Thursday 29 April 2010

Jadi Imam

Faris nak jadi imam?  Bagus dan alhamdulilah Allah redha profesion itu.  Siapa kata jadi imam adalah pilihan?  Jadi imam bukan pilihan tetapi kewajipan.  Mahu tak mahu atau hendak tak hendak Faris kan seorang lelaki,  jadi imam adalah wajib.  Ibu harap Faris jangan sempitkan erti imam itu,  ianya bukanlah semata-mata mengimamkan solat sahaja tetapi yang lebih penting mengetuai keluarga.  Imam adalah ketua atau bos..  Menjaga iman dan ketaqwaan keluarga kepadaNya. adalah tugas Faris yang telah dimenterai dengan Yang Maha Esa.  Ingat sebelum Faris berjaya masuk ke syurga Faris akan ditanya tentang tanggungjawab terhadap ibu,  isteri, anak-anak perempuan,  saudara perempuan dan tak lupa pada orang gaji sekiranya ada.  Kalau Faris dah selesaikan tanggungjawab kepada mereka barulah Faris boleh ke "sana" pula. Ibu pun selalu gabra kalau kena jadi imam,  isshhh teruk betui kan...???////




Imam tak ada kopiah lagi,  jadi pinjam kopiah Abang Yang



Jadi imam kat siapa bila saya dah beso nanti................

Wednesday 14 April 2010

AncamanMu

" Katakanlah,  jika bapa-bapa kamu, anak-anak,  saudara-saudara,  isteri-isteri,  kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,  perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya,  maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya,  dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik". ( At - Taubah ayat 24 )


Entah mengapa hari ini cuba mentadabur ayat ini.  Pujuk hati yang keras dan penuh dengan karat-karat ini membaca dengan roh agar dapat merasai apa yang Allah ANCAM dalam ayat ini.  Banyak kali dengar ustaz dan ustazah kupas tentang ayat ini tapi macam tak kena kat saya aje. Masih berpeluk tubuh dan lena dibuai mimpi,  semacam tidak langsung rasa bersalah padaMU.  Gerunkanlah hati ini  dengan ayat " tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya" . Wahai hati tunduk dan patuhlah terhadap (at-taubah:24) ini serta fikirkanlah sedalam-dalamnya.  Kenapakah saya menyayangi yang lain melebihi saya mencintaiMu dan rasulMu..???//  .  

Sunday 11 April 2010

Panas Yang Sedikit

Semakin hari cuaca semakin panas,  walaupun kadang-kadang hujan turun pada siangnya kepanasan masih terasa. Banyaknye sebab kalau kita nak fikirkan kenapa ini terjadi.  Saya dan keluarga juga merasai kesan pemanasan global ini.  Baju sentiasa lenjun dek kerana peluh,  si kecil tak pernah kenal erti selimut dan banyak lagi.

Akhirnya ke kedai penghawa dingin jawapannya.  Moga ianya dapat membantu mengatasi semua ini.  Namun hati ini terfikir-fikir bagaimana kepanasan di " sana" nanti.  Apakah ada pepohon untuk berteduh,  kipas,  air hujan atau penghawa dingin yang membantu menyejukkan suasana?  Kepanasan yang sedikit ini sudah cukup mengharu birukan saya dan membuatkan kelam kabut yang amat sangat. Semua kerja bagai tak kena.   






Akhirnya York menjadi pilihan kami sekeluarga



Ya Allah bantulah diri ini untuk menghadapi kepayahan dek kepanasan di duniaMu ini.  Jadikanlah kepanasan ini sebagai ingatan di hati kami supaya takut kepada balasan azab di "sana" nanti.  Janganlah Engkau jadikan kepanasan ini membuatkan hati merungut-rungut,  sebaliknya  campaklah ke hati kami perasaan bersangka baik terhadap apa jua yang Engkau beri kepada kami. Wahai hati terimalah seadanya untuk diri ini.

Faez dan Firdaus tiada alasan untuk bermalas-malas lagi atau bertambah lena dengan selimut tebalmu...???///

Thursday 8 April 2010

Bilakah Nak Dapat Qanaah?

Bercakap tentang makan memang tak habis-habis.  Macam-macam resepi saya cuba,  macam-macam kedai makan dijelajah,  berbagai alat masakan dibeli.  Semuanya bertujuan untuk menjaga perut saya dan keluarga yang memang tak pernah merasa puas dan tiada titik noktah.  Inilah yang dimaksudkan dengan qanaah. 

Lambat sikit sediakan makanan anak-anak dah sibuk tanya "ibu tak ada makanan ke hari ni?" atau ibu tak beli makanan ke hari ini?   Lapar dan lapar sentiasa diucapkan terutama hujung minggu sebab ibu ada kat rumah.  Menyediakan makanan dan minuman memakan masa yang lama,  kadang-kadang saya rasa bersalah padaNya kerana kerja-kerjaNya yang lain tidak dilaksanakan.  Bukanlah salah menyediakan makanan untuk keluarga tapi saya selalu memujuk hati supaya perkara itu tidaklah menjadi ajenda penting dalam hidup.  Cukuplah makan untuk terus hidup dan dengan makanan yang Engkau berikan itu harapnya dapat menambahakan tenaga saya melaksanakan perintahMu.

Saya cuba menyediakan masakan yang ringkas,  tidak memakan masa dan paling penting berkhasiat. Anak-anak dan suamiku,   saya sedar saya perlu sediakan makanan perut  untuk kesihata fizikal semua.  Tetapi marilah kita sedar makanan  iman dan jiwa adalah lebih mengatasi makanan perut.  Iman dan jiwa yang tidak diberi  makanan akan kurus kering dan sentiasa lapar untuk membuat perkara-perkara yang Engkau tidak redhai.  Mengapa yaAllah kami selalu merasa tidak puas dan tidak cukup?  Berilah kami merasi sifat qanaah agar hati ini tidak terlalu meminta dan terus meminta.  Firdaus selalu komplen,  " ibu selalu jadikan hari-hari miskin sebab ibu malas masakkan?"  Betul ke kenyataanya...???///