Faris nak jadi imam? Bagus dan alhamdulilah Allah redha profesion itu. Siapa kata jadi imam adalah pilihan? Jadi imam bukan pilihan tetapi kewajipan. Mahu tak mahu atau hendak tak hendak Faris kan seorang lelaki, jadi imam adalah wajib. Ibu harap Faris jangan sempitkan erti imam itu, ianya bukanlah semata-mata mengimamkan solat sahaja tetapi yang lebih penting mengetuai keluarga. Imam adalah ketua atau bos.. Menjaga iman dan ketaqwaan keluarga kepadaNya. adalah tugas Faris yang telah dimenterai dengan Yang Maha Esa. Ingat sebelum Faris berjaya masuk ke syurga Faris akan ditanya tentang tanggungjawab terhadap ibu, isteri, anak-anak perempuan, saudara perempuan dan tak lupa pada orang gaji sekiranya ada. Kalau Faris dah selesaikan tanggungjawab kepada mereka barulah Faris boleh ke "sana" pula. Ibu pun selalu gabra kalau kena jadi imam, isshhh teruk betui kan...???////
Imam tak ada kopiah lagi, jadi pinjam kopiah Abang Yang
Jadi imam kat siapa bila saya dah beso nanti................
No comments:
Post a Comment