang Esa menghadiahkan hantaran untuk kita. Tanda kasih sayangnya pada kita, dihantarkan kepada kita lautan ikan, berkebun-kebun bunga yang cantik lagi menawan. Lihat saja musim bunga MasyaAllah berapa banyak bunga yang Allah hadiahkan kepada kita. Lihat pula kepada buah-buahan berapa banyak yang tersedia untuk kita. Berjenis-jenis buah-buahan yang berbeza dari segi rupa, warna, bentuk apatah lagi rasanya. Semua itu tanda kasih yang melimpah ruah Allah kepada kita.


Bagaimana pula hantaran yang kita berikan pada Allah? Kita kata dia kekasih dan yang paling kita sayangi. Berbaloikah hantaran kita kepadanya? Berjayakah kita memikat Yang Esa dengan hantaran-hantaran yang diberikan kepadaNya.


Alangkah malangnya kalau tiada hantaran untukNya, atau hantaran yang diberi hanya melepaskan batuk di tangga. Sudikah cinta kita diterima olehNya.



Terkenang hantaran perkahwinanku 18 tahun lepas................ Yang masih ada cincin aje itu pun dah ......?////



Wednesday 7 October 2009

Akukah Ibu

Anakku terkini setelah umur mencapi 40t tahunnnn


Simanjaku yg penakut tetapi soalan2nya hebat2 belaka

Hari Selasa lalu penuh tercabar.

Nak diceritakan Si Jantanku Firdaus (yg terkenak dgn penakutnya) nak masuk bilik air. Kalau dia nk masuk bilik air pasti aku atau sape2 kt umah ni mesti kena jadi jaga. Petang jam hampir pukul 7 ptg. Ayah nya tak ada kt umah hantar baju Si Faez kt Sekolah ada Qiam katanya. aku pulak pose, jadi sibuk nak sediakan makanan berbuka puasa. Sikecil Faris pulak asyik merengek sebab batuk sikit. Al kisahnya bila Firdaus masuk je bilik air dia pun bertanya ''Ayah pergi mana ibu?". Aku pun jawab dengan bershaja sambil masak kt dapur"ayah pergi antr baju abg nyah kt sekolah''. Dia tanya lagi 'Ayah pergi mana ibu?"Aku jawab lagi "ayah pergi anatr baju abg nyah kt sekolah'' Kali ketiga soalan yg sama ditanyakan. aku jawab lagi dgn rasa mula nak marah. Dia tanya aku lg soalan yg sama, aku pun apa lg jawab dgn rasa marah blaaaa.......(faham aje le kalau dah marah ditambah lg dgn lapo)

Dalam diam aku dengar Firdaus berbicara dlm bilik air " Ayah burung apa tu" Burung Murai". Sekali lg diulangnya " Ayah burung apa tu" Burung Murai". dan byk kali diulang kata-kata itu dan diakhiri dgn "Ayah burung apa tu" Burung Murai SAYANG (ditekannya ayat ini)".

Aku diam terkeduuuuu. Akukah ibu yang baik dengan anak2ku..?
Rupanya keibuanku belum lg sesempurna mana kerana menjawab soalan ank kecil pun aku x pas lagi.

Wahai anak banyaknya yg belum ibu sempurnakan t/jawab padamu...

Gempa Bumi di Padang

Gempa bumi di padang mengejutkan kita semua. W/pun negara kita tidak mengalaminya tetapi tempiasnya tetap dirasa.

Apa yang sgt menyentuh hati ini ialah apabila diberitakan 4 buah kampung ranap. Mereka dikatakan ditelan bumi sejauh 30 kilometer di bawah paras laut. Kalau nak dibandingkan jauhnya lebih kurang dari rumah kami di grennwood ke Bangi.

Apakah ini tandanya Allah murka? Bertambah gementarnya hati ini dikatakan oleh pakar gempa, Malaysia juga bakal menghadapi malapetaka seperti apa yg berlaku di Padang cuma masa sahaja yg tidak dpt ditentukannya. Apakah persediaan kita untuk menghadapi ini? Mahu bina rumah kalis gempa, mahu pindah ke tempat yg jauh dari laluan gempa atau sebagainya...? Tapi apa yang penting, rasanya kita per top up iman kita agar sentiasa berada di tahap seprti yg dikehendaki olehNya.

Kepada mereka yg terkorban didoakan agar termasuk org yg soleh dan solehah, untuk kita ambillah iktibar yg sebaik mungkin.