Saturday 27 February 2010

Maulidul Rasul

Semalam cuti sempena Maulidul Rasul.  Saya sebenarnya diminta oleh kompeni turut serta di Masjid Putra Jaya untuk sambutannya tapi sebab Faris masih kecil saya pun tolak.

Tak dapat pergi pun tak apa... dan tak dapat baju feree he he...,  tapi hari ini saya nak pujuk hati supaya mengenalimu  dengan lebih dekat Ya Rasulullah. Saya nak rasa mencintai,  menyayangi seterusnya merinduimimu yang teramat sangat.  Saya tak mahu mengenalimu hanya tahu biodata sahaja.  Saya mahu segala jiwa dan raga berjuang untuk meneruskan kerja-kerjamu yang ditinggalkan untuk kami umat kini.  Saya mahu disayangimu dan menyayangimu melebihi saya menyayangi apa yang ada di dunia ini.  Saya nak memiliki ibadah sepertimu,  akhlak sebaik dan sehebatmu.


Mukjizatmu yang dikongsi bersama umatmu

Walaupun saya tak pernah melihat wajahmu Ya Rasul, tapi kalamullah dan sunnahmu menjadi tatapan kami. 




Peninggalanmu yang penuh berharga dan tidak ternilai 








Profail hidupmu buat ikutan kami semua


Saya nak merasai cinta kepadamu Ya Rasullullah,  bercinta dengan mukjizatmu (kalamullah) dan hadis-hadismu Ya Rasulullah.  Bilakah saya dapat merasai semua cinta itu  sepenuhnya itu...???///

Friday 19 February 2010

Tugu Negara

Selama tinggal kat kl ni baru 2 kali saya melawat Tugu Negara.  Cuti Tahun Baru China baru-baru ini saya bersama suami dan 2 anak kami sempat melawat tugu negara.  Bukannya nak tengok sangat Patung-Patung tu tapi nak menghayati perjuangan pejuang-pejuang yang telah gugur. Moga kesemua pejuang-pejuang tanahairku mendapat ganjaran dariNya.

Bagus juga sekali-sekali pergi tempat macam tu,   walaupun nampak macam tak ada apa-apa. Sebenarnya shorcut untuk ke syurga adalah melalui jihad,  bestnya tak payah tunggu lama-lamakan.  Apa-apa pun berjuang melawan nafsu adalah paling utama.  lepas berjaya lawan nafsu gerenti berjaya pergi jihad fisabillilah.  Nak lawan nafsu 5F (food, fesyen, filem, famaily and ..... ) berjaya ke...???///




Firdaus tunduk tak suka tengok patung-patung tu kut






Pejuang Cilik Saya

Wednesday 17 February 2010

Banyaknya anak dihumban dan dicampak


Solusi Terbaru Isu No 16

Akhir-akhir ni banyak sangat kes buang anak terjadi.  Zaman jahiliyah kembali lagi. Bagi saya anak yang dicampak atau dibuang dah menjadi mayat memang menyayatkan hati tetapi lebih menyayatkan  ibu bapanya yang dah tersasar jauh dari agama. 

Cuti Tahun Baru China baru-baru ni anak-anak beli buku sekolah jadi saya sempat beli majalah Solusi.  Mengupas tentang Ayah dan Ibu Yang Derhaka.  Memang benar apa yang ditulis.  Memandang kepada 4 cahaya mata saya,  hati bagai dipukul-pukul dek banyaknya tanggungjawab yang belum saya laksanakan yang dituntut oleh agama kepada mereka. Cukupkah saya hanya sedih,  marah dan simpati bila membaca berita tentang mayat anak -anak yang ditemui di tepi longkang atau tong sampah  tetapi masih berzikir dengan tasbih di bilik tidur.  Perjuangan saya...???///

Sunday 14 February 2010

Faris VS Dengan Botol Susu

Target dah berjaya,  saya berjaya menyusui Faris lebih setahun. Alhamdulilah tapi masalah lain pulak yang timbul.  Faris langsung tak mahu menyusu botol kat rumah walaupun itu susu yang diperah.  Air susu saya dah bertambah susut jadi faris kena minum susu formula tapi bertuah betui  Faris langsung tak mahu menghisap botol.

