Saturday, 12 June 2010

Mari Berkongsi Bersama


Normalisasi Muqaddimah Zina





“Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor” kata seorang anak muda.
“Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?” tanya si ustaz.
“Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor” jelas beliau.
“Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun” si ustaz ‘pura-pura tidak tahu’.
“Ustaz lainlah” ujar anak muda itu lagi.
“Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke tandas yang sama. Cuma, awak kencing berdiri ya?” si ustaz bertanya terus ke topik sebenar.
Anak muda itu ketawa kecil. Apa yang beliau tidak mahu menyebut, telah disebut oleh sang ustaz.
Memang sukar.
Jika bersolat di dalam pesawat terganggu oleh kesukaran menentukan arah kiblat, ada penyelesaiannya. Andaikata bermasalah untuk berdiri, ada penyelesaiannya. Jika sulit mahu mengambil wudhu’, ada kaedah-kaedahnya. Tetapi jika pakaian tidak bersih, memang susah mahu diselesaikan. Bayangkan, dalam kesesakan ratusan penumpang kapal terbang, si anak muda mahu menyalin seluar dengan memakai kain pelekat, mahu sahaja disikunya orang di kiri dan kanan.
Justeru, jika kita jenis orang yang bersolat kerana Islam, maka Islamlah semenjak di rumah dan di Lapangan Terbang. Jangan tiba-tiba mahu mengambil Islam, memang banyak ‘kerosakan’ yang terpaksa diuruskan!
Sama juga dengan perempuan. Andaikata solat itu hendak dikerjakan semasa berada di dalam pesawat, selain pakaian perlu bersih, pastikan juga ia sempurna menutup aurat. Andai pakaian yang dipakai itu tidak cukup syarat untuk membolehkan kita bersolat dengannya, memang sukar kalau tiba-tiba di dalam pesawat, mahu disarung telekung. Mahu terserkup orang di sebelah!
Demikianlah Islam.
PAKEJ
Di pangkal, di tengah atau di hujung, Islam ada caranya yang tersendiri untuk berfungsi. Tetapi sebagai sebuah sistem, Islam mesti diambil seawal langkah yang pertama.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata” [al-Baqarah 2: 208]
Demikian Allah berpesan.
Apabila Islam diambil, ambillah ia secara sempurna. Pakej yang lengkap. Menerima sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, adalah cara Syaitan menyesatkan manusia, sedangkan Syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Kelihatannya di sepanjang sejarah manusia, Syaitan itu makhluk yang sabarnya sering mengatasi manusia. Syaitan tidak tergesa-gesa untuk mencapai misinya. Segalanya berlaku secara berperingkat, sedikit demi sedikit, dalam kealpaan manusia yang tidak menyedarinya.
Itulah enjin di sebalik musibah buang bayi di negara kita.
Buang bayi kerana berleluasanya zina.
Berleluasanya zina kerana pencegahannya tidak mengambil acuan Islam.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah suatu kecelaan dan seburuk-buruk jalan pilihan manusia” [al-Israa' 17: 32]
Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar menolaknya, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah zina yang mesti dihindari.
Apakah muqaddimah zina yang mesti dicegah itu?
1. MENUNDUKKAN PANDANGAN
Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.” [al-Nur 24: 30]
Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.
“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.
Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.
2. MEMELIHARA AURAT
Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.
Peliharalah aurat.
Wanita.
Lelaki.
Sama sahaja.
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” [al-Nur 24: 31]
Perintahnya bukan perintah menutup rambut.
Perintahnya adalah perintah memelihara aurat.

3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH
Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.
“Dan hendaklah kamu melazimkan diri berada di rumah kamu serta janganlah kamu mendedah, menghias dan menonjolkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu”[Al-Ahzaab 33: 33]
“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.
Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :
Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]
Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.
Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.
Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).
4. BERURUSAN DENGAN BATASAN
Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.
Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan.
Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada mereka maka mintalah kepada mereka dengan perantaraan hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”[al-Ahzaab 33: 53]

Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.
“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.
“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.
Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.
Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.
5.  TIDAK MELUNAKKAN SUARA
Dengar suara, mahu orangnya.
Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.
Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.

