Jumaat semalam ada program ziarah ke rumah anak-anak yatim Nasuha di Gombak Permai. Ikutkan masa yang terhad dan kesibukan yang ada berat hati nak turut serta. Bagaimanapun saya memujuk hati dan berjaya mencuri sedikit masa untuk ke sana. Alhamdulilah sampai juga hasrat hati yang memang telah lama terpendam untuk menjenguk rumah-rumah sebegini.
Sampai sahaja bersama peserta program ke sana hati bagai ditusuk sembilu melihat keadaan rumah yang menampung penghuni lebih 40 orang dan melihat airmuka anak-anak yatim itu menambah lagi keterharuan saya. Tempat tinggal yang tidak sempurna serta wajah airmuka anak-anak yang amat-amat memerlukan belaian kasih sayang membuatkan saya begitu sayu sekali. Lelah memikirkan masa depan mereka. Bagaimana saya mahu memulakan langkah turun padang berjuang memikirkan dan seterusnya membuat sesuatu untuk generasi harapan ini. Alangkah jauh beruntung saya berbanding dengan insan-insan di rumah anak Yatim Nasuha itu. Petang itu nak menelan air pun rasanya tak tertelan oleh tekak walaupun perut terasa teramat lapar kerana sejak jam 10 pagi tak menjamah apa-apa lagi. Azilawati engkau kena meninggalkan sedikit kenikmatan dan keseronokan dunia untuk melaksanakan misi Rabmu ini. Berjayakah saya...???///
Anak-anak bergambar bersama ahli yang menziarahi
Masihkah boleh tersenyum melihat semua ini?
Antara yang hadir
Inilah wajah anak yatim yang paling kecil
Ayam KFC yang dibawa untuk dinikmati mereka
Puas melihat mereka berselera menikmati KFC
Bersama rakan seperjuangan Puan Halimah dan Shidah,
lain masa dan ketika kami datang lagi anak-anakku
No comments:
Post a Comment