Thursday 15 July 2010

ENGKAULAH Yang Mengurniakannya

Hari ini rasanya penuh bermakna dalam hidup saya.  Engkau kurniakan anugerah yang tiada tandingan di dunia ini buat saya,  suami,  anak-anak dan seluruh keluarga.  Melihat kepada kerdil,  lemah,  kurang pengetahuan dan banyaknya dosa-dosa serta banyak lagi kekurangan pada diri ini rasanya malu dan tidak layak untuk menerima ini semua.  ENGKAUlah  yang maha pemurah dan penyayang tidak membataskan apa jua kurniaanMu kepada sesiapa yang dikehendakinya.  Saya panjatkan rasa syukur atas kurniaan ini namun jikalau semua ini Engkau jadikan cubaan dan dugaan untuk kami,  berilah kekuatan yang sewajarnya untuk menghadapi semua ini.  Terima kasih kepada suami,  abah dan emak,  anak-anak,  keluarga, mualim serta mualimah anak saya yang turut serta menjayakan misi langit ini..

Benarlah janjiMu apabila sejengkal hamba mendekatiMu sedepa Engkau mendekati hamba itu.  Terkenang 5 tahun lepas Atiqah ingin menyambung pelajaran ke Sekolah Agama,  namun Allah tambahkan bukan sahaja dia dapat menyambung ke sekolah yang dihajati tetapi lebih dari itu,  MasyaAllah.  Selepas Atiqah menghabiskan bacaan khatamnya pagi ini,   yang saya ikuti melalui alat pandang dengar dia terus bertanya " ibu menangis"?  Saya jawab " ya,  ibu menangis".  Apakah saya mengangis kerana tidak dapat bersama dalam majlis yang penuh bermakna itu atau....???/// Walaupun ibu tiada disampingmu tetapi gembiralah anak dengan kehadiran para malaikat yang turut sama dimajlis khataman itu.

No comments:

Post a Comment