Semua orang sibuk dengan hari ibu. Saya pula macam nak wish hari ibu setiap hari, sebab bagi saya setiap hari adalah ibu. Tak pandai nak celebrate apa-apa atau nak bagi apa-apa hadiah untuk ibu cuma cukuplah kalau DIA mengiktiraf saya antara anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya.
Teringat lagu anak-anak saya semasa di Tadika:-
1 1 Saya Sayang Allah
2 2 Sayang Rasullah
3 3 Sayang Ibu Ayah
1 2 3 Sayang Semuanya
Mak, tiada terbalas jasamu sejak saya dikandung, disusui
dan dibesarkan, justeru sehingga kini saya masih
memerlukan nasihat dan bimbinganmu
Bila dah jadi ibu baru terasa menyesalnya
melawan cakap mak masa dulu-dulu.
Nak tahu samada kite ni betul2 sayang ibu atau tidak ialah ketika umurnye sudah tua, nyanyuk, kencing berak pun dah merata. Masa tu kite boleh handle ke tidak?.
ReplyDeleteKalau asyik merungut je maknanya kite selama ni hanya berlakon dan berpura-pura sayang..
Betui sgt2 saya pun takut juga mulut kata sayang dan cinta tapi bila Allah uji Emak nyanyuk, kencing berak pun dah merata kita x boleh handle itu sah-sah kita berpura-pura selama ini. Mohon Allah lindugi semua itu. Saya nak jadi anak soleh yang diiktiraf oleh Allah bukan manusia.
ReplyDelete