Monday, 22 November 2010

Selamat Menempuh SPM



Semua mendoakan (Copy dari Face Book Group Keluarga )


Tulisan dari Atiqah:

"  Assalamualaikum,,pagi tadi buat kali pertamanya kak yong menitiskan air mata di pagi raya kerana beraya jauh dari keluarga,harap-harap pengorbanan tidak berhari raya bersama keluarga kali ini dinilai disisi Allah,insyaAllah next week kakak dan paiz akan start menduduki p'priksaan spm,,dikesemptan ini kakak (juga mewakili pihak paiz) ingin memohon restu,mohom maaf,mohon doa agar dipermudahkn segala urusan,hati tenang, Allah kuatkan hti,kuatkan ingtan, biar masuk soalan yang boleh jawab, kepada ibu dan ayah redhailah anak-anakmu ini,,terlalu banyak kederhakaan kami kepadamu, Ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibubapaku.adik-adikku,dosa-dosa atuk opah.dosa-dosa makcik-makcikku,pakcik-pakcikku,dosa sepupu-sepupuku, sahabat-sahabatku,guru-guruku dan dosa seluruh umt Islam.  Terlalu banyak maksiat yg kami lakukan,betapa kurangnya usaha kami,,andai kejayaan itu mendekatkan kami kepada Islam dan perjuangan maka engkau kurniakanlah setiap kejayyan itu untuk kami,,jka kejayaan itu membuatkan kami jauh dri Islam dan perjuangan maka engkau selayaknya menentukan apa yang kami mengimani,tidak engkau jadikan sesuatu tanpa ada hikmah yang tersembunyi, amin....."


Doa 1:Azilawati Yunos

Ibu sentiasa memaafkan segala kesalahan yang kakak sedari ataupun tidak, ibu juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kerana dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu yg diamanahkan olehNYA banyak kekurangan dan kelemahan. Bukanlah keputusan yang cemerlang sahaja menjadikan ukuran kejayaan tetapi usaha yang istiqamah itulah yang rasanya terbaik dan cemerlang disisiNYA.

Doa 2:  Dari Ayah Pula (maaf ayah x ada FB tumpang fb Ibu)

Ayah hanya cuba menyempurnakan amanah sebagai ayah pada anak anak ayah. Maafkan ayah jika ada kekurangan dalam memberikan apa yang terbaik utk anak-anak ayah. Kejayaan anak-anak ayah adalah kesungguhan dari usaha anak anak ayah sendiri. Kegagalan anak-anak ayah adalah kerana kagagalan ayah sendiri dalam mendidik anak-anak ayah. Moga Allah berkati usaha anak-anak ayah. Aminnnnnn


Doa 3: Muhamad Azli Yunos

dari pakcu sekeluarga..

semoga paiz dan kak yong tenang dalam menjawab soalan2 peperiksaan nanti..

pakcu dan sekeluarga yakin bahawa paiz dan kak yong telah berusaha sebaik mungkin..

selain nya serahkan kepada Allah Swt..

dan ingatlah setinggi ilmu kita moga seiring dengan Akhlaq dan ketakwaan kita kepada NYA..

Doa :  Zuriana Yunos

dr mak na n bakal (sila isi sendiri yer..)..

M'doakan agar anak2 sedara mak ana berada dlm tenang menempuhi apa jua ujian..semoga segala yg kita usahakan akan mendapat keberkatan..jgn lupa sentiasa bersyukur setiap apa yg telah dikurniakan..yg penting redha dgn setiap ketentuaan...bersedia hadapi kemungkinan serta ujian yg tanpa diduga..

Semoga faez n k'yong akan berjaya dlm peperiksaan yg bakal menjelang tiba ini..doa byk2..kerna setelah usaha yg kita lakukan..akhir sekali berdoa dan tawakal agar Allah perkenankan usaha kita utk kita berjaya..i'Allah...

Respon 5:  Mustafa Yunos

Best of luck to both of you. May Allah bless your effort, and reward you the best result. Pray and work for the best. Kalau dah maksimun usaha kita apa pun keputusan adalah yang terbaik yang ditentukanNya.

Doa 6: Farhan Naim

Good luck and all the best, all of us will be hoping and praying to best interest of both of you.. Do our best, Insyaallah akan dpt keputusan yg baik

Doa 7:  Firdaus Fahmie

buat btol2 jangan tiru2 ok :)


Doa 8: Muhammad Azha


assalamualaikum untuk kakyong n paiz. 