“Andaikata kamu benar-benar beriman, maka janganlah kamu lunak-lunakkan suara semasa berbicara. Nantinya orang-orang yang hatinya berpenyakit menjadi tamak. Justeru berbicaralah dengan perbicaraan yang maaruf” [al-Ahzaab 33: 32]

NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA
Mencegah lebih baik daripada mengubat… bukan slogan tanpa asas!
Cabarannya, bagaimanakah penerimaan kita terhadap saranan-saranan Allah ini?
Percaya bahawa kita lebih bijak daripada-Nya?
Semua perintah dan larangan yang dihimpunkan itu tadi (sebagai memetik sebahagiannya) telah mengalami normalisasi. Semuanya sudah diterima sebagai satu cara hidup semasa.
“Make sure you balik before Midnite, ok. This is my house. You follow my rule!” kata si ayah yang ‘cool’.
Anak lelakinya keluar menonton wayang dengan rakan silang jantina.
Muqaddimah zina sudah jadi biasa. Sudah tidak lagi dianggap salah. Ia diterima sebagai satu cara hidup kontemporari, tidak hanya di kota malah di desa. Sudah jadi biasa. Lantas buruk benar kalau ia tiba-tiba digelar sebagai Muqaddimah Zina!
Itulah NORMALISASI…
“Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.
Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?
Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.
Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.
Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba.
“Nampakkah kamu keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.” [al-Furqan 25: 43-44]
Saksikanlah ya Allah bahawa aku berusaha menyampaikan!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Wednesday, 9 June 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 18

09.06. 2010 hari  ulangtahun kelahiran Atiqah yang ke18.  Dah 18 tahun anak saya mengecap nikmat yang tidak dapat dikira atau diukur dengan apa sahaja.  Betapa banyak nikmat yang telah engkau kecapi,  fikirkanlah wahai anak. Tetapi ada yang lebih penting muhasabahlah diri setelah genap 18 tahun berpijak di bumi  ini berapa banyak pula dosa yang telah kita lakukan kepadaNya.  Hitunglah dalam kiraan hari iaitu sebanyak 6,570 hari dirimu  telah hidup di dunia ini dengan melakukan dosa.  Pohonlah ampun dariNya dengan sebenar-benar taubat kepadanya. Moga anak terus muhasabah,  muhasabah dan terus bermuhasabah.

Tiada hadiah yang istimewa dari ibu,  cuma sebuah buku " CINTA".   Fitrah remaja mencintai dan dicintai,  ibu cuba memahami semua itu.  Harapan ibu,  buku ini dapat memandu Tiqah dalam alam percintaan yang berlandaskan syariat Islam,  Insya-Allah.

Apakah anak ibu sedih,   ibu tak belanja makan dan tak  bawa pergi kemana-mana  untuk sambut hari ulangtahun kelahiran kakak...???///





Iqraq dan terus iqraq dengan bacaan yang bermunafaaat

Monday, 7 June 2010

Bola Oh Bola

Faris pun nak beraksi dengan bola,  layannnnn









Melayan Faris dengan bola di Jaya Jusco Wangsa Maju, 
penat dia merangkak mengejar bola



Piala Dunia untuk sukan bola akan bermula.  Tahniah kepada negeri yang tidak menghalalkan judi bolasepak,  semoga usaha murni sebegini menjadi teladan juga kepada negeri-negeri yang lain.  Negeri Perak tanah kelahiran saya,  sayangnya tidak dapat join mengharamkan judi.  Ingatlah apabila judi berleluasa bala dari Allah menanti kita semua.



Untuk anak -anak saya pergilah bermain bolasepak di padang sebenar,  keluarkanlah peluhmu dan sihatkanlah tubuh badanmu  agar dengannya kita dapat beribadah dengan lebih sempurna kepadaNya.  Badan yang sihat bukan hanya untuk kelihatan cantik,  tetapi lebih utama cantik dari segi ibadah kita kepada Yang Esa.

Faez dan Firdaus suka g padang bola atau g padang bola di alam maya...???/// 


Sunday, 6 June 2010

Surirumah Sepenuh Masa

Baru-baru seorang rakan pejabat menamatkan kerjayanya di FELCRA Berhad setelah berkhidmat lebih 3 tahun. Adik Norazlinawati Abdullah sama-sama  membangunkan Maklumat Peserta FELCRA ke dalam e-sistem FELCRA Berhad.  Kami pernah outstation bersama dan banyak lagi kenangan bersamanya.

Sunguh terharu apabila hari terakhir dia menghantar email kepada kami di Felcra dengan sedikit kata-kata. 

Inilah kata-katanya dari e-mailnya


" Di kesempatan ini saya memohon maaf, salah silap sepanjang perkenalan, persahabatan & perlakuan saya dengan kalian.. Halal kan makan & minum sekiranya terhutang secara sengaja atau pn tidak  :p  ( boleh kee??)

Pada mulanya berat hati juga utk mengambil keputusan yang drastik ini, tetapi setelah sekian lama berfikir & berdoa, saya dengan ikhlas nyaa reda dengan keputusan ini.


