Baru-baru saya bersama keluarga bercuti di Pantai Port Dickson. Seingat saya memang dah lama sangat saya dan keluarga tak ke sana. Mak Uji yang pujuk anak-anak saya dan apalagi mereka sukalah sangat-sangat. Jenuh memikirkan bagaimana percutian boleh menjadi satu ibadah kerana apa yang saya sering lakukan semasa bercuti tidak lain hanya mencari makan, minum, bersantai dan bersukaria.
Namun hati kecil ini mencari-cari supaya ada juga sedikit pengisian yang boleh menjadi aset pahala di sana nanti. Kebetulan bercuti kali ini juga disertai oleh 2 orang anak buah yang sedang meningkat remaja. Boleh dikatakan saya memang rapat dengan mereka tetapi peluang untuk makan, minum bersama tu banyak kali, tetapi kali ini saya paling bertuah kerana dapat tidur bersama mereka. Rupanya banyak yang dapat dikongsi bersama mereka tentang kehidupan ini. Dalam keadaan santai dapat juga saya bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu langit. Nampak penuh minat mereka mendengar bual bicara saya di bilik hotel sambil berbaring-baring. Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa anak-anak remaja perlu sangat-sangat disayangi jika ingin membimbing dan memimpin tangan mereka ke jalan yang diredhai. Dah banyak ke ilmu remaja di dada saya...???///
|
Merenung jauh fikir tentang kejadian air |
|
Stering di tangan pandu dengan matlamat yang benar |
|
Ayah melayan kerenah anak |
|
Inilah wajah anak-anak yang perlu dibimbing dan dipimpin |
No comments:
Post a Comment