Thursday 21 October 2010

Anak Yatim

Minggu ini seorang ustazah bercerita tentang kewujudan sebuah rumah "anak kesayanganku" yang terletak di Bukit Beruntung. Nombor telefon dan laman blog rumah berkenaan diberikan kepada saya untuk tujuan SELANJUTNYA.  Aduh dalam hati berkata macam mana nak tengok anak orang lain sedangkan anak saya sendiri pun tak berapa nak settel.   Hati yang jahat ini merungut dan terus merungut......

Namun apabila laman blognya saya buka alangkah malunya saya pada diri sendiri dan padaNya. Antara ayat yang ditulis di blog itu berbunyi " Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu" .  Saya selalu rasa bangga (sepatutnya tidaklah begitu) kerana anak-anak masih punya ibu dan ayah tapi sebenarnya sayalah yang mengyatimkan anak-anak andainya mereka tidak dibekalkan dengan iman dan ilmu untuk dibawa ke "sana"nanti.

Saya diberitahu kumpulan ustazah2 dan ustaz yang pernah mendapat didikan di Jordon mengendalikan rumah ini.  Saya kagum dengan mereka kerana begitu teliti dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini dengan mengikut landasan Islam yang sebenar.   Pernah saya ke sebuah rumah amal tapi anak-anak lelaki dan perempuan yang telah baligh dan mumayiz ditempatkan di dalam  satu rumah. Kesian saya melihat keadaan anak-anak sebegitu. Dalam hati saya berkata-kata "walaupun kadang-kala niat kita baik tapi hukum-hukum Allah mesti dipatuhi dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini". 
 
Teringat kata-kata seorang pejuang agama " kalau kita jaga anak orang lain Allah akan jaga anak kita".  Bersediakan saya melaksanakan misi dan visi ini...???///
 
Kalau tak sempat nak ziarah ke rumah anak kesayangaku  lawatilah  di sini   dan hulurkan apa yang kita termampu,

Inilah wajah-wajah yatim di dunia tetapi insyaallah tidak di akhirat nanti

No comments:

Post a Comment