Mungkin suatu hari nanti saya dapat solat berimamkannya |
Imam Mekah ziarah Malaysia. Rasa teruja sangat nak join majlis yang dihadiri olehnya, tapi tak kesampaian. Paling sedih dapat tahu pada hari selasanya dia datang solat di masjid UIA. Frust sunggug-sungguh. Tak banyak info mengenai kedatangannya menyebabkan saya dan keluarga terlepas peluang solat berimamkannya. Dapat tahu dia mengimamkan solat Jumaaat di Masjid Jalan Duta tapi memang itu bukanlah peluang untuk saya ke sana.
Bangga betul dengan dia kerana seorang ulamak dan imam yang tersohor, bijak (ada PHD), bacaan al quran yang terama-amat menusuk kalbu dan banyak sangatlah kelebihan yang ada padanya. Moga adalah imam-iman di Malaysia memiliki ciri-ciri sepertinya, insyaallah. Terfikir tentang diri sendiri mungkin Allah belum memilih saya untuk bertemunya atau melihatnya dari jauh pun kerana banyak yang perlu dilakukan untuk agama belum dilaksanakan...???///