Esok Jumaat (penghulu segala hari) datang lagi, dulu saya yang bekerja memang ternanti-nanti hari Jumaat sebab rehat yang panjang 12.15 tengahhari sampai 2.45 petang. Macam-macam boleh buat mengikut kehendak masing-masing. Teringat dulu-dulu jalan TAR atau Bukit Bintang menjadi destinasi pilihan yang utama. Makan, minum, bersembang-sembang dan bershoping mengikut kehendak hati.
Semenjak pejabat dah bertukar ke wangsa Maju aktiviti membeli belah semacam terbantut sedikit dek kerana jauhnya dari premis-premis berkenaan. Ada hikmah juga Opis pindah ni. Tak kala membaca kupasan satu ayat tentang hari Jumaat dariNYA hati saya sedikit terkedu-kedu.
Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkan berjual -beli (pada saat itu); yang demekian adalah baik bagi kamu mengetahui (hakikat yang sebenar). (al-Jumu'ah 62:9-10)
Bila baca ayat ni macam tak kena kat saya aje, tapi bila dibaca kupasannya dari sebuah buku saya bermuhasabah diri.
Pandangan pertama:
Perintah dalam ayat ini hanya ditujukan kepada orang yang wajib melaksanakan solat Jumaat, iaitu lelaki yang sudah baligh
Pandangan kedua:
Perintah dalam ayat ini ditujukan kepada semua orang Islam tanpa membezakan orang yang wajib atau tidak kerana ayat di atas dimulai dengan" wahai orang-orang beriman!" Justeru hendaklah semua orang Islam meninggalkan jual beli agar orang lelaki yang sudah baligh di kalangan mereka dapat ke masjid melaksanakan solat Jumaat tanpa dilalaikan oleh urusan jual-beli yang berlangsung.
Saya memujuk hati ini agar lebih cenderong kepada pendapat yang kedua kerana bimbang dan takut dengan ancaman dariNYA kalau saya ambil tak kisah dengan semua ini. Alangkah malang Jumaat penghulu segala hari yang penuh dengan kelebihan disisiNYA tetapi dicemari dengan aktiviti...???////
|
Moga jalan yang kupilih menuju syurgaMU |