Saturday 31 July 2010

Naik Train

Hujung minggu lepas kami berempat naik train LRT ke Bukit Jalil ada expo Ushawan Desa.  Inilah kali kedua Firdaus naik train kali pertama semasa umurnya 3 tahun dahulu. Rupanya Firdaus teramat takut naik train duduk diam dengan muka yang berkerut-kerut.  Tak tahu apa yang ditakutkan,  saya pun jadi sangsi dan tak faham dengan ketakutannya.  Dalam train diam membisu tanpa berkata-kata cuma yang ditanya bila nak sampai? Mencari-cari dan cuba memahami petanda takut si Firdaus ini tapi bilakah dapat penyelesaiannya...///???




Ha ha ha Firdaus dalam ketakutan


Tangan ayah tak boleh lepas langsung



Aksi menahan train kut

Sunday 18 July 2010

Sesekali Menghayati Puisi

Saya copy puisi ini dari blog seseorang,   puisi yang penuh bermakna.  Dapat ke saya mencapai tahap muslimah solehah sebegini...???///





Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu, 
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami, 
bukan bimbang cinta tak bersemi,
bukan kerana takutkan poligami,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.

Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Ummuhusna99

Thursday 15 July 2010

ENGKAULAH Yang Mengurniakannya

Hari ini rasanya penuh bermakna dalam hidup saya.  Engkau kurniakan anugerah yang tiada tandingan di dunia ini buat saya,  suami,  anak-anak dan seluruh keluarga.  Melihat kepada kerdil,  lemah,  kurang pengetahuan dan banyaknya dosa-dosa serta banyak lagi kekurangan pada diri ini rasanya malu dan tidak layak untuk menerima ini semua.  ENGKAUlah  yang maha pemurah dan penyayang tidak membataskan apa jua kurniaanMu kepada sesiapa yang dikehendakinya.  Saya panjatkan rasa syukur atas kurniaan ini namun jikalau semua ini Engkau jadikan cubaan dan dugaan untuk kami,  berilah kekuatan yang sewajarnya untuk menghadapi semua ini.  Terima kasih kepada suami,  abah dan emak,  anak-anak,  keluarga, mualim serta mualimah anak saya yang turut serta menjayakan misi langit ini..

Benarlah janjiMu apabila sejengkal hamba mendekatiMu sedepa Engkau mendekati hamba itu.  Terkenang 5 tahun lepas Atiqah ingin menyambung pelajaran ke Sekolah Agama,  namun Allah tambahkan bukan sahaja dia dapat menyambung ke sekolah yang dihajati tetapi lebih dari itu,  MasyaAllah.  Selepas Atiqah menghabiskan bacaan khatamnya pagi ini,   yang saya ikuti melalui alat pandang dengar dia terus bertanya " ibu menangis"?  Saya jawab " ya,  ibu menangis".  Apakah saya mengangis kerana tidak dapat bersama dalam majlis yang penuh bermakna itu atau....???/// Walaupun ibu tiada disampingmu tetapi gembiralah anak dengan kehadiran para malaikat yang turut sama dimajlis khataman itu.

Tuesday 13 July 2010

Akhirnya Melangkah Juga

Mengangkat takbir memulakan solat, 
lepas tu bertebaranlah mencari kehidupan

Setelah berumur lebih 1 tahun 6 bulan akhirnya Faris si kecil saya melangkah kaki untuk meneruskan tumbesarannya.  Semua orang bertanya Faris dah berjalan ke belum dek kerana seusia dengannya dah berlari dan bermin bola.  Saya juga macam sedikit gelisah kerana kakak dan abangnya umur setahun dah melepasi tahap itu.  Membanding-banding semua itulah yang mengotori jiwa ini.

Bila saya memikirkan progress anak kecil seperti berjalan,  tumbuh gigi,  bercakap dan lainnya adalah ketentuanNya mengapakah kita perlu bimbang,  risau dan banyak komplen.  Allah maha mengetahui kenapa DIA melaksanakan progress itu samada dilambatkan atau dicepatkan.  Saya sepatutnya berlapang dada apa juga ketentuan dariNya.  Itulah baru tanda kesyukuran saya dengan anaugerah anak yang dikurniakan olehNya.  Nak tarbiah hati ini supaya sentiasa bersangka baik kepadaNya.  Azila jangan banyak komplen tetapi fikirkanlah berapa kerap kamu bermuhasabah diri dengan jutaan kurnia dari tuhanmu ...???///

Saturday 3 July 2010

Firdaus yang takut

Anak saya yang ke3 ni Firdaus teramatlah penakut.  Macam-macam yang ditakutnya termasuk masuk bilik air,  pergi dapur,  masuk bilik sendiri,  takut lipas dan macam-macam lagi.  Puas sudah memujuk dan menerangkan tiada apa yang perlu ditakutkan tapi masih belum menjumpai jalan penyelesaiannya.  Firdaus cabut lari lintang pukang bila jumpa lipas,  sanggup x mandi sebab takut masuk bilik air dan yang paling sedih x berani tido bilik sendiri,  akhirnya berhimpit-himpit kat bilik ibu.  Kalau Firdaus dapat rasa takut macam ni dengan Allah teramatlah bagusnya. 

Begitulah keadaan bila kita takut,  kita akan melarikan diri dari situasi itu.  Takut kepada harimau kita akan lari tak cukup tanahkan. Sebaliknya takut akan Allah, adakah kita akan lari atau menjauhkan diri dariNya?  Semakin kita takut kepadaNYa sepatutnyalah bertambah dekat denganNya.  Perasaan takut ini akan membuahkan keimanan dan taqwa yang tinggi. Mencari situasi saya sekarang adakah saya juga termasuk dalam golongan yang tidak takut atau teramat takut dengan Allah...???/// 



Kena jumpa pakar ape le nak hilangkan rasa takut si budak ini?