Thursday 21 October 2010

Anak Yatim

Minggu ini seorang ustazah bercerita tentang kewujudan sebuah rumah "anak kesayanganku" yang terletak di Bukit Beruntung. Nombor telefon dan laman blog rumah berkenaan diberikan kepada saya untuk tujuan SELANJUTNYA.  Aduh dalam hati berkata macam mana nak tengok anak orang lain sedangkan anak saya sendiri pun tak berapa nak settel.   Hati yang jahat ini merungut dan terus merungut......

Namun apabila laman blognya saya buka alangkah malunya saya pada diri sendiri dan padaNya. Antara ayat yang ditulis di blog itu berbunyi " Bukanlah yatim piatu itu semata-mata tidak ada ayah dan ibu, Tetapi yatim piatu yang hakiki itu tidak ada iman dan ilmu" .  Saya selalu rasa bangga (sepatutnya tidaklah begitu) kerana anak-anak masih punya ibu dan ayah tapi sebenarnya sayalah yang mengyatimkan anak-anak andainya mereka tidak dibekalkan dengan iman dan ilmu untuk dibawa ke "sana"nanti.

Saya diberitahu kumpulan ustazah2 dan ustaz yang pernah mendapat didikan di Jordon mengendalikan rumah ini.  Saya kagum dengan mereka kerana begitu teliti dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini dengan mengikut landasan Islam yang sebenar.   Pernah saya ke sebuah rumah amal tapi anak-anak lelaki dan perempuan yang telah baligh dan mumayiz ditempatkan di dalam  satu rumah. Kesian saya melihat keadaan anak-anak sebegitu. Dalam hati saya berkata-kata "walaupun kadang-kala niat kita baik tapi hukum-hukum Allah mesti dipatuhi dalam melaksanakan kerja-kerja amal ini". 
 
Teringat kata-kata seorang pejuang agama " kalau kita jaga anak orang lain Allah akan jaga anak kita".  Bersediakan saya melaksanakan misi dan visi ini...???///
 
Kalau tak sempat nak ziarah ke rumah anak kesayangaku  lawatilah  di sini   dan hulurkan apa yang kita termampu,

Inilah wajah-wajah yatim di dunia tetapi insyaallah tidak di akhirat nanti

Saturday 16 October 2010

Buku Baru

Syawal telah melabuhkan dirinya.  Puas sudah menjamah bermacam-macam makanan dan minuman,  sampai nak timbang badan pun takut. Kalestrol,  darah tinggi dan kencing manis pun tak berani nak pergi test. Berjuang untuk memberi nafkah pula kepada rohani@jiwa.  Kesian kepadanya yang kehausan dan kelaparan tanpa diberi pemakanan yang sewajarnya.  Kurus kering dan gersang jiwa ini tanpa pengisian yang sempurna.  

Membelek buku yang baru dibeli hasil tulisan pejuang muda  Hilal Asyraf bin Abd Razak .  Moga pembacaan yang sedikit ini dapat memberi nafkah kepada jiwa ini.




" Lihat sahaja orang yang sering 
melupakan Allah Swt,  Tetapi Allah SWT
tidak meninggalkan mereka.
Mereka masih diberikan udara
tanpa dikurangkan sedikit pun.
Mereka masih lagi diberi rezeki 
tanpa henti dan masih disambung
nyawa tanpa henti dan masih
lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira.


Kerdilnya kita,
besarnya Allah.  
(petikan dari bukunya)

Thursday 7 October 2010

Banyaknya Air Mata Yang Tertumpah

Sah dah ikut kursus ESQ

Antara peserta kursus


Setelah sekian lama diri ini tidak mengikuti kursus akhirnya pada 4-6/10 yang lepas saya berbesar hati kerana dihantar oleh kompeni mengikuti kursus ESQ di Flamingo Hotel.  Ramai juga yang hadir lebih kurang 140 orang peserta.  

Hari pertama  kursus saya bingung dan cukup huru hara dengan bunyi-bunyian yang mengganggu pendengaran saya yang telah berumur ini.  Kadang-kadang saya terpaksa menutup telinga untuk menenangkan fikiran.  Namun di hari kedua pula saya melihat dan menyaksikan banyaknya airmata yang tertumpah.  Bunyi tangis dan sedu sedan memenuhi dewan kursus.  Semua peserta baik muda dan tua semestinya akan mengalirkan air mata.  Inilah satu-satu kursus yang membengkakkan mata setiap peserta.  Hati masing-masing sahaja yang tahu untuk apa airmata itu tertumpah. 

Hari ketiga barulah saya benar-benar faham apa yang ingin disampaikan oleh ESQ.  Mencari matlamat hidup dan bermuhasabah siapa saya yang sebenarnya.  Thanks pada FELCRA Berhad yang memilih saya untuk turut serta dalam kursus ini.