Thursday, 21 October 2010

Anak Yatim

Minggu ini seorang ustazah bercerita tentang kewujudan sebuah rumah "anak kesayanganku" yang terletak di Bukit Beruntung. Nombor telefon dan laman blog rumah berkenaan diberikan kepada saya untuk tujuan SELANJUTNYA.  Aduh dalam hati berkata macam mana nak tengok anak orang lain sedangkan anak saya sendiri pun tak berapa nak settel.   Hati yang jahat ini merungut dan terus merungut......

Namun apabila laman blognya saya buka alangkah malunya saya pada diri sendiri dan padaNya. Antara ayat yang ditulis di blog itu berbunyi " Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu" .  Saya selalu rasa bangga (sepatutnya tidaklah begitu) kerana anak-anak masih punya ibu dan ayah tapi sebenarnya sayalah yang mengyatimkan anak-anak andainya mereka tidak dibekalkan dengan iman dan ilmu untuk dibawa ke "sana"nanti.

Saya diberitahu kumpulan ustazah2 dan ustaz yang pernah mendapat didikan di Jordon mengendalikan rumah ini.  Saya kagum dengan mereka kerana begitu teliti dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini dengan mengikut landasan Islam yang sebenar.   Pernah saya ke sebuah rumah amal tapi anak-anak lelaki dan perempuan yang telah baligh dan mumayiz ditempatkan di dalam  satu rumah. Kesian saya melihat keadaan anak-anak sebegitu. Dalam hati saya berkata-kata "walaupun kadang-kala niat kita baik tapi hukum-hukum Allah mesti dipatuhi dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini". 
 
Teringat kata-kata seorang pejuang agama " kalau kita jaga anak orang lain Allah akan jaga anak kita".  Bersediakan saya melaksanakan misi dan visi ini...???///
 
Kalau tak sempat nak ziarah ke rumah anak kesayangaku  lawatilah  di sini   dan hulurkan apa yang kita termampu,

Inilah wajah-wajah yatim di dunia tetapi insyaallah tidak di akhirat nanti

Saturday, 16 October 2010

Buku Baru

Syawal telah melabuhkan dirinya.  Puas sudah menjamah bermacam-macam makanan dan minuman,  sampai nak timbang badan pun takut. Kalestrol,  darah tinggi dan kencing manis pun tak berani nak pergi test. Berjuang untuk memberi nafkah pula kepada rohani@jiwa.  Kesian kepadanya yang kehausan dan kelaparan tanpa diberi pemakanan yang sewajarnya.  Kurus kering dan gersang jiwa ini tanpa pengisian yang sempurna.  

Membelek buku yang baru dibeli hasil tulisan pejuang muda  Hilal Asyraf bin Abd Razak .  Moga pembacaan yang sedikit ini dapat memberi nafkah kepada jiwa ini.




" Lihat sahaja orang yang sering 
melupakan Allah Swt,  Tetapi Allah SWT
tidak meninggalkan mereka.
Mereka masih diberikan udara
tanpa dikurangkan sedikit pun.
Mereka masih lagi diberi rezeki 
tanpa henti dan masih disambung
nyawa tanpa henti dan masih
lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira.


Kerdilnya kita,
besarnya Allah.  
(petikan dari bukunya)

Thursday, 7 October 2010

Banyaknya Air Mata Yang Tertumpah

Sah dah ikut kursus ESQ

Antara peserta kursus


Setelah sekian lama diri ini tidak mengikuti kursus akhirnya pada 4-6/10 yang lepas saya berbesar hati kerana dihantar oleh kompeni mengikuti kursus ESQ di Flamingo Hotel.  Ramai juga yang hadir lebih kurang 140 orang peserta.  

Hari pertama  kursus saya bingung dan cukup huru hara dengan bunyi-bunyian yang mengganggu pendengaran saya yang telah berumur ini.  Kadang-kadang saya terpaksa menutup telinga untuk menenangkan fikiran.  Namun di hari kedua pula saya melihat dan menyaksikan banyaknya airmata yang tertumpah.  Bunyi tangis dan sedu sedan memenuhi dewan kursus.  Semua peserta baik muda dan tua semestinya akan mengalirkan air mata.  Inilah satu-satu kursus yang membengkakkan mata setiap peserta.  Hati masing-masing sahaja yang tahu untuk apa airmata itu tertumpah. 

