Bulan ni 2 orang anak saya meyambut ulangtahun kelahiran. Alhamdulilah 2 tahun sudah umur Faris dan syukur padaNYA saya dapat menyusuinya selama umurnya kini. Menunaikan tanggungjawab menyusuinya selama 2 tahun bukan perkara mudah bagi saya. Banyak yang terpaksa dikorbankan demi menunaikan hak yang telah tercicir selama ini kepada 3 anak yang dahulu.
Ok Faris, sekarang masa untuk manyapih pula, ibu kena kuat semangat walaupun berat hati untuk melaksanakanya. Usaha-usaha menyapih juga bukanlah kerja mudah kerana Faris dah sebati dengan citarasa itu. Keadaan ini mengingatkan juga kepada saya rupanya dalam ibadah juga kalau kita dah terlalu sebati dengan sesuatu yang dilakukan dari dahulu memang susah untuk meninggalkannya walhal banyak perkara ibadah yang dilakukan itu tidak menepati syariat. Kekentalan sesuatu dalam hati yang dirasakan benar amat payah untuk diubah melainkan dengan ketukan, cucian atau gertakan yang benar-benar hebat.
Selamat hari lahir untuk Faris yang kedua dan bersiap sedia untuk disapih. Berjaya ke...???///
No comments:
Post a Comment