Andak sekeluarga doakan agar segala usaha dan doa untuk berjaya dalam SPM serta dunia dan akhirat akan dimakbulkan oleh ALLAH. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan yang seikhlas mungkin. Perjalanan sementara didunia ini gunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan diakhirat.

untuk chik dan abang Mas dicadangkan semoga berpuasa pada hari2 mereka berperiksa insyallah
THANK YOU ALLAH.


Doa 9:  Muna Abu Bakar

Mak Lang doakan semoga kak yong dan faez dikurniakan ketenangan dalam menjawab peperiksaan akan datang. Ini merupakan sebahagian dari ujian hidup, jawab dengan tenang dan tawakal kepada Allah swt. Semoga dikurniakan keputusan yang baik dan diberkati Ilahi senantiasa....


Yang lain-lain bukan tak ada respon tapi respon melalui media lain thanks semua dari kami sekeluarga.

Thursday, 18 November 2010

cerita solat aidil adha

Solat hari raya Qurban di Masjid UIA bersama anak-anak kecuali Kak Yong Tiqah yang beraya kat Kelantan.  Di masjid UIA kami macam orang asing kerana majoriti jemaah adalah foreigner (baik kulit hitam mahupun kulit putih).  Saya pun ikutkan bukan pilihan utama solat hari raya kat sana tapi oleh kerana SiFarislah  saya solat di sana.

Cuma saya nak berkongsi kisah di masjid tu sebelum solat.  Kelihatan beberapa orang gadis arab membawa bakul kecil yang cantik dihias di dalamnya berisi gula-gula.  Mereka dengan wajah  berseri-seri menghulurkan gula-gula kepada anak-anak kecil.  Tangan menghulur dan adakalanya mereka mengusap-ngusap kepala si anak kecil dan menciumnya dengan penuh kasih sayang walaupun ada anak-anak kecil itu berkulit hitam berkilat dan rambut berkerinting penuh.  Bahasa komunikasi hanyalah senyuman dan memek muka sahaja,  tetapi ia menggembirakan anak-anak kecil.

Hebat dan kreatif mereka mendidik anak-anak kecil supaya hati terpikat dengan masjid dengan memberi hadiah w/pun bukanlah sehebat mana hadiah yang diberi.  Melihat situasi itu saya melihat Malaysia jauh berbeza kerana anak-anak kecil semacam dihalang untuk berada di masjid.  Akhirnya ramai ibu-ibu tidak dapat dapat menunaikan ibadah yang diperintah olehNYA.   Saya selalu mengingatkan diri ini agar anak-anak bukanlah alasan tetapi cabaran untuk mendekatkan diri kepadaNYA.  berjaya ke...???///


Penat Faris melangkah tangga masjid uia yang tinggi


Bertatih-tatih menuju kepadaNYA


Bakul berisi gula-gula dihulurkan (gambar x cantik le pulak)
 
Faris tunggu gula-gula
   
 
Siap tadah tangan lagi,  solat  dulu Faris


Antara jemaah yang hadir


Tuesday, 16 November 2010

Pengorbanan

Menyingkap sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebenarnya mengajak diri ini meneliti pengorbanan paling agung mereka berdua dalam mentaati perintah Ilahi.  Tiada tandingan dugaan dan ujian yang diterimanya.  Antaranya berdepan dengan ayah non muslim,  berpisah dengan anak dan isteri  juga perintah  menyembelih anak yang disayangi.   Namun Nabi Ibrahim lulus kesemua ujian itu.

Firman Allah yang bermaksud " Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan),  lalu Ibrahim menunaikannya." (Al-Baqarah 2: 124).

Merenung situasi saya apakah pengorbanan yang boleh dibanggakan dalam menjaga Agama ini...???///

Selamat Hari Raya Korban,  semoga roh pengorbanan Nabi Ibrahim dapat meresap ke dalam jiwa kita seterusnya mematangkan dan mendewasakan  dalam menjaga agama yang murni ini.


Monday, 8 November 2010

Terminal Zulhijjah

Perjuangan hidup diteruskan lagi dengan rahmatMu,  kini sampai pula ke Terminal Zulhijjah.  Terminal yang disediakan olehNya untuk kita mengutip dan menambah bekalan untuk ke ' sana '  nanti.  Apakah saya sedar atau tidak kelebihan 10 hari pertama Zulhiijah yang telah datang mendakap diri ini.  Singgah di terminal ini tetapi hati dan perasaan tidak bersedia untuk top up iman dan taqwa w/pun DIA telah menyediakan lautan rahmat dan kebaikan. Alangkah ruginya hidup saya.

Wahai hati ini yang keras,  liat,  kasar dan yang berkarat marilah singgah di terminal ini dengan mengambil sebanyak mungkin munafaat yang ada.  