Hari ketiga barulah saya benar-benar faham apa yang ingin disampaikan oleh ESQ.  Mencari matlamat hidup dan bermuhasabah siapa saya yang sebenarnya.  Thanks pada FELCRA Berhad yang memilih saya untuk turut serta dalam kursus ini.

Sunday, 26 September 2010

Cinta Yang Sesat

Renungan Bersama



“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” - Siti Nurhanim

Syafia Humaira telah pergi untuk selama-lamanya.  Mungkin sedang bermain-main dengan temannya di syurga yang indah.  Untuk apa ditangisi permergianmu Humaira tetapi wahai hati ini tangisilah melihat kesesatan cinta manusia di akhir-akhir ini. Pandang, lihatlah dan renungkanlah betapa kritikalnya ancaman cinta yang tidak berpandukan kepada kehendakNya.


Walaupun begitu saya berdolah agar Allah mengampunkan kesalahan mereka semua terhadap Humairah dan akan insaf suatu hari nanti insyaAllah.  Ya Rabbi kumohon ampun padaMu juga kerana kelalaianku mengekang perkara sebegini terjadi dalam agamaMU.   Dimana tanggungjawab saya...???///


Monday, 13 September 2010

Akhirnya Kita Berpisah Jua

Tamat sudah Ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah.  Berpisah juga kita akhirnya setelah bertemu selama 30 hari.  Bertanya pada diri ini bertautkah kasih diantara kita.  Apakah kedatanganmu kali merubah diri ini kepada yang lebih baik? Apakah layak saya mendapat sebarang sijil darimu setelah memasuki madrasah tarbiahmu? Yang penting adakah Ramadhan sudi menyapa saya di tahun ini?  Apa pun moga berjumpa juga Ramadhan di tahun 1432 Hijriah nanti. Selamat tinggal Ramadhan Kareem dan selamat datang Eidul Fitri.

Eidul Fitri tahun ini diziarahi oleh cikgu yang mengajar di sekolah rendah. Cikgu yang pernah mendidik dan banyak membantu saya dan adik  beradik yang lain dalam pembelajaran.  Bertemu juga dengan rakan-rakan sekolah rendah yang lain yang turut sama menyambut kedatangan cikgu Zinuddin bin Yahya di rumah emak dan abah.  Jasa baik cikgu hanya Dia sahaja yang dapat membalasnya.  Bila lagi dapat jumpa macam ni ya...???///







Semuanya wajah-wajah menggambarkan kegembiraan
setelah sekian lama tidak bertemu

Baju raya warna biru,  tandanya selautan kasih kasih sayang kami  kepada semua

Sunday, 5 September 2010

Penghujung Yang Meletihkan

Dah tinggal berapa hari aje lagi bulan Ramadhan.  Badan dah bertambah layu,  makan dan minum juga dah tak berapa berselera.  Apa-apa pun saje nak layan gambar Faris yang juga telah layu.  Menghadapi hari-hari terakhir Ramadhan memerlukan mujahadah yang tinggi.  Ibu tak boleh ikut Faris tidur,  tapi kena duduk,  bangun dan terus berdiri tegak mengabdikan diri padaMU.
Bersemangat betui

Mata saya dah mengantuk

Nak minta izin tido le tu

Akhirnya  ZZZzzzzzzzzzzz

Saturday, 4 September 2010

Usaha Yang Sedikit

Tiap rehat Jumaat bulan Ramadhan ni kami kat ofis adakan majlis tilawah dan tazkirah.  Solat jamaah bersama dan lepas tu agihkan sumbangan iftar kepada semua yang hadir.  Alhamdulilah ramai juga yang turut serta walaupun lambaian pusat membeli belah menggamit semua dengan sale dan offer yang mengghairahkan.  Thanks pada kawan-kawan yang memberi sumbangan untuk iftar dan sama-sama menjayakan misi Ramadhan kali ini.  Moga usaha kita yang sedikit ini mendapat pertimbangan dariNya.  Untuk adik-adik yang baru tahniah dari kami kerana kegigihan mereka bertilawah dan berusaha membaiki bacaan masing-masing.  Rasa gembira tak terkira bila dapat semua ini.  Setakat mana usaha saya melaksanakan amal makruf nahi mungkarMu...???//



Rehal sedia menunggu qari

Kumpulan saya gembira macam habis tilawah 30 juz,
 1 juz aje

Makan bersama,  shoping bersama dan
alangkah bagusnya solatpun bersama

Agihan iftar yang x seberapa tapi besssst sgt