Bila dihitung-hitung rupanya hampir 5 tahun lebih saya telah berada di adalam institusi usrah. Sebuah majlis ilmu yang diberikan olehNya kepada saya dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya. Biar pun semasa mula mengenalinya dulu berbagai-bagai persoalan menerjah ke fikiran ini. Namun rupanya betapa indahnya bila saya berada di dalam institusi ini. KepadaNya saya panjatkan rasa syukur yang amat sangat.
Biar pun penat, sibuk, dan banyak halangan lain seboleh-boleh majlis ilmu ini saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menguzurkan diri. Tidak seperti majlis ilmu yang lain saya merasakan roh usrah begitu mendekatkan saya denganNya. Di usrahlah saya lebih mengenali siapakah Rab? seterusnya mengenali siapa pula saya di sisi Rab. Bukan mudah untuk beristiqamah dengan kebaikan tetapi percayalah dengan usrah banyak membantu ke arah istiqamah yang sebenar.
Terima kasih banyak-banyak kepada naqibah dan murabbi yang tidak jemu-jemu membimbing saya serta akhwat-akhwat yang sentiasa berkasih sayang demiNYA. Jom berusrah...????////