Sunday 11 April 2010

Panas Yang Sedikit

Semakin hari cuaca semakin panas,  walaupun kadang-kadang hujan turun pada siangnya kepanasan masih terasa. Banyaknye sebab kalau kita nak fikirkan kenapa ini terjadi.  Saya dan keluarga juga merasai kesan pemanasan global ini.  Baju sentiasa lenjun dek kerana peluh,  si kecil tak pernah kenal erti selimut dan banyak lagi.

Akhirnya ke kedai penghawa dingin jawapannya.  Moga ianya dapat membantu mengatasi semua ini.  Namun hati ini terfikir-fikir bagaimana kepanasan di " sana" nanti.  Apakah ada pepohon untuk berteduh,  kipas,  air hujan atau penghawa dingin yang membantu menyejukkan suasana?  Kepanasan yang sedikit ini sudah cukup mengharu birukan saya dan membuatkan kelam kabut yang amat sangat. Semua kerja bagai tak kena.   






Akhirnya York menjadi pilihan kami sekeluarga



Ya Allah bantulah diri ini untuk menghadapi kepayahan dek kepanasan di duniaMu ini.  Jadikanlah kepanasan ini sebagai ingatan di hati kami supaya takut kepada balasan azab di "sana" nanti.  Janganlah Engkau jadikan kepanasan ini membuatkan hati merungut-rungut,  sebaliknya  campaklah ke hati kami perasaan bersangka baik terhadap apa jua yang Engkau beri kepada kami. Wahai hati terimalah seadanya untuk diri ini.

Faez dan Firdaus tiada alasan untuk bermalas-malas lagi atau bertambah lena dengan selimut tebalmu...???///

5 comments:

  1. ada hikmahnya musim panas ni..kalau tidak tak merasa lah ber air cond di rumah hehhe

    ReplyDelete
  2. kalau nak tido kat umah chik bawa selimut tebal tahu, yang kecil2 pakai baju tebal.x dpt rasa sejuk kt korea dlm blk tido pun jadi le, cuma x ada salji aje. heeee

    ReplyDelete
  3. kumer nak numpang tido bleh ke?

    ReplyDelete