Nampak aje botol susu dicubanya tepis sekuat mungkin.  Nasib baik kat rumah pengasuh dia nak minum pakai botol tapi sekadar alas perut aje. Dah beli susu formula dan cuba bagi kat Faris hasilnya....???///




Kasih sseorang ayah berusaha memujuk




Cuba dan terus mencuba




Namun gagal juga



Faris tidak berganjak dari kehendaknya,  botol susu dicampaknya

Thursday 11 February 2010

Amru Khalid

Dua buah buku hasil tulisan pendakwah muda Amru bin Khalid dari Mesir telah saya beli.  Teruja bila diberitahu dia orang kedua paling dikenali di Mesir selepas Perdana Menterinya hasil satu kajian.  Pernah mencapai 25,000 orang yang datang dalam satu-satu ceramahnya. 

Sedihya dia tidak dibenar masuk ke negara kelahiranya sama seperti Ulamak terkenal Yusuff Qardawi. Saya mahu mendapat suntikan semangat ibadah dari buku-bukunya  yang telah saya beli.  Bilakah saya dapat mengahabiskan 2  buah buku ini?  Kena pujuk Faris kut jangan kacau ibu atau saya yang tak pandai mengurus masa...???///








Beli buku ok aje,   bila nak baca banyak pula cabaran dan dugaan

Tuesday 9 February 2010

Merenung kembali rumah kampung



Teringat pertama kali menjejak kaki ke rumah mertua....
berdebar-debar





Rumah baru Bahanang dan Bahidok

Akhir tahun 2009 mertua saya berpindah ke rumah baru mereka.  Keadaan mereka yang uzur tidak mengizinkan mereka untuk berada di rumah yang besar kerana memerlukan penjagaan rumah yang sewajarnya.  Kami sekeluarga mendoakan mereka berdua berada di dalam kesejahteraan walaupun di mana mereka berada.  Kami juga tahu kami tidak dapat untuk memuaskan hati mereka dalam menjaga usia emasnya.  

Saya, suami serta anak-anak berusaha untuk melayani mereka sebaik mungkin namun kadang kala kami gagal juga dek kerana bermacam-macam alasan yang direka dan dicipta oleh kami sendiri. Masya-Allah

Rumah di dunia boleh boleh diubahsuai,  diganti dengan yang baru atau berpindah saja ke rumah lain kiranya tidak bersesuaian.  Semuanya yang indah dan memenuhi kehendak hati boleh diusahakan.  Namun begitu tertanya-tanya saya bagaimana rumah saya di "sana" nanti? Siapakah jiran saya? rumah jenis apakah yang dapat saya miliki?  Adakah sekadar rumah setinggan atau semacam khemah-khemah pelarian di sempadan-sempadan sahaja?  Di dunia saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan  tempat tinggal yang sebaik mungkin namun usaha untuk memiliki rumah yang hebat di "sana" bagaimana...???///  

Monday 1 February 2010

Cuti oh Cuti

Hari ini hari Wilayah jadi orang Kuala Lumpur semuanya bercuti.  Lepas ni tahun baru cina,  cuti lagi.  Saya yang kerja kat kl ni pun bercuti le jugak.

Bila bercuti yang terbayang dalam kepala saya baju berbakul-bakul nak dicuci,  rumah yang berhabuk nak disapu,  dapur yang selalu tak berasap nak diasapkan,  anak yang selalu ditinggalkan nak dibelai dan dimanja dan suami yang dah semakin bertambah usia nak juga dibuat secawan dua kopi.

Lepas buat semua tu saya bercita-cita pula nak melayan mata dan bantal mahu memecamkan mata dan kalau tidak dipejam mahu pula membuka mata dan menjamunya di  sogo, mid valley,  klcc atau kat giant pun jadi le.  

Itulah kebiasaan mengisi masa cuti,  apakah itu sebenarnya pengisian yang dirtuntut,  saya memikirkannya.  Saya cuba untuk mengajak hati mengalih maksud cuti kepada sesuatu yang lebih bermakna.  Bercuti bermaksud untuk meninggalkan sepenuh,  sebahagian atau sedikit kerja-kerja dunia ke kerja-kerja akhirat.  Bercuti dari  melayan perut yang sentiasa mahu dipenuhi dengan makanan dan minuman yang tak pernah ada tiitik puasnya.  Bercuti untuk melayan mata dengan hiasan dunia.   Sebaliknya saya sepatut mengambil kesempatan dari cuti ini untuk menghias iman dan takwa kpadaMU.  Menampal mana-mana  ada yang berlubang dari segi ibadah kepadaMu. Menambahkan tadabur ayat-ayatMu yang kalau tidak bercuti sebegini saya tak sempat berbuat demikian.

Cuti oh cuti adakah kedatanganmu menambahkan lagi kesibukanku pada dunia atau...???///