Syawal telah melabuhkan dirinya. Puas sudah menjamah bermacam-macam makanan dan minuman, sampai nak timbang badan pun takut. Kalestrol, darah tinggi dan kencing manis pun tak berani nak pergi test. Berjuang untuk memberi nafkah pula kepada rohani@jiwa. Kesian kepadanya yang kehausan dan kelaparan tanpa diberi pemakanan yang sewajarnya. Kurus kering dan gersang jiwa ini tanpa pengisian yang sempurna.
" Lihat sahaja orang yang sering
melupakan Allah Swt, Tetapi Allah SWT
tidak meninggalkan mereka.
Mereka masih diberikan udara
tanpa dikurangkan sedikit pun.
Mereka masih lagi diberi rezeki
tanpa henti dan masih disambung
nyawa tanpa henti dan masih
lagi diberi pelbagai nikmat tanpa berkira.
Kerdilnya kita,
besarnya Allah.
(petikan dari bukunya)
No comments:
Post a Comment