Andainya kalian berasa gusar, amatilah kata-kata hikmah di bawah ini sebagai pegangan & panduan..


Selamat Berjumpa lagi & Selamat Berjuang!!







Apa yang mengharukan bila saya reply e-mailnya yang berbunyi begini:-


Azila:  Bestnya baca ucapan tu.  Terharu pulak rasanya.  K. zila pun minta maaf byk2 atas segala kesalahan dan halal makan minum dan ilmu yang diajarkan

Azlina: Best kan?? Saya pun suka and rasa semangat nk berhenti bila baca kata-kata hikmah tu






Ina,  selamat menjadi surirumah sepenuh masa,  
moga dengan ini juga kita lebih dekat denganNya

Tahniah Ina kerana telah membuat keputusan dan redha dengan keputusan yang dibuat.  Saya ni ada 15 tahun lagi kena berkhidmat mampu ke...???///

Tuesday, 1 June 2010

LL4GAZA (BLACK MONDAY)

Semalam hari Isnin yang penuh kemuraman. berita sedih, sedih dan terus bersedih dengan peristiwa sebuah kapal Marvi Marmara yang diserang Israel. Black Monday, sejarah hitam dan entah apa nak dikatakan lagi.


Selamatkanlah konvoi LL4G Ya Rabbi




Ustaz Noorazman Mohd Samdudin salah seorang sukarelawan LL4G.  teringat ceramahnya di surau FELCRA  mengenai GAZA lebih kurang 2 minggu sebelum beliau berlepas ikut konvoi.


Israel yang penuh rakus,  teramat kejam,  tidak berperikemanusian langsung dan banyak-banyak lagi.  Apakah saya peduli tentang semua ini ...???///

Sunday, 30 May 2010

Sarapan Pagi n Minum Petang

Sarapan pagi selalunya saya tak pernah miss,  kalau rajin bawa bekal kat opis atau beli aje kat mana-mana.  Minum petang pulak goreng pisang, goreng keledek atau cucur udang menjadi pilihan bersama air kopi atau teh o nipis.

Itulah yang saya faham tentang sarapan dan minum petang selama ini.  Setelah berinjak usia saya cuba mencari menu sarapan dan minum petang yang lebih berkualiti disisiNya.  Akhirnya saya menjumpainya itulah "AL-MA'THURAT".






Contoh-contoh naskah Al-Mathurat yang berada di pasaran


Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut Sunnah Rasullullah SAW.  Beliau telah memilih dan menyusun al-Ma'thurat dengan mengharapkan bimbingan dari Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara. Alangkah baiknya kalau saya yang mengaku diri muslim ini mengamalkan zikir al-Ma'thurat pada setiap pagi dan petang.

Macamman nak istiqamah baca zikir ni setiap hari...???///

Sunday, 16 May 2010

Ziarah di Hujung Minggu

Sabtu semalam pergi  ziarah dua rakan kami yang telah kehilangan orang yang disayangi.  Ibu Puan Siti Hawa dan zaujh kepada Hajah Ainon telah kembali kepada yang empunNya. Benarlah semua yang kita sayangi di dunia ini bukan milik kita,   ianya hanya pinjaman semata-mata,  semua yang ada di dunia  ini milikNYa. Oleh yang demikian saya selalu memujuk hati apa pun yang hilang atau yang pergi memang itu hakNya.  Macam juga kalau kita pinjam barang orang  apakah yang patut kita buat apabila dia mahukan kembali barangnya,,,,???///




Faris tak ketinggalan ikut ziarah 1,  besttt Makcik Liza
 pun ikut sama ke rumah Puan Siti Hawa





Ustaz Azman bersama 
Ayah Puan Siti Hawa  (suami arwah)





Puan Siti Hawa berbusana Hitam.  
Siti kami sangat  sayang padamu




Kawan-kawan menunggu kedatangan Ustaz 
untuk mengetuai  bacaan ayat -ayat suci dan doa




Anak bukalah penghalang untuk turut padang, 
 insya-Allah dipermudahkan



Tunduk mendengar nasihat ustaz Azman




Ziarah 2  ke rumah Puan Hajjah Ainon,  
terima kasih kawan-kawan 




Kami dijamu pula dengan hidangan selepas bacaan
ayat suci dan doa,  siap bungkus bawa balik. thanks Kak Ainon





Anak Ustaz yang lelah di pagi tu pun turut serta, tapi  ok kan
 atas riba Makcik Piah 




K.Piah yang baik hati,  jadi bibik jab
 mengasuh anak ustaz.