Thursday, 21 October 2010

Anak Yatim

Minggu ini seorang ustazah bercerita tentang kewujudan sebuah rumah "anak kesayanganku" yang terletak di Bukit Beruntung. Nombor telefon dan laman blog rumah berkenaan diberikan kepada saya untuk tujuan SELANJUTNYA.  Aduh dalam hati berkata macam mana nak tengok anak orang lain sedangkan anak saya sendiri pun tak berapa nak settel.   Hati yang jahat ini merungut dan terus merungut......

Namun apabila laman blognya saya buka alangkah malunya saya pada diri sendiri dan padaNya. Antara ayat yang ditulis di blog itu berbunyi " Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu" .  Saya selalu rasa bangga (sepatutnya tidaklah begitu) kerana anak-anak masih punya ibu dan ayah tapi sebenarnya sayalah yang mengyatimkan anak-anak andainya mereka tidak dibekalkan dengan iman dan ilmu untuk dibawa ke "sana"nanti.

Saya diberitahu kumpulan ustazah2 dan ustaz yang pernah mendapat didikan di Jordon mengendalikan rumah ini.  Saya kagum dengan mereka kerana begitu teliti dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini dengan mengikut landasan Islam yang sebenar.   Pernah saya ke sebuah rumah amal tapi anak-anak lelaki dan perempuan yang telah baligh dan mumayiz ditempatkan di dalam  satu rumah. Kesian saya melihat keadaan anak-anak sebegitu. Dalam hati saya berkata-kata "walaupun kadang-kala niat kita baik tapi hukum-hukum Allah mesti dipatuhi dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini". 
 
Teringat kata-kata seorang pejuang agama " kalau kita jaga anak orang lain Allah akan jaga anak kita".  Bersediakan saya melaksanakan misi dan visi ini...???///
 
Kalau tak sempat nak ziarah ke rumah anak kesayangaku  lawatilah  di sini   dan hulurkan apa yang kita termampu,

Inilah wajah-wajah yatim di dunia tetapi insyaallah tidak di akhirat nanti

Saturday, 16 October 2010

Buku Baru

Syawal telah melabuhkan dirinya.  Puas sudah menjamah bermacam-macam makanan dan minuman,  sampai nak timbang badan pun takut. Kalestrol,  darah tinggi dan kencing manis pun tak berani nak pergi test. Berjuang untuk memberi nafkah pula kepada rohani@jiwa.  Kesian kepadanya yang kehausan dan kelaparan tanpa diberi pemakanan yang sewajarnya.  Kurus kering dan gersang jiwa ini tanpa pengisian yang sempurna.  

Membelek buku yang baru dibeli hasil tulisan pejuang muda  Hilal Asyraf bin Abd Razak .  Moga pembacaan yang sedikit ini dapat memberi nafkah kepada jiwa ini.




" Lihat sahaja orang yang sering 
melupakan Allah Swt,  Tetapi Allah SWT
tidak meninggalkan mereka.
Mereka masih diberikan udara
tanpa dikurangkan sedikit pun.
Mereka masih lagi diberi rezeki 
tanpa henti dan masih disambung
nyawa tanpa henti dan masih
lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira.


Kerdilnya kita,
besarnya Allah.  
(petikan dari bukunya)

Thursday, 7 October 2010

Banyaknya Air Mata Yang Tertumpah

Sah dah ikut kursus ESQ

Antara peserta kursus


Setelah sekian lama diri ini tidak mengikuti kursus akhirnya pada 4-6/10 yang lepas saya berbesar hati kerana dihantar oleh kompeni mengikuti kursus ESQ di Flamingo Hotel.  Ramai juga yang hadir lebih kurang 140 orang peserta.  

Hari pertama  kursus saya bingung dan cukup huru hara dengan bunyi-bunyian yang mengganggu pendengaran saya yang telah berumur ini.  Kadang-kadang saya terpaksa menutup telinga untuk menenangkan fikiran.  Namun di hari kedua pula saya melihat dan menyaksikan banyaknya airmata yang tertumpah.  Bunyi tangis dan sedu sedan memenuhi dewan kursus.  Semua peserta baik muda dan tua semestinya akan mengalirkan air mata.  Inilah satu-satu kursus yang membengkakkan mata setiap peserta.  Hati masing-masing sahaja yang tahu untuk apa airmata itu tertumpah. 

Hari ketiga barulah saya benar-benar faham apa yang ingin disampaikan oleh ESQ.  Mencari matlamat hidup dan bermuhasabah siapa saya yang sebenarnya.  Thanks pada FELCRA Berhad yang memilih saya untuk turut serta dalam kursus ini.