Tamat sudah Ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah. Berpisah juga kita akhirnya setelah bertemu selama 30 hari. Bertanya pada diri ini bertautkah kasih diantara kita. Apakah kedatanganmu kali merubah diri ini kepada yang lebih baik? Apakah layak saya mendapat sebarang sijil darimu setelah memasuki madrasah tarbiahmu? Yang penting adakah Ramadhan sudi menyapa saya di tahun ini? Apa pun moga berjumpa juga Ramadhan di tahun 1432 Hijriah nanti. Selamat tinggal Ramadhan Kareem dan selamat datang Eidul Fitri.
Eidul Fitri tahun ini diziarahi oleh cikgu yang mengajar di sekolah rendah. Cikgu yang pernah mendidik dan banyak membantu saya dan adik beradik yang lain dalam pembelajaran. Bertemu juga dengan rakan-rakan sekolah rendah yang lain yang turut sama menyambut kedatangan cikgu Zinuddin bin Yahya di rumah emak dan abah. Jasa baik cikgu hanya Dia sahaja yang dapat membalasnya. Bila lagi dapat jumpa macam ni ya...???///
Semuanya wajah-wajah menggambarkan kegembiraan setelah sekian lama tidak bertemu |
Baju raya warna biru, tandanya selautan kasih kasih sayang kami kepada semua |
No comments:
Post a Comment