Mengangkat takbir memulakan solat,
lepas tu bertebaranlah mencari kehidupan
Setelah berumur lebih 1 tahun 6 bulan akhirnya Faris si kecil saya melangkah kaki untuk meneruskan tumbesarannya. Semua orang bertanya Faris dah berjalan ke belum dek kerana seusia dengannya dah berlari dan bermin bola. Saya juga macam sedikit gelisah kerana kakak dan abangnya umur setahun dah melepasi tahap itu. Membanding-banding semua itulah yang mengotori jiwa ini.
Bila saya memikirkan progress anak kecil seperti berjalan, tumbuh gigi, bercakap dan lainnya adalah ketentuanNya mengapakah kita perlu bimbang, risau dan banyak komplen. Allah maha mengetahui kenapa DIA melaksanakan progress itu samada dilambatkan atau dicepatkan. Saya sepatutnya berlapang dada apa juga ketentuan dariNya. Itulah baru tanda kesyukuran saya dengan anaugerah anak yang dikurniakan olehNya. Nak tarbiah hati ini supaya sentiasa bersangka baik kepadaNya. Azila jangan banyak komplen tetapi fikirkanlah berapa kerap kamu bermuhasabah diri dengan jutaan kurnia dari tuhanmu ...???///
No comments:
Post a Comment