Isnin lepas, dapat berita bapak saudara (panggilan De) telah kembali menemui tuhan yang ESA. Kebetulan hari tu saya cuti jadi dapatlah balik ke kampung menghadiri pengkembumian beliau. Sebelum ini seorang bapa saudara telah dijemput Ilahi dan masih belum hilang rasanya kesedihan itu, kini pergi pula arwah De. Tidak dapat digambarkan betapa pilu hati ini bila melihat jenazah dibawa pergi untuk dikebumikan.
Pemergian menuju kepada Pencipta |
Wahai hati janganlah bersedih (la tahzan) kerana engkau juga akan ke sana menemui penciptamu. Tidak ada upaya kita untuk melambatkan atau mempercepatkan kematian itu walaupun sesaat. Dan yang paling sedih mengenangkan abah dan seorang lagi emak saudara yang tinggal waris Hj Yeop untuk meneruskan kehidupan. Tentu sekali mereka juga teramat hiba dengan ketiadaan kedua-dua saudara mereka di dunia ini.
Doa saya untuk Arwah De "Ya Allah! Ampunkanlah ia dan rahmatilah ia. Selamatkanlah ia dan maafkanlah kesalahannya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah kuburnya, mandikanlah ia dengan air salji dan hujan batu. Bersihkanlah ia daripada kesalahan sebagaimana engkau bersihkan pakaian putih daripada kekotoran. Gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, paangan yang lebih baik daripada pasangannya. Masukkanlah ia ke dalam syurga dan lindungilah ia daripada siksaan kubur